Tuesday 26 April 2011

Kueh serimuka Durian

Assalamualaikum semua
Kembali bersiaran setelah berehat dua hari.best gak dapat lurus2kan pinggang sambil tangan mengayun mengarah ke kiri dan ke kanan..hahaha...esok pagi akak hantar le maid tu ke agent nya kembali..
Telah mengambil kata sepakat,buat sementara akak memang belum memerlukan assistant lagi.macam tak ada privacy gitu..lagi pun berapa kerat je lah anak2 yang tinggal di rumah..ainul dan wazir,kedua2nya sudah boleh menguruskan diri sendiri..kalau ada pun akak memerlukan bantuan ialah masa akak buat projek kueh raya nanti.okaylah ,ini projek akak petang tadi .

Serimuka durian ni dulu2 akak tgk kat rumah hana..masa tu tak berkesempatan nak menerai lagi..baru ini teragak nak buat..alhamdulillah kurang satu resepi di draft tu..hehe

Resepi akak ambik dari rumah mas,duniaku dan di rujuk pada rumah izahdaut..
terimakaseh kepada kedua2 adik yang amat rajin memasak dan menerai masakan2 terbaru dan terkini..eceheceh..kembang semangkuk lah dak dua orang nih..




Serimuka Durian
by
anymzmykitchen
Sumber : Izahdaut dan Mas
Bahan :
Lapisan Bawah :
  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah
Cara membuatnya :
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.




Bahan :
Lapisan Atas :
  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya :
  1. Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  2. Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  4. Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  5. Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Monday 25 April 2011

Yeaaaaah..akak ada assistant hari ini..


Assalamualaikum semua

Hari ni akak nak share story yang dah akak post kat blog MyStory akak tu..
Akak tau ada yang tak tau tentang wujudnya story mory akak di blog my story ,yang mana blog ini telah wujud terlebih dahulu dari blog mykitchen nih.saja,kdg2 akak suka bercerita dan berceloteh takpun usik2 manja anak2 dan suami di situ..

Hari ni akak tak masak.badan tak berapa nak sehat.maklum org dlm proses nak tua mcm2 hormon yg tak betul masuk dlm badan.kejap pening,kejap penat,kejap panas,kejap sejuk..Eh!ada lagi yang itu..belum menopos lagi.kau zah,mas jgn ngata2 haku ni tau..eh!nor secubitgaram pun senyum2 gak?..tak baik tau..huhu

Semalam sedang akak baring2 sakan sambil melayan kepala otak yg dah senget di sebabkan hormon2 negatif,akak menerima panggilan telefon dari adik akak.mujur waktu2 begini en suami amat2 memahami..(cewaaaah!puji sikit kekanda akak tu ya..untung2 dapat oben beso lg satu)

Al kisahnya ada seorang pembantu rumah yang di dera oleh majikan nya telah melarikan diri..
ke mana?..

ke rumah akak lah .al kisah jugak rupa2nya minah ni dok simpan no tipon pembantu adik akak dan dia telah menalipon bibik tu..terus adik meminta akak mengambil pembantu ini tadi yang berada di depan jalan rumah akak..(huh!kebetulan ke tu?)

Akak pun apa lagi pucuk di cita ulam mendatang.kebetulan rumah dah macam tongkang pecah.sebab puan rumah macam org mengandung sulong dok belingkau je ateh sofa melayan perasaan negatip..kahkah

Hari ni nak bagi tau rumah akak bersih gila..
Pagi2 lagi dah siap bau pewangi lantai..wangi,licin dan berkilat lantai rumah akak hari ini wo...

Ni tengah pikir2 nih,apa akak nak buat dgn budak nih.ambik terus ke tidak,nak simpan ke nak anta ke rumah adik....?

AH...pinjam lah dulu..



