Thursday, 21 April 2011

Daging masak kicap

Assalamualaikum
Akak bersiaran agak awal hari ni.
Kejap2 lagi nak keluar,cuma sempat singgah ke rumah bbrp orang kawan je tadi.tak sempat nak tinggal komen..Agak sibuk sedikit dari biasa sebab ada bangah dan amir di rumah.minggu depan tambah lagi seorang bertambah sibuk lah akak nampaknya..nak tak nak..ke dapur tu sudah pasti tak boleh masak cincai2,kesian tgk anak2.dah lah di kolej masing2 makan ala kadar,kat rumah pun kena makan ala kadar?..tak patut..tak patut..ni kejap lagi nak ke pasar tani dan ke pharmacy.tgk stok ubat2an dah nak habis dah tu..
Daging ni akak masak semalam..gambar tak berapa nak cantik.walau apa pun letak gak resepi buat rujukan anak2 di masa akan datang.
Rupa dah macam rendang akak tengok..takpela (kes nak sejukan hati)..janji hitam..wakakaka

Eh!terima kaseh kepada follower2 baru yang sudi bertandang ke mykitchen.nanti petang2 sikit akak ke rumah you all ya...



daging masak kicap
by
anymz mykitchen

bahan2

1/2 kg daging batang pinang-bersihkan dan potong
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang kulit kayu manis
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
4 sb serbuk lada hitam
kicap manis-akak letak lebih supaya tidak perlu kita menambah air bila memasak
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato

cara

daging yang sudah di bersihkan di tos.
kisar bawang besar,bawang putih dan halia
Gaul bahan2 kisar dan serbuk lada hitam,serbik jintan dan serbuk ketumbar bersama daging di dalam sebuah mangkuk.
Perap lebih kurang 3-5 jam sebelum di masak
Panaskan minyak
Terus masukan bahan perapan ke dalam kuali dan kacau hingga masak.
Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
Kacau sebati dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan bawang besar dan lada merah

8 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak anymz,
Sedaplah nmpk dagingtuh,nak cikit,nak cicah roti..Pstt kak rini msti masak spesel kan,hihi..

ruggedmom said...

sgt suka blog makan-makan ni

Mas said...

nak juga daging tu.....he..he..

izahdaut said...

akak masak rendang ke masak kicap? tu la..masa memasak kak nim layan sinetron..uishh uishh uishh..eh tak layan ye?sapa la buat fitnah ni..tadi mas kata akak layan sinetron..mas mas..hahaha..

K.Nor said...

k.nim.. hulur piring kat sini aci tak.. malesnya nak masak arini :(

kakpah said...

sodap e nim. mintak sikit.

cik cek said...

Salam kak anim

pepagi dah dtg jenjalan kek sini...tak do la kojo lain...merayau jo la kojo eh...he he..

Daging Masak Kicap...sodap ni kak Anim...fav anak bujang cek...kalau ado lauk ni...tak mkn yg lain do...lauk tu je la yg dio makan ngan nasi...

kasihredha said...

kak nak sikit jerr...tak nak banyak...tapi kalau akak nak kasi byk saya terima je kak...hihi