Wednesday 29 February 2012

Red Velvet Cake

 Assalamualaikum semua

Entah angin apa jiwa kacau betul nak makan RVC ni.Bukannya ada acara istimewa apa pun..cuma tekak ni je yang mengada2..haha..boleh pulak gitu ya..lepas tu paksa ainul bawa kek ni ke sekolah..ya lah kalau tidak siapalah nak menghabiskannya..betul tak?..
Aduh!!!! yang benarnya akak nak menghabiskan cis krim yang sudah hampir menemui garis penamat dlm kehidupan tu..asyik berangan je nak buat cotton cis cake tapi tak buat2 juga..pastu tangan ni gatal nak mendeko..terus akak godek je RVC ni...
Walau apa pun hari ni nak wish adik akak yang dok di Taiping tu..Happy anniversary dear sis...kesian... kakak dia punya pasal ,konon2 nak cari cuti sekolah buat wedding adik dia,kena pulak masa tahun lompat..nasib ko lah kakcik..sambutlah annibesari 4 tahun sekali..moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..hehe
Resepi akak ambik dari rumah kzai yang tak jemu2 mendeko RVC utk tempahan..
TerimaKaseh Kzai...

Red Velvet Cake
by
anymz mykitchen


5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).


NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



marah ainul kat maknya ini
'mak kedekut..simpan cis krim tu nak buat apa..'katanya
ya lah kan..sikit sgt akak layer krim cis tu..
lenkali kena letak banyak2 lah
eh!nape banyak sgt kaler cekelat tu ya
ermmmm...kena buat kaji selidik nih..

Monday 27 February 2012

Chicken Floss Bun

Assalamualaikum semua

Setelah seharian dok termenung akhirnya akak update juga resepi hari ni walau pun dlm keadaan terganggu yang amat sangat...Debaran di dada masih kencang akak rasakan..Ini semua gara2 akak menerima berita yang mengejutkan bila sahabat baik yang akak kenali sejak umur akak 17 tahun dulu telah kembali kepada penciptanya..
Pergilah Aishah.bersemadilah kau di sana..semoga kau aman dan tenang di 'sana'...
Aishah tinggal di bumi Mekah al mukarramah..Akak mula mengenalinya sejak akak mengerjakan umrah yang pertama pada tahun 1981 
ketika itu akak berumur 17 tahun ..Keluarga kami saling mengenali dan bersahabat baik.......
kesian anak2 nya yang seramai 8 orang tu...
hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat....
al fatihah..............

Okay roti ni akak buat bila tengok chicken floss bun yg ada dlm dapur kak pah suatu ketika dulu..
Roti kakpah letak sosej di dalamnya..akak pulak kosong macam tu je..puas dpt makan roti panas utk sarapan hari ni....

 Chicken floss Bun
by
anymz mykitchen




Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

dah siap bakar,
sapu atasnya dengan mayonis kemudian sapu dgn chicken floss.
takde chicken floss?
sapu dgn serunding pun boleh.


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit.
Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit.
Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut.

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Cara akak,
Akak masukkan ke dalam BM seperti biasa iaitu masukkan bahan cair di ikuti dgn tepung dan terus set dough utk roti.dah siap baru akak timbang dan uli.Biarkan naik sedikit baru akak bakar seperti biasa.

Friday 24 February 2012

Sambal Jering

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu akak nak minta maaf pada pengunjung2 my kitchen di atas kelembapan akak meng'update' masakan2 terkini di sini..nak kata sibuk sangat tu tidaklah tapi sekarang ni masa lapang tu banyak terisi dgn perkara2 yang  di tuntut...menuntut ilmu tak kira usia kan?..apatah lagi di usia begini......:)
Dah lama berhajat nak buat sambal jering selepas akak di perkenalkan oleh mak sedara akak semasa berkunjung ke Gungzhou thn lepas.Ya mak sedara tu siap bawak bekal siap2..bukan setakat sambal jering ni aje,banyak lagi makanan lain yang di bawanya..Kesudahannya balik aje dari China tu hari terus berat badan ni takmo turun dah..Apa taknya cuaca sejuk di China masa tu..Kerja lain takde Asyik mengunyah je mulut ni..
Anak2 pun dah macam jatuh cinta dgn menu ni..siap Ainul kata..'ainul ingatkan ubi kentang tapi kenapa rasa dia lain macam?' mcam sedap pulak katanya..hehe
Serious !! en suami yang tak makan jering tu pun tertipu..Bila jering tua ni di rebus rasa dia sudah jadi lemak2 gitu..tak caya?..cubalah nanti...cam rasa biji cempedak pun ya jugak...



