Monday 11 July 2011

Mi Kari Nyonya

Assalamualaikum semua

Seperti biasa hari minggu macam ni memang banyak aktiviti di luar..Ada juga yang mengadakan majlis perkahwinan .Akak ke majlis jam 12 tadi,balik rumah jam 1.30pm terus bersilat di dapur sebab nak menyambut kedatangan tetamu dari Penang nun..Jauh betul depa berjalan.Makan angin sakan hangpa no..Janji semalam diorang sampai sini sebelah petang jadi akak ajak diorang minum petang je di rumah akak..ada dua tiga hidangan sebagai mengalas perut..Harap2 tetamu kenyang perut dan puas hati.Kami banyak bersembang dari makan..Terima Kaseh ya atas buahtangan mu itu..Memang dah ada dalam wish list akak ,..tiba2 ia ada di depan mata..semoga kalian di murahkan rezeki dan semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.InsyaAllah...
Okay mi kari versi nyonya ni akak memang dah selalu buat tapi kali ni saja akak buat versi Ibundo dari Dapur Ibundo sebab nak ajak kawan2 semua bertandang ke rumah makcik guru besar tadika Aulad .Akak memang salute betul kat makcik sorang ni..Walau sibuk dgn tadika,cucu dan anak2 beliau masih berkesempatan menunjukkan skil memasak yang tahap international nya itu..muhaha... (kakPah nanti belanjo se eskrim goreng yo..murah yo.)

Mi Kari Nyonya
by
anymz mykitchen
Source:Dapur Ibundo

Bahan:
Mee (mihun pun boleh)
Untuk kuah:
santan daripada 1 biji kelapa
3 sudu besar rempah kari (boleh bubuh lebih kalau suka lebih rasa kari)
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sepotong halia anggaran setebal 1 inci *
sepotong lengkuas kurangkan sedikit daripada halia *
5 biji buah keras *
10 tangkai cili kering direndam terlebih dahulu *
Sebesar ibu jari belacan *
2 batang serai dihiris *
1 kuntum bunga kantan dibelah empat
2 tangkai daun kesum
beberapa ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar dibuang kepala
meatballs ikut suka berapa banyak
1 ketul stok ayam kalau suka

pelengkap:
sayur sawi dipotong dan dicelur
taugeh dicelur
telur rebus
bawang goreng
sambal kosong atau pun sambal belacan

1. Blender semua bahan yang bertanda *. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan yang diblender. Masukkan rempah kari. Kacau hingga masak. Masukkan ayam. Bila ayam sudah sebati dengan penumis, masukkan udang dan meatballs.
2. Tambah santan. Bila mendidih, masukkan bunga kantan,daun kesum dan stok ayam. Masak sehingga kuah agak pekat. Masak.
3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan pelengkap. Bubuh kuah.


12 comments:

Amie said...

selamat malam kak anim,
sedapkan mee kari nyonya tu... amie pernah buat, cik abang suka sangat makan....

Cik Embun said...

acik..mintak semangkuk.. hik3~

ijayuji said...

Salam mlm kak anim!!!!!! Nk mee Kari Ada lg tak Kak?? Itu hari Kak yatie ni giliran Akak pulak giliran kita ntah bila sbb byk bgn tak de :D Sedapnyerrr! Rasa Lapo pulak letak kerang byk2 sedap!!! :D

Ummi said...

Assalam Anim...waaah ada mee kari, dah lama tul ummi x makan dan x buat mee kari...maleehh...nak tumpang dinner sini bole x? Ada lg ke tuh..hehe

Mamasya said...

Assalamkum K.Anim

Kalau mee kari mmg laju kat rumah..anak2 suka...bertambah2 mkn.

HomeKreation said...

Memang dok tingat kat mee kari, tengok2 ada lak kat sini.... mai tadah pinggan ler ni...hehe

Kak Rose said...

Anim, sedapnya... terliur lak tengah malam tengok mee kari ni...

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim,mmg sedap sgt,tapi tuh la mkn xbyk eks kak,yerla duk pulun sembang kan..Hubby pon mmg duk puji jer sume masakan akak,siap kata lagi,eh rugi p lmbat,kalo x,blh mkn nasi kat sana n leh meronda kat keliling umah akak,uish xmalu sungguh kan..Btw,tengs bebanyak kak,utk buah tangan pemberian akak ittew,nasib lah esbox hotel bau tmpoyak nanti..

ibundo said...

nim, usahkan aiskrim goreng.. aiskrim kukus pun boleh bolanjo ekau haha.. abihlah cair..

zarin said...

kak anim
saya dah amik resepi ni...mlm karang nk buat utk mek mentuo ;-)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
mee kari tu nampak sedap tau akak... dah lama benar Diana x buat mee kari... Sedaaapnya...

Cheq Sue said...

slmt pagi kak anim... aduh...dah la dok teringin... ada pulak akak tayang kat sini... mintak semangkuk