Saturday 23 April 2011

Apam Merkah /Mekar

Assalamualaikum semua
Apa khabar kawan2 di hari sabtu yang sunyi sepi ni ya..pasti masin2 sibuk dgn urusan masing2 atau menengok siaran ulangan maharaja lawak..atau nonton hindustan..ada kawan yang dok kat kuantan tu sedang ketagih nonton dan dengar lagu hindustan nampaknya tuh..hehe..gurau2 manja ya ummi.
Akak ambik resepi ni dari dapur kakzu..tu lah padahnya bila buat kueh tapi tak baca resepi betul2.zu arahkan suruh pukul gula,telur dan ovellette hingga putih dan berkrim..tapi akak main hantam guna whisk je..apamnya menjadi cuma naiknya tu tak berapa hendak mengikut tahap piawaian..takpe lain kali mesti buat lagi sebab memang sedap apam merkah ni..suka anak2 yang ada kat rumah nih.
Zu kita minta izin CnP je kat sini ya untuk rujukan anak2 di masa akan datang..

Apam Merkah
by
anymz mykitchen

bahan2

230 gm gula castor
2 biji telur...suhu bilik
1 sudu teh ovellete
letak ape2 paste umtuk menghilangkan rase soda tuuu

250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda (air gas )...suhu bilik

care2

pukul telur,gula dan ovellet hingge kembang...masukkan esen vanilla.
pastu masukkan tepung berselang seli ngan aiskrimsoda.

bhgikan kepade beberape bhgian..letak warne dan paste yng disukai

kukus selame 7 hingge 10 mnit.

pastu..senyummmmmm sbb apam menjadik..

***ade yng kate manis..jdi kurangkan le gulenye..timbang 200 gm..ok dak

***pastikan telur ,gula dan ovellete dipukul hingge putih dan berkrim.


Alhamdulillah yang ini akak nak bawak pergi surau malam ni.

Friday 22 April 2011

Ayam Sambal Hijau




Assalamualaikum
Ini lah hidangan akak untuk makan tengahari hari Jumaat ni..
Terima kaseh yatie atas resepi yang sedap ni..kalau laukpauk ayam macam ni memang menjadi kesukaan anak2lah kan.
Dah lama betul resepi ni dok tersimpan dalam draft..bila tengok mas duniaku buat hari tu dah teringat nak buat dah.lepas tu terlupa..hehe

Meh kita tengok resepi yang akak ambil dari rumah yatie,sinar kehidupan..dan mas duniaku

Ayam Sambal Hijau
by
anymz mykitchen
source:Yatie


Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Sup Kepala Ikan Jenahak

Assalamualaikum
Orang kata tak baik makan kepala ikan,nanti pelupa.mmm..betul jugak tuh..tapi sekali sekala kan?Lagi pun akak masak ikan yang ada isi..mahal wo..harga kepala ikan jenahak nih..RM30..rabak poket hakak..tapi sedap punya pasal beli jugak..ramai anak mcm2 ragam.ada yang nak kari lah.ada yg nak masak lomak lah (tak muak2)..tapi kali ni ikut selero tukang masak lah yo..tukang masak sudah lama teragak nak makan sup..akhirnya akak buat sup kepala ikan.buat cara org sempoi....main tumis2 macam tu je..takde rempah.cuma guna penumis je.fulllllamaak sedap engko..mak mentua lalu kat belakang buat2 tak nampak je lah.makan senyap2.nanti orang mintak pulak..hehe meh layan resepi sempoi..

oops..akak makan sup ni dgn sambal ikan masin..jangan marah hah....


Sup kepala ikan jenahak
by
anymz mykitchen

bahan2

1 keping kepala ikan jenahak atau ikan merah
1 labu bawang besar-di tumbuk
5 ulas bawang putih-di tumbuk
sedikit halia-di tumbuk-lebihkan sedikit
1 batang serai-opt
1 kiub ikan bilis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
garam secukup rasa
minyak utk memasak
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Cili Padi

cara

Panaskan minyak
Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi
masukan air
masukan kiub
masukan sedikit garam
kacau dan biar mendidih
Sudah elok mendidih masukan ikan
Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih hingga masak
Tutup api dan hiaskan dgn daun bawang ,daun sup dan bawang goreng
Jika suka patah2kan cili padi ke dalam kuah sup
sedia untuk di hidangkan



sup kepala ikan


Thursday 21 April 2011

Mee Rojak

Assalamualaikum semua

Tadi akak buat mee rojak ni hah..dah lama pekenan tengok kat blog naniRostam, mak hanis zalikha tu..,baru tadi akak berkesempatan buat.
Alhamdulillah menjadi..terima kaseh nani..sedap betul..rasa cam rojak Rohaya..hehe..Rohaya ni bukak kedai jual rojak kat depan rumah akak ni..nak tanya resepi kat beliau takot dia tak bagi pulak maklum org meniaga..mana boleh kita mintak2 resepi sebarangan.ya tak?
Nani namakan rojak ni mee rojak menangis..sebab dia kata sape tak makan nanti menangis..
Meh kita tengok resepi dari naniRostam yang simple je ni..


