Tuesday, 18 October 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum

Yesssss...akhirnya akak buat jugak..Norrrrr..terimakaseh lah bagi resepi puding yang segar bugar ni ya..
Memang sesuai benar puding2 cenggini masa musim panas..terasa2 sejuk nyaman je masuk ke tekak.Pada akak puding2 begini memang sesuai sgt di hidangkan bila musim panas seperti yang melanda di bumi nismilan sekarang ni.Buat pau pun sesuai.Senang je yis nak kembang bila musim panas kan Nor kan?..Eh!apa ke halnya citer pau pulak ni????..Sebab sebenarnya akak baru balik dari dapur IzahDaut.Tengok pau dia yang kaler pink tu rasa terpekenan pulak...Dah ambik dah resepi nya tu nak try jugak.Akak kan pantang nampak pau..Mesti nak cuba.Hari tu tengok pau kat rumah Naz@COSK.Pun dah ambik resepi tapi belum cuba lagi..

Okay2 berbalik pada kisah puding ni,akak buat puding ni tengahari semalam.Orang lain dah berkurun2 dok dlm dapur diorang akak baru nak cuba.Maklum kat rumah ni ramai anak bujang.Budak2 lelaki ni kurang sikit bab2 puding ni.Kalau puding yang ada kuah susu cair tu laju je diorang mamam..Tapi kalau puding jenis yang ini ayahnya yang laju makan.sebab ada laici tu kan?..ada buah2an.laju le pokcik tu mamam..TerimaKaseh Nor atas resepinya ni.Lain kali nak buat guna fruit cocktail pulak.:))))


PUDING TAUHU
by
anymz mykitchen
resipi original: Nor@SecubitGaram


Bahan:

utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api.
Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.

Utk kuah:

Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih. Biarkan sejuk Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:

Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi. Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

15 comments:

K.Nor said...

nak semangkuk wat berbuka! hehe

izahdaut said...

puding apa ni? puding pau ye? kikikiki.. oo abg tapa suke puding gini ye.. ke suke koktail kastard cam hari tu.. mana lagi abg tapa suke? hahahhaa... ni mcm dah nyembang ngan laki org je ni.. balikkkkk

tun_telani said...

haip.. kak izah tu mmg nk kene piap kan kak anim.. duk abg tapa, abg tapa.. hihihi...
tun suka letak fruit cocktail.. sedap ^^

Yatie said...

pepagi tayang puding tauhu ni buat Yatie terliur je..jap lagi nak mengodeklah puding mcm ni...sedapkan....

Hanim said...

k.anim, 10gm serbuk agar2 tu same ngan 1sedu besar kan?

Mas said...

mas suka puding ni..
sedappppp sangat.....

Ummi said...

Anim, kita pun suka puding Nor ni..mmg best..marbelesss :))

Ayu said...

cantik puding kak nim ni..dan dah tentu sedap jugakan ..tengok laici kat bawah tu rasa nak cekup aje ambik tau..hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..saya pun pernah cuba resipi ni tak lama dulu..sedapkan....

Dan jangan lupa yaaa..nanti datang ke rumah dan sudi-sudilah kiranya mengambil award dari saya....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedapnya puding tauhu... mmg terbaik....

Zaliedana said...

Amboi puding tauