Tuesday, 7 February 2012

Fish N Chip

 Assalamualaikum semua

Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu apabila anak2 sudah mula hidup berdikari dan tidak pula menyusahkan ibu bapa..Susah dan senang semua di tanggungnya sendiri..
Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu bila anak2 yang sudah hidup berdikari ni sudah pandai pula menghulurkan RM setiap kali tiba hujung bulan..Si anak mengharapkan keberkatan dan doa ibu demi mengharapkan keberkatan dalam pencarian rezekinya..Alhamdulillah..InsyaAllah bangah boleh pergi jauh..mak dan ayah sentiasa mendoakan semoga bangah berjaya...
Akak buat fish N chip hari ni sebagai ganti nasi untuk menu makan tengahari kami hari ini..Ada juga garlic bun..Gambar tak snap di sini..Esok lusa..insyaAllah akak masukkan resepinya..juga akak tambah coleslaw sebagai pelengkap hidangan..Kenyang sungguh kami hari ni..
Resepi akak google je dan akak jumpa di rumah NaniRostam.thnx ya nani atas sumbangan resepinya tapi ada juga yang akak tokok tambah sebagai pelengkap rasa dan sesuai dgn tekak anak2 di rumah ni..
Sukatannya main agak2 je...


Fish N Chip
by
anymz mykitchen
Sumber:Model 80an


 Bahan2

2kg Ikan Dori-sesuai dgn jumlah org yg nak makan di rumah ni.
Tepung gandum
Serbuk pati ayam
Lada putih
secubit soda bikarbonat
garam
lemon
serbuk roti
susu segar-akak tambah

Cara

Perap ikan dengan lada putih halus dan perahan lemon
Bancuh tepung dengan susu segar dan soda,garam dan serbuk pati ayam
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan golek atas serbuk roti.
Kemudian goreng dengan api sederhana.
Angkat dan hidangkan dengan kentang goreng atau ikut selera masing2 ya.


di curahkan blackpepper sos.
ada juga cili sos..
kena aje rasa coleslaw dgn garlic bun yang tak nampak di sini..hehe

9 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Anim...sedapnya fish n chips.Dah lama kita tak masak ni.Last week ada pegi makan dgn anak kat restoren.Cubit dia punya sikit.Dah nampak ni terasa nak buat pulak

kasihredha said...

black pepper akak buat sendiri atau yg beli kak?

tun_telani said...

sedapnyerr.. tun dh lama x mkan fish n chips. nmpk gaya kene buat jugak nih. selalu je beli fillet dori nih.

ady said...

as-salam kak anymz
npk garang ikan tu kak....terliur tgk fish and chip kak anymz..masuk list dulu..senang2 blh cuba ni...

Liza said...

salam kak anim...bestnya kalau dpt mkn fish n chip tu...nyum nyum...

cik cek said...

Betul dan setuju sgt dgn apa yang kak nim ckp tu...hati ibu mana yg tak lega bila tgk anak2 dah pandai berdikari...ingat pulak menghulur org tua setiap hujung bulan...sejuk perut ibu mengandung....kepuasan hati yang tidak terhingga kan kak....

Waaaa...biru mata hitsam ku kojap aaaa....fish n chip lagi...he he

rahel said...

best gak skali skala makan fisf n cip...hehehe..macam kat kedai la..

Cekgu Maz said...

salam...lega sket bila anak dah besar kan...musti rasa puas dapat anak yg tau menghargai cam tu..alhamdulillah...emmm fish n chip..xpenah buat..ley masuk dlm senarai waiting list yg perlu dicuba nie ekekeke...

Diana @ Melley Mey said...

setuju ngan akak... memang seronok dan bersyukur sgt melihat anak2 dah besar dan dah mula pandai berdikari..

akak... terliur diana tgk fish n chip tu.. d curah blck ppr sos lagii.. pasti sgt sedap