mee rojak
by
anymz mykitchen
source:naniRostam




Bahan2

1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-

10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering


Bahan perisa :-

1/2 cawan air asam jawa
5 cawan cawan air
1 keping asam gelugur
1sudu makan garam
1/2 cawan gula
1 sudu teh serbuk perasa-akak tak letak
1 cawan minyak untuk menumis

Kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan perisa. Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air. Biar mendidih dan angkat.



Bahan-bahan Hiasan:-
Timun
taugeh
telur rebus
cucur udang
tauhu goreng
limau kasturi



Kuih Seri Muka Jagung

Assalamualikum semua
Masih menggunakan buku yang sama akak buat talam sagu tuh,akak terjumpa pulak kuih seri muka jagung tapi resepi nya akak olah sedikit campur adukkan dgn resepi seri muka kepunyaan kak chef hanieliza.
Akak rasa macam ada yang tak patut je bila tengok resepi asal tu..



kuih seri muka jagung
by
anymz mykitchen



bahan2 lapisan bawah

2 1/2 cawan santan cair
2 cawan pulut-basuh dan rendam 3 jam
1 cawan jagung hiris-akak guna 3sb jagung dalam tin
sedikit garam

cara

Satukan bahan lapisan bawah.kukus hingga masak
Sapukan sedikit minyak dalam loyang lain
Tekankan adunan lapisan bawah yang sudah masak tadi dan kukus semula




bahan lapisan atas

2 cawan santan pekat + 1 cawan jus pandan
1 cawan gula-nak manis lebihkan lah ya
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
sedikit garam

cara

Masukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Tapiskan
Tuang perlahan2 atas pulut
Kukus lebih kurang 30 min.
Pastikan betul2 sejuk baru di potong.

Cara akak,akak blend semua bahan di atas



Daging masak kicap

Assalamualaikum
Akak bersiaran agak awal hari ni.
Kejap2 lagi nak keluar,cuma sempat singgah ke rumah bbrp orang kawan je tadi.tak sempat nak tinggal komen..Agak sibuk sedikit dari biasa sebab ada bangah dan amir di rumah.minggu depan tambah lagi seorang bertambah sibuk lah akak nampaknya..nak tak nak..ke dapur tu sudah pasti tak boleh masak cincai2,kesian tgk anak2.dah lah di kolej masing2 makan ala kadar,kat rumah pun kena makan ala kadar?..tak patut..tak patut..ni kejap lagi nak ke pasar tani dan ke pharmacy.tgk stok ubat2an dah nak habis dah tu..
Daging ni akak masak semalam..gambar tak berapa nak cantik.walau apa pun letak gak resepi buat rujukan anak2 di masa akan datang.
Rupa dah macam rendang akak tengok..takpela (kes nak sejukan hati)..janji hitam..wakakaka

Eh!terima kaseh kepada follower2 baru yang sudi bertandang ke mykitchen.nanti petang2 sikit akak ke rumah you all ya...



daging masak kicap
by
anymz mykitchen

bahan2

1/2 kg daging batang pinang-bersihkan dan potong
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang kulit kayu manis
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
4 sb serbuk lada hitam
kicap manis-akak letak lebih supaya tidak perlu kita menambah air bila memasak
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato

cara

daging yang sudah di bersihkan di tos.
kisar bawang besar,bawang putih dan halia
Gaul bahan2 kisar dan serbuk lada hitam,serbik jintan dan serbuk ketumbar bersama daging di dalam sebuah mangkuk.
Perap lebih kurang 3-5 jam sebelum di masak
Panaskan minyak
Terus masukan bahan perapan ke dalam kuali dan kacau hingga masak.
Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan bawang besar dan lada merah

Wednesday 20 April 2011

Ekor Ikan Siakap...

