Tuesday, 12 July 2011

Kueh Sagu/Bronok

Assalamualikum

Masih dalam mood nak menghidangkan menu2 berbuka puasa.Nanti bila dah tiba bulan posa kita tukar menu nak raya pulak ya?.hahaha
Seperti selalu,lazim akak buat kuih sagu ni main taram je..ada gula,ada sagu kacau2 kira jadi tapi kali ni untuk sukatan yang betul akak ambik dari buku resepi kak chef hanieliza.Di sini akak tepekkan resepi buat panduan dan rujukan anak2,anak2 buah dan semua yang meninjau ke dapur akak ni..


Kuih Sagu/Bronok/Sagu Delima
by
anymz mykitchen
Source:Buku Kuih-Muih Minum Petang
kak Chef Hanieliza

Bahan-bahan

1 cawan sagu biji
3 cawan air-lain kali akak nak letak 2-2 1/2 cawan
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan-simpulkan

Bahan B

1/2 biji kelapa parut muda dan sedikit garam-gaulkan


cara

Sagu biji di bersihkan,kemudian rendam sebentar dan di toskan.
Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih.Buangkan daun pandan.
Masukkan sagu serta pewarna merah.Kacau hingga sagu kembang.
Apabila sagu kembang,angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk,potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang di gaulkan dengan garam
Sedia di hidangkan.


14 comments:

Nieza said...

assalam kak anim...my fav kuih ni....sedapnya..nanti bln posa memang wajib buat ni..hehe

hani said...

salam kak,
kenapa susah nak dpt potongan yg cantik...?? akk ada tips..??hehehhhe btw, kuih akk nampak sedap

Cendana Kasih said...

akak...saya suka sangat kuih ni...tp takde masa nak buat..saya ambik 2 ketui yer..hehe

Mas said...

kak anim...
kuih peberet mas tu...
nak sepinggan besar....
sedappnya tengokkkk....
suka kuih ni 100x....

noorsafone said...

Anim..kak Noor tak ponah lagi buek kueh ni...aritu buek terlombik pulak...air yg tepat bapo Anim...sagu tu nk rondam bapo lamo?

AZLITA AZIZ said...

kuih fav ita jugak ni.. ala sedapnya.. mintak lah sepiring kak buat buka petang ni.. hihi

Zaliedana said...

Kak Nim,kami xpanggei bronok bagai,panggei kui sagu ja..ritu time wat talam sagu,sy wat kui sagu sekali kak,2 in 1,snang,hb suke sagu nih..Eh smbng2 gak bak la sepiring kak..

Sofea said...

kuih fav nii k.anim oiii...tapi malas nak buat..nak mkn kdg2 beli 2 ketoi..mmg pemalaskan budak niii..hehe

Zack Zachoes said...

a'kum.. uih sedapnya..kalau la boleh mkn gmbr tu..hehe..

nuwairani ismail said...

suke sangat makan beronok ni...pastu nk gigit2 bijinya satu2..heheh...

anymz said...

to nieza

kueh ni memang sedap kan?lebih2 lagi kalau di makan masa musim panas sekarang ni nieza.fav akak jugak ni.


to hai

kalau kueh kita agak lembik,lebih sesuai kalau kita ambil menggunakan sudu aje hani..scoop lah cantik2 dan terus di gaulkan dengan kelapa muda parut.:)


to cendana kasih

ramai yang suka dgn kueh ni..takde pantangnya pun kecuali org2 yang dok dalam pantang..hehe


to mas

hamboi ko mas.nak sepinggan beso..makan sorang2 ke tu?..ya lah mas.akak pun suka kueh ni tapi rakyat jelata tak berapa nak gemor.meh kita share2 makan.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
seronok n suka diana tgk kuih2 nie.. kalau ler org kat rumah nie suka makan kan best.. boleh gak diana cuba buat.. sejak berblog nie mmg teringin sgt nak cuba buat kuih nie..

ibundo said...

ni satu makanan wajib dalam bulan poso. kpah buek pun main campak-campak yo.

lyn at home said...

pebret gak ni klu time puasa...sedapnyaa