Wednesday 7 December 2011

Tom Yam Thai

 Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya akak ketemu juga resepi tom yam yang selama ini akak cari2..
Akak jumpa resepi ni di blog seorang teman yang menggelarkan dirinya kak Ros..Terima Kasih pada kak Ros kerana berkongsi resepi tom yam ni hasil pencariannya di google.Tidak pula akak ketahui dari dapur mana kak Ros perolehi resepi ni.Seandainya empunya resepi sebenar ada bertandang ke sini harap maklum kan pada akak ya..Gembira sungguh rasa di hati sebab pencarian akak selama ini telah di jumpai.
Mari kita semak resepi.


Tom Yam Thai
by
anymz mykitchen
Sumber:Kak Ros

Bahan:
Untuk Perencah Tom Yam

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Cara

Semua bahan di atas di kisar
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes

Untuk Sup Tom Yam

ayam
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar




Untuk Sup TomYam

Rebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..

Cubalah memang sedappppppp.

20 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sawadikap :D
mai nak mintak tomyam semangkuk kaka
hikhikhik yummy sgtttt!

MANISMANIS said...

enak nih...

rahel said...

Alahai..tom yam thai la pulak..fuhh..memang sodap ni..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Alahai sedapnya nampak kuah tomyam tu.Kita pun baru nak masuk dapur ni dan tak tahu apa nak masak la...

nOOrsha said...

uhuhuh sedapnyee...picit cili padi lebih sket mmg terangkat montot..ehehee

Unknown said...

memang mabeles tomyam ni tgk warna tomyam yg merah gitu rasa nk hirup jer kuah tu kak anim...bestnyer kalau dpt layan tomyam time sejuk beku kat sini..hehe

Yana Shaiful said...

Salam Kak Anim..yana dtg bwk mangkuk kosong jer nii..sedapnya dpt hirup tomyam dikala hujan turun hihiii

Yatie said...

dapat hirup kuah tomyam ni wat berpeluh2....manyak syedappp woooo..

tun_telani said...

cantik nyer kaler tomyam nih.. tapi kak nim, dh buat pes tu still nk masukkan kiub tom yam ke kak? ke blh ganti je?

cik cek said...

kak Nim...kita nak semangkuk....ado lagi ko...:)

p/s...dah p beli tak acuan kek tu...

Choco Ani said...

Salam Ziarah, Apa Kabar anymz? yeah yeah saya jumpa lagi blog yg bole dijadikan rujukan.. dan bahan bacaan.. trima kasih.. keep it up.. rasa rasa kita tak lah jauh.. Ani kat seremban ni.. ;)

Kak Sam said...

Nanti kalau alif dah ada, boleh le cuba resepi ni.

maz said...

salam kakk..dh tdur ke tuu..kita bru nk merayap ni..sni awal lgi..msih ptg...hehe..sedapppnya npak tom yam kak tuu..tpi klu pdas2 ni anak2 kita xmkn..tu yg susah nk msk kat umah ni..huhuu..ada plak ulam timun nga smbal blcan..sdp kan kakk..

Unknown said...

Assalamualaikum Anymz..

Tom Yam Ni Mmg Fav Kak Lin...Mak Hai! Kalau Dapat Hirup Kuahnya Tu...Tentu Tak Nampak Telinga....

Lalalalalala Kak Lin Nak Copy Resepi Boleh? Kalau Tak Boleh Kak Lin Nak Jugak!

Siti Suhaila said...

ACIK...MY FEBERET..TERUS C&P RESEPI ACIK....TQ2....

ctyia said...

nak tnye..yg serai tu pun kne kisar sekali ke untk jd pes tu??

Unknown said...

Xsabar nak buat...tq...nampak mcm sdap sgt...

Scot Martin said...

so nice collection never seen before such rare things kitchen linens. thanks for sharing this informationsamsung refrigerator t cooling

Alizey Sam said...

A pretty important functions of one's kitchen are to store, prepare and cook food and to accomplish related tasks including dishwashing.samsung refrigerator not cooling

lisal said...

so pleasant assortment never seen such uncommon things kitchen cloths. much obliged for sharing this data.kwikset keypad not working