Assalamualaikum semua
Saja akak buat gempaq sikit..letak tajuk tergantung gitu..menarik tak?..menarik?..hehe..
Tentulah !! kan korang dah singgah tu..maceh singgah ya.

Semenjak dua menjak ni akak tinggal empat beranak je..cuma hari ni je amir dah balik.budak2 yang ambik matrikulasi sudah mula bercuti..baru habis final exam...moga2 anak keempat akak tu berjaya dgn cemerlang..mohon doa dari kawan2 semua ya..insyaAllah semoga dia berjaya mencapai cita2nya itu..amiiin..

Ikan siakap ni besar sangat, tu yang akak kerat dua.bahagian ekornya ini akak masak tiga rasa .
Tiga Rasa hantam sajalah namanya...muhaha...meh tengok resepi nya ya..kalau percaya boleh ikut..tapi untuk anak2,korang kata sedap kan?..nah ini lah resepi nya..esok2 bila mak dah tua,tak larat nak masak,kalo mak teringin nak makan ikan tiga rasa,korang masaklah gaya gini untuk mak ya...hahahaha



Ikan Siakap Tiga Rasa
by
anymz mykitchen

bahan2

1 keping bahagian ekor ikan siakap atau seekor ikan yang anda suka
5 ulas bawang putih-di titik
sedikit halia-di titik
sedikit daun ketumbar
10 ulas cili padi siam-di tumbuk kasar ketepikan
2 sb sos cili
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
4 sb kicap manis
1/2 cawan air
garam
kunyit
minyak untuk memasak

cara

Ikan di bersihkan dan di gaul dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing
Angkat ikan dan ketepikan
Ambil lebihan minyak dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
Masukan cili padi dan semua sos
kacau rata dan tambah air
kalau kurang garam bolehlah di tambah sedikit garam
kacau rata dan curahkan ke atas ikan
Tabur daun ketumbar di atas ikan
boleh di hidang bersama timun atau tomato
Dah masak
Sedia untuk di hidangkan


Tuesday 19 April 2011

Talam Sagu

Assalamualaikum semua
Cuaca sejuk kat bumi nismilan hari nih..orang sejuk akak dok makan benda sejuk2..mana lah hakak nak tau nak hujan hari ni kan?...semalam paneh berdentung..tu yang plan buat sagu ni hari ni..
Resepi kueh talam ni akak jumpa dalam buku kompilasi kueh talam selenggaraan noorshawati che Razali dari abad 21.tapi ada yang akak tokok tambah sana sini sinun.

Eh!tapi nape nampak sagu tu ada sebutir2 kaler putih ek?,..tak cukup kembang ke sagunya tu?..walau apa pun talam sagu ni memang sedap..akak tengok en somi tu ambik seketul2 terus ngappp masuk mulot..anak dara bongsu pun kata sedap..susah nak dengar diorang suka kat kueh talam ni..kali ni alhamdulillah dah tinggal suku loyang je tu..


Talam Sagu
by
anymz mykitchen




bahan2 Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


bahan2 Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

Monday 18 April 2011

Masak Lemak Nangka

Assalamualaikum
Jangan marah ya..asek post masak lemak jer dua tiga hari nih..apa nak buat dah, itu menu yang akak masak semenjak dua menjak nih.
Lauk ni akak buat dua hari yang lepas..dah lama teringin tapi cuaca asek hujan aje...kalau hujan makan benda2 berangin takot kembung pulak kan?...tapi apa daya tekak ni dah tak daya menahan bila nampak nangka muda ni di pasar tani hari sabtu tu hari...
Akak belajar masak lemak nangka ni dari pembantu akak di dapur suatu masa dulu..akak guna pembantu masa anak2 kecik lagi..tak larat wei nak jaga 6 org anak.nak anta anak ke sek.nak ngajo diorang mengaji,nak siapkan makan minum bapak anak2 lagi..huuihh memang akak guna pembantu masa tu..
Balik ke cerita akak tadi,pembantu akak ni merupakan orang kampung dekat2 sini jugak.12 tahun dia kerja dgn akak, bila nak berhentikan dia dulu sedih betul rasanya.