 Sambal Jering
by
anymz myitchen

Bahan2

1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2)
8 tangkai cili merah*
15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya*
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1/2 kiub pati ikan bilis
1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan
Minyak 
Garam
1 sk Gula

Cara

Jering di rebus hingga empuk
Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar
Toskan jering tadi-ketepikan
Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat dan ketepikan
Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil
Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak
Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula
Masukkan ikan bilis goreng dan jering
kacau hingga sebati
Angkat dan boleh lah di hidangkan.

Dah lama tak makan 
memang terangkat bila di hidangkan menu begini sekali sekala
sedapppppppp

Tuesday 21 February 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua?...Alamak dah lama betul akak tak mengupdate apa2 cerita di sini kan?..Bukannya tak masak,tapi biasa la bila kebizian melanda resepinya episod yang simple2 je lah kan..goreng2,rebus2 je..juga macam takde waktu je nak bukak laptop..letak status di fb pun guna hp je..
Selepas balik dari Langkawi akak kena habiskan projek mendobi pulak..masalahnya sampai ke hari ni projek mendobi tu tak selesai2 lagi..cuaca tak berapa nak menyebelahi kami..kejap hujan petang,kejap hujan pagi..tak kisahlah kan?..hujan tu pun suatu rahmat juga..
Sejak sebelum akak melangkah ke Langkawi lagi akak tengok kek batik arora dari nuanza ni sudah mula menjelajah rumah2 blogger di malaysia nih..masa tu pandang sipi je kan,sbb puan tanah kedaung bizi mempacking...balik aje dari Langkawi waduh2..lepas seorang demi seorang kawan2 akak dok tayang kek nih...Ady,CMG,ummi@HSH,Ita@masammanis,Arah@Ika yang kat siam tu pun turut serta mencuba.
Alhamdulillah hari ni kek batik nih dah sampai ke mykitchen pulak...
Terima Kasih atas resepinya dan kawan2 yang turut mempromosi....
Opppss...sorry ummi,resepi akak copy paste dari rumah Ummi @HomesweetHome..



 Kek batik Arora
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)

  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa







Cara-Cara:-

  1. Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
  3. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
  6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
  7. Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
  8. Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).

Sunday 12 February 2012

sebab-sebab 'my kitchen' senyap sunyi....

Assalamualaikum semua

Aduhai.....rasa macam dah lama sangat akak tinggalkan mykitchen ni..Dah kenyang semua makan cupcake?.hehe.....
Tuuuuuuuuuuu...gambar2 kat bawah tulah penyebab akak agak sibuk semenjak dua menjak ni..
Eleh...alasan yang tak munasabah langsung kan? 
Selain dari itu ada juga penyebab2 yang lain..Tak perlulah akak nyatakan di sini ya..di samping itu akak nak ucapkan salam takziah buat anak buah akak Lin yang baru saja kehilangan bonda tercinta nya pada Jumaat yang lepas...Mak Lin merupakan dua pupu akak..meninggal sebab cancer..Innalillah semoga Lin dan ayah tabah menghadapi ujian ini..setiap yang hidup pasti akan pergi..Kita redhokanlah pemergiannya .semoga mama Lin di himpunkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh ya..InsyaAllah..

Okay meh kita bercerita pasal gambar kat bawah tu..kalau sudi bacalah sampai habis kalau tak sudi tengok gambar je lah ya.
Akak mendaftarkan diri di Wilton Class di Amore E Bake di Seremban sejak bulan Disember tahun lepas.Kelas ni hanya untuk mengajar buat deko2 je..Sebenar2nya pengetahuan akak dalam bidang deko2 ni teramat2 nipis.takde pengalaman langsung.memang zero..dah tu pulak tak pernah tgk u-tube pun tntg cara2 mendeko atau buat kek..bila owner Amore ajak akak join the class...why not kan..timba ilmu tak mengira usia...tangan ni betul2 kaku..alhamdulillah berjaya jugaklah walau tak menjadi top student..sekurang2nya akak puas dan suka hati....


tak semua bunga ni akak yang buat..anak owner yang tolong buatkan.tapi terselit juga di celah2 tu akak punya..boleh cam tak yang mana satu akak punya?.hehe


rasa macam mimpi bila tengok gambar kek ni berulang kali..
si anna qawina sempat la merasa kek yang manis ni.keknya akak guna yang instant je..mix sponge kek..sbb tu manis..gula dia akak dah tak boleh nak adjust.di tambah pulak lagi dgn buttercream yang sudah tentu menggunakan gula yg banyak....


kena practise selalu kata cikgu..

