Saturday, 4 February 2012

Nasi Ayam Berempah

 Assalamualikum semua

Suatu kelainan pada nasi ayam kali ini..Memang sedap dan terimakaseh pada empunya resepi ,Zana yang telah mempromosikan nasi ayam versi berempah..Akak sekeluarga memang suka pada nasi ayam yang jenis berempah begini..tak muak dan seronok makan berulangkali...cewah..seronok ya..tu yang tak tahan tu..dah macam di pam2 dah badan ni...takpe kata en suami..janji sihat..fullamak...seronok kan?....


Nasi Ayam Berempah
by
anymz mykitchen
Sumber:zana


Bahan2 Nasi

600 gm beras basmathi
2" halia-akak hiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis



Bahan untuk sup dan ayam berempah

1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam


Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,Tomato Dan salad

Cara

1-Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
2-Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
3-Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
4-Sementara itu cuci beras-ketepikan
5-Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
6-Masukkan beras dan kacau rata
7-Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
8-Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato,timun dan salad

12 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak....
Nampaknya demam NAB sedang melanda. seperti biasa saya akan jadi orang yang paling lambat. hehehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak anim cayang..
waduh!!! tgk nasi ayam berempah yg akak buat tu.. mmg nampak sedap sesgt ler akak... tgk lg nasinya tu... wah!!! sedaaap2!!!

KakAsma said...

Kak Nim,
nasi nih mmg rasa berempah yer kaka..sedap gaknyekan..pedas2 gitu..

Mas said...

hmm..tak pernah try lagi nasi ayam versi rempah ni...
boleh try nanti ...
tengok pun sedappp jerk kak..

Jay said...

wow..looks amazingly tasty..
new to your space..awesome space you have..
excellent posts with stunning cliks..
Am your happy follower now..;)
do stop by mine sometime..

Liza said...

liza pun xpernah lg buat nasi ayam berempah ni...nmpak sedap sgt, nnt nk try jugak laa....

Gee® said...

ada lagi tak nasi ayam best tuh... gee nk hulur pinggan nih...

Marina Monroe said...

Salam,

Auntie nak cubalah..terima kasih

HomeKreation said...

Sedap nya menu KakAnim arini ya... Along makan lauk sempoi aja arini sbb byk keje.

ibundo said...

wow.. nasik ayam. Ai like. Badan den pun dah macam kono pam gak ni. Ini lah de kalau kojo asek masak yo kan?

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhhh nampak sedap sekali!!! Nak satu set...

rahel said...

Kak,betul2 menambat hatiku...dapat mkn nasi tu pun dah ok..