Sedap betul nangka ni bila di masak lemak putih..bagi korang yang dah selalu makan tu mesti kata..eleh kak anim ni..baru nak rasa ker?....hehehe...
Saja letak resepi buat rujukan anak2 di masa akan datang.


masak lemak nangka
by
anymz mykitchen


bahan2

1/2 biji nangka muda-di potong ikut suka,cuci dan rebus hingga empuk dan tos.ketepikan.
1/2 genggam ikan bilis-di cuci,ketepikan
Rm 3 santan + 11/2 cawan air
2 sudu besar lada hitam-di kisar kasar
1 batang serai- di titik
2 ulas bawang merah- di hiris halus
sedikit garam


cara

Masukan santan,ikan bilis,serai,bawang merah,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk
Jerang atas api sambil di kacau selalu hingga mendidih.
Masukan nangka yang sudah di rebus tadi
Bila sudah mendidih dan sebati tutup api.
Sedia untuk di hidangkan


P/s
Di fahamkan kita letak lada hitam sebab nak elakkan angin dalam badan.
InsyaAllah memang tak berangin..



masak lemak nangka makan dengan sambal ikan tenggiri




Sunday 17 April 2011

Masak Lemak Sawi

Assalamualaikum semua
Teruja dengan tajuk?..tak pernah dengar?..memang masa mula2 akak dengar dulu,akak pun tak pernah dengar.wakakaka...
Akak mula2 di perkenalkan dengan masak lemak sawi oleh kak wah kakak saudara akak...mmm...kak Erna kita tu kenal sangatlah dengan kak wah nih..hehe..al kisah kak wah ni dok bercerita dengan akak tentang ada jiran sekampung yang suatu masa dulu hidupnya susah lantaran anak yang ramai.maka jiran sekampung ni selalu lah buat masak lemak sawi di gulai dengan ikan kembung rebus..terpana akak sekejap wei..sawi??..masak lomak?...kak wah kata iyo..masak lomak..sodap..buek pokat2..

Akak pun mula lah menerai tapi akak gulai dengan ikan kembung biasa tu je..buat pekat2 dan pedas sikit..perghh...memang sedaaaap sangat.Tapi hari ini akak buat sawi dengan kepala ikan senangin.pun sedap jugak.janji pekat.maklum org negori..tak pekat tak sah..hehe



masak lemak sawi
by
anymz my kitchen

bahan2

1 ikat sawi (kalau boleh sawi bunga)
3 ekor kepala ikan senangin (yg sedap ikan kembung)
20 ulas cili padi- di tumbuk halus
1 mangkuk santan cair
1 cawan santan pati santan (santan pekat)
sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 biji limau kasturi di perah dan ambil airnya

cara

Masukan santan ke dalam periuk
Masukan juga cili padi dan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang di tumbuk halus
Masukan garam dan asam gelugur
Jerang hingga mendidih..kacau selalu supaya tidak pecah minyak
Dah mendidih masukan ikan.kacau lagi
Masukan pati santan
kacau lagi dan akhir sekali masukan sawi dan air limau kasturi.kacau sebentar.
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

Tips
selepas masukan sawi jangan di biar lama.



sawi bila di buat masak lemak terus ,rasa sawi tu pun jadi lemak.
gulai akak hari ni kaler oren sebab cili padi nya semua merah meranum


Sarapan Pagi dgn Mee Goreng

Assalamualaikum
Alhamdulillah kembali bersiaran .semalam dan hari ini rasa sunyi sedikit kan?..memang macam ni lah keadaan blogger masak2 bila tiba setiap hujung minggu..
sibuk melayan suami dan anak2..masa untuk melappy kena di kurangkan..sebab sibuk di dapur atau keluar berjalan2 dgn family and friends..