Wednesday 8 February 2012

Oreo Cupcake

 Assalamualaikum semua

Tercari2 resepi cupcake yang mudah..akhirnya akak ketemu di rumah CMG..Memang senang dan simple resepi ni..Bukan apa kali ni anak2 cuti panjang di rumah.,saja akak nak mengisi waktu yg terluang dengan membaking.dah jemu dgn kek teringin pulak nak buat cupcake..
TerimaKaseh ya mat..Akak simpan resepi ni di mykitchen buat semakan anak2 cucu akak pulak nanti..Beso pahala ko mat..panjang sedeqah amal jariah bila resepi2 ni kta panjang2kan..kan mat kan?Tapi AWAS...ambik resepi letak link jangan curi gambar...Betul tak mat?....Macam ada org tu....ambik gambar dlm mykitchen ni tapi sampai sekarang dok minta ijin puan tanah kedaung ni hah......huhuhu


Oreo Cupcake
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi:CMG

Bahan2

125gm mentega
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung naik sendiri*
1/2ct baking powder* (* digaul rata dan di ayak)
2 biji telur gred A
1/2 ct esen vanila
5 keping biskut oreo-kisar halus bersama krimnya sekali
stroberi atau manik halus sebagai hiasan.
(akak takde stroberi-guna manik je)


Cara

Panaskan oven pada suhu 175C,sediakan cup utk cupcake,ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar,satukan mentega,gula perang,telur,tepung dan esen vanila.
Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan.Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
masukkan oreo yang telah di kisar tadi,putar sebati.
Jangan terlebih kisar.
Isi setengah jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 penuh dalam setiap cup.Buat hingga siap.
Bakar selama 10-15 min bergantung pada oven masing2.
Sejukkan atas jaringan sebelum di isi buttercream

Bahan2 Buttercream

125gm mentega
70gm krimwell
80gm gula icing-di ayak
1/2ct esen vanila
2cb susu pekat manis

Cara

Putar semua bahan buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati
Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat.
Isi dalam piping bag yang di isi nozel bentuk bintang.tabur gula manik dan hias atasnya dengan buah stroberi.

Tuesday 7 February 2012

Fish N Chip

 Assalamualaikum semua

Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu apabila anak2 sudah mula hidup berdikari dan tidak pula menyusahkan ibu bapa..Susah dan senang semua di tanggungnya sendiri..
Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu bila anak2 yang sudah hidup berdikari ni sudah pandai pula menghulurkan RM setiap kali tiba hujung bulan..Si anak mengharapkan keberkatan dan doa ibu demi mengharapkan keberkatan dalam pencarian rezekinya..Alhamdulillah..InsyaAllah bangah boleh pergi jauh..mak dan ayah sentiasa mendoakan semoga bangah berjaya...
Akak buat fish N chip hari ni sebagai ganti nasi untuk menu makan tengahari kami hari ini..Ada juga garlic bun..Gambar tak snap di sini..Esok lusa..insyaAllah akak masukkan resepinya..juga akak tambah coleslaw sebagai pelengkap hidangan..Kenyang sungguh kami hari ni..
Resepi akak google je dan akak jumpa di rumah NaniRostam.thnx ya nani atas sumbangan resepinya tapi ada juga yang akak tokok tambah sebagai pelengkap rasa dan sesuai dgn tekak anak2 di rumah ni..
Sukatannya main agak2 je...


Fish N Chip
by
anymz mykitchen
Sumber:Model 80an


 Bahan2

2kg Ikan Dori-sesuai dgn jumlah org yg nak makan di rumah ni.
Tepung gandum
Serbuk pati ayam
Lada putih
secubit soda bikarbonat
garam
lemon
serbuk roti
susu segar-akak tambah

Cara

Perap ikan dengan lada putih halus dan perahan lemon
Bancuh tepung dengan susu segar dan soda,garam dan serbuk pati ayam
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan golek atas serbuk roti.
Kemudian goreng dengan api sederhana.
Angkat dan hidangkan dengan kentang goreng atau ikut selera masing2 ya.


di curahkan blackpepper sos.
ada juga cili sos..
kena aje rasa coleslaw dgn garlic bun yang tak nampak di sini..hehe

Monday 6 February 2012

Sambal Kupang

Assalamualaikum semua

Di N9 ni esok masih lagi cuti..Panjang betul cuti kali ni .sejak dari hari Jumaat kereta yang lalu lalang depan rumah ni memang agak sibuk sekali..Seriau tengok bila diorang memandu agak laju..
Tak tau nak cerita apa,sebab macam biasa hujung minggu di isi dgn majlis kawin2,kenduri kendara dan sambutan majlis maulidurRasul yang akak anggap the best among the best lah sambutannya kali ni..meriah sungguh2..tak mampu di ucapkan dengan kata2..biarlah suasana itu kami simpan dan jadikan kenangan yang paling indah dan semoga kita semua sentiasa di perakui sebagai umatnya hingga akhir hayat kita..insyaAllah amiiiiiiin
Akak buat menu sambal kupang ni tenghari tadi bila bangah balik ke rumah sempena cuti panjang ni..
Katanya...'mak nak makan sedap2....dah lama tak makan nasi dengan lauk yang betul2'...
Bayangkan selama ni dia makan apa ya di KL nun....mmmmmm.....anak..anak..macam2....
Sambal kupang memang fav bangah..simple je resepinya....


Sambal Kupang
by
anymz mykitchen

Bahan2

2 kg kupang-cuci bersih-ketepikan
20 tangkai cili kering *
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih *   
sedikit belacan jika suka*
sedikit halia*              
1 kiub pati ikan bilis
2 sk air asam jawa
garam
sedikit gula
minyak secukupnya

Cara

Kukus kupang hingga masak
dah masak ketepikan
Panaskan minyak
Tumis cili kering yang sudah di kisar bersama bawang besar,bawang putih,halia dan sedikit belacan
Tumis hingga terbit minyak dan wangi bau sambal
Masukkan garam,gula,kiub dan juga air asam jawa.
Biarkan mendidih
Masukan kupang dan gaul hingga sebati


sekali sekala makan seafood
garu2 belakang kira...hehe

Saturday 4 February 2012

Nasi Ayam Berempah

 Assalamualikum semua

Suatu kelainan pada nasi ayam kali ini..Memang sedap dan terimakaseh pada empunya resepi ,Zana yang telah mempromosikan nasi ayam versi berempah..Akak sekeluarga memang suka pada nasi ayam yang jenis berempah begini..tak muak dan seronok makan berulangkali...cewah..seronok ya..tu yang tak tahan tu..dah macam di pam2 dah badan ni...takpe kata en suami..janji sihat..fullamak...seronok kan?....


Nasi Ayam Berempah
by
anymz mykitchen
Sumber:zana


Bahan2 Nasi

600 gm beras basmathi
2" halia-akak hiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis



Bahan untuk sup dan ayam berempah

1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam


Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,Tomato Dan salad

Cara

1-Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
2-Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
3-Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
4-Sementara itu cuci beras-ketepikan
5-Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
6-Masukkan beras dan kacau rata
7-Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
8-Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato,timun dan salad

Friday 3 February 2012

Kuih Kaswi

 Assalamualikum semua

Nampak gayanya gitu lah akak sekarang ni..Agak jarang2 dapat mengupdate entri..kira kalau dapat sehari sekali tu bertuah sangatlah rasanya.Sebenarnya akak dah simpan lama resepi diha ni tau..tapi tu lah bila keluar resepi baru asyik dok try yg baru.lama2 list yg dlm draft tu semakin tinggi dah susunannya.tapi lepas tengok zaliedana menerai dan diikuti dgn izah..mula lah rasa meroyan nak makan kaswi....serious !! akak mmg rasa pelik masa mula2 tgk resepi sbb ada kicap manis di situ.gosok2 mata takut salah tengok....dan serious jugaklah akak cakap..resepi ni memang patut di cuba sebab kuih tak meragam dan rasanya memang sedap...
Anak2 semua suka..akak cuma ambil setengah talam dan selebihnya akak bawa ke surau..semua puji sedap,mekaseh diha..

kuih kaswi
by
anymz mykitchen
Resepi:maDiHa
Sumber:IzahDaut

Bahan2 

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu
1 1/2 cawan gula merah (kalau utk mkn sendiri.. MaDiHaA letak 1 cawan je)
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur 
*Izah tambah sehelai daun pandan dimasak bersama air gula 

Bahan salutan
Kelapa parut putih
sedikit garam  


Cara2 menyediakan
1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum &  tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & ; dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.

Nota MaDiHaA : kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.

Wednesday 1 February 2012

Bingka Susu

Assalamualaikum semua

Salam Pagi Rabu buat semua tetamu di my kitchen..Ada yang buat wordless wednesday bila tibanya hari Rabu ni kan?..Wallawey akak tak boleh lah.dah biasa mulut macam bertih goreng jadi otak pun mengarahkan tangan bertindak dgn cara yg sama jugak..sebab tu kena berhati2 bila menulis kan?..kita tulis apa yang kita fikirkan..ermmm...camne tu?..

Akak pernah buat bingka susu ni dulu..masa tu akak suka sangat skodeng dapur yatie..banyak naw kueh talam bingka bagai kan..
Beberapa hari lepas akak tengok mas bangkitkan semula aura bingka susu ni...sudah tentu mek yung tu sedang mengidam bingka..bagus mek yung..dua tiga hari lagi kita tengok pulak penyakit kek dam berjangkit dr satu rumah ke satu rumah....hehe
Semalam tengok kat dapur tgkt 17,rumah mek ampang tu pulak..ada lagi tak tu mek?..ooo..mek ampang sedang main lori..jangan kacau..jangan kacau....

Akak memang suka dah dgn resepi ni..sedappppppp...

 Bingka Susu
by
anymz mykitchen


Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.


keraknya kat bawah tu..
sudah di telangkupkan..
tak nampak le jadinya..