Bercakap tentang keluar dgn kawan2,rasa2nya sudah agak lama aktiviti itu akak tak buat...akak sudah mendapat keizinan dari en suami untuk keluar minum2 dan makan2 dgn kawan2 akak di KL nun..insyaAllah sehari dua ni ingat nak cari masa untuk melayan diri sendiri...
Pagi ni akak buat mee goreng je sebagai sarapan..anak yang sulong ada balik jadi sarapan nya agak berat sikit lah..selalu makan oat atau cornflakes je.(kes jaga timbang)
meh layan resepi mee goreng yang paling simple dari akak.




mee goreng
by
anymz mykitchen

bahan2

1 bungkus mee kuning
1/2 genggam ikan bilis-di rendam sebentar*
8 ulas cili kering*-di rendam dgn air panas dan bila dah kembang toskan
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang kecil*
1 mangkuk kecil udang size sederhana besar-buang kulit tinggalkan bahagian ekor je
1 ikat sawi-di potong kecil
1 mangkuk tauge
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara

panaskan minyak
bahan2 bertanda * dikisar dan tumis bahan2 kisar sehingga terbit minyak
masukan sedikit garam jika suka tapi hati2 dgn penggunaan sos kerana sos tiram juga masin.
masukan udang
masukan sawi dan kacau
masukan mee dan semua jenis sos dan kicap
kacau sehingga mee masak dan masukan tauge
tutup api dan sedia untuk di hidangkan

mee goreng
selain udang boleh juga menggunakan bahan perencah seperti daging ayam,daging,fish cake/ball,sotong dll tapi akak hanya guna udang sebab itu aje stok yang ada dalam rumah.


Friday 15 April 2011

Bingka Susu

Assalamualikum semua
Sehat semua?..
Akak buat kuih bingka ni petang tadi..masa membakar , rasa tak sabar2 pulak. harum betul bau susu..dah masak tak sabar pulak nak tunggu sejuk.sebab dah sejuk baru boleh potong.sedap yatie.terima kaseh kongsi resepi yang yatie ambik dari kak Fida.
Hari ni akak baik..takde cerita panjang terus ke resepi...kekeke

Bingka Susu
by
anymz my kitchen

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)-akak letak sebab akak suka manis.
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam



Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.




Durian Oh Durian

Assalamualaikum

Ni nak cerita sikit nih..dah tengok kek duyan kat rumah izahdaut nun?..sakit mata turun ke hati kan?,,tengok tak betapa gebunya kek duyan izah tu?..geram kan?..pok montot izah lima kali sebab dia makan berempat orang tapi tak ngajak kita..dah tu dia ejek2 akak jadi ketua kumpulan.sekeh pale izah lima kali gak..pasni dah tentu izah jadi sengal...hahaha
dah..dah takmo melalut di pagi Jumaat..ampun mahap ya zah..hari ni hari jumaat.

Akak pulak tak dapat buat kek durian,buat pengat je lah nampaknya..makan dgn roti benggali kebas resepi dari rumah mas Duniaku..buat pengat ni semalam..sedap tahap gaban..durian ni pulak tahun lepas punya akak jumpa dlm freezer..hehe dah setahun dok lam esbok..memang tiap2 tahun bila tiba musim duyan,akak akan simpan dua tiga bekas tupperware isi durian dan simpan dalam freezer..
senang bila teragak nak buat bubur kacang ke,buat pengat ke terus leburkan aje..
Layan gambar je lah ya...resepi akak dah link kan ke rumah Mas duniaku..




Pengat Durian
Resepi lihat di sini



Roti benggali
Resepi lihat Di sini..


Thursday 14 April 2011

Custard Teacake

Assalamualaikum
Rumah orang lain dah lama ada kek ni..
Rumah akak baru nak mula..Masa camera akak tengah ada masalah tu hari akak ada buat tapi malangnya gambar betul2 tak cantik rasa cam sia2 je kalau akak publish masa tu.tak lawo langsung..dah lah blurr pastu permukaannya sopak sopek sebab akak tabur gula icing time paneh2.hahaha
Akak buat kek ni semalam.buat satu adunan je sebab rakyat jelata tak ramai..feed back dari anak2 kata sedap, sebab ada kelembutan pada inti kastad tu kan?..emmm...toksah cerita banyak lah kan sebab korang rata2 dah buat kek ni..okay simpan resepi nya di sini untuk rujukan di masa akan datang...
Kejap lagi nak keluar.lewat petang baru balik..nanti akak balas komen di bawah tu dan jugak bw ke rumah adik2 dan kakak2..
eh! ada kakak2 ke kat sini.?rasanya setakat ni haku ni je lah yang tertua takat ni..huhuhu....tak tua tau,cuma usia tu ada lebih sikit je dari korang..okay2 dah2....melalut pulak.
nak ke somban jap..
nak gi cuci2 muka biar berseri2 sikit ,asek ngadap piyok belanga je,nanti itam cam kek eggless tu pulak...huhuhu


custad teacake

by
anymz my kitchen
source:CMG
source:Ida
bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...


p/s
kastad nya tak nampak.sape tak nampak?..sape yg bising2 kata tak nampak?..
Siap ko

Wednesday 13 April 2011

Gulai nenas dgn ikan sepat masin

Assalamualaikum semua
Hari yang cukup malas..walau malas tapi dapur kena berasap jugak kan..
Hari ni masak lauk feveret akak pulak..walau kena marah,walau wajah anak2 masam mencuka tapi emaknya meneruskan jugak niat yang suci dlm debu nih..
Akak memang suka lauk2 camni..simple je..makan dgn nasi sejuk pun berselera.
Tapi kali ni akak tambah air limau kasturi konon2 nak masamkan gulai tu ler.konon2 tak masin lah..ermmm..okay gak apa..takde lah masin...lalalalala
Eh!anak2 ,maknya buat gulai ayam..resepi tak payah lah kan..dah biasa..


Gulai Nenas dengan Ikan sepat
by
anymz my kitchen

bahan2

2 ekor ikan sepat masin size besar-di bersihkan dan di kerat tiga
1/2 biji nenas size kecil-di racik atau di cincang kasar atau di potong keping2 kecil
santan segar(bukan dlm kotak) rm 3
2 cawan air
2 sudu besar cili api kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji limau kasturi-di perah dan ambil airnya


cara

Letak periuk atas dapur
masukan nenas
didihkan nenas sebentar
masukan santan
masukan cili api dan serbuk kunyit
masukan ikan sepat
masukan air
Jerang hingga mendidih.Jika kurang masin,tambahkan sedikit garam
Bila sudah elok mendidih masukan air limau kasturi
Tutup api dan sedia untuk makan
mudah kan..

cuba buat..jangan takot takde bawang pun takpe.itulah masakan asli orang negori..

Tuesday 12 April 2011

Award dari Izahdaut

Assalamualaikum semua
Sebelum malam ini melabuhkan tirainya, akak keluarkan lah award yang akak terima dari izah daut..

Hah..cak!..pok si Izahdaut tu tau..dia bagi akak award tak bagi tau.

Oh ya! puan2 semua..award ni akak terima dari adik ku cayang yang dok bawah sikit dari langit kat ampang tu hah....maceh ya zah..ingat jugak izah kat akak ni ya..(siap tulis nama negeri lagi tuh..)
Hah! dah..dah..jangan majuk majuk lagi..ni dah buat spesel entri khas untuk izah ni..meh anto abok2 kat akak sikit..



bila tgk gambo ni perasan akak pun cute jugak..



hah..engko siap letak dua award sekaligus sebab akak tak tau nak ambik yang mana satu.
kira halal dah ni ya zah..
nah bagi kat ko balik..cepat sambut
oh ya!kalau tak silap ini award yang kedua akak terima dari izah..
semoga persahabatan kita blogger masak2 semua ,terjalin buat selama2nya.
InsyaAllah


yang ini pulak award dari dapur kjee.
dia bagi pada semua pengunjung yang selalu bertandang ke blog beliau..
best baca2 blog kjee ni..banyak info..


Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum

Hah!akak kotakan janji untuk masuk opis ptg ni kan?..
Dah beberapa hari akak dok tengok kek ni di rumah Dayang..tapi resepinya akak kopipes dari rumah yatie..sebab baru menjengah rumah yatie pagi tadi terus akak simpan dalam draft..
mmm..sedap kek ni tau....nak buat kek ni begitu mudah sekali..betul kata nor bagi sesiapa yang takde mixer tu leh guna whisk je..lolap mato pun jadik..haha
sedap,simple campur dgn mudah je nak mengadun kek ni...cuba lah...

super moist eggless chocolate cake
by anymz my kitchen
source:dayangjack

bahan-bahan : loyang 6-7 inci yatie guna loyang 5 insi akak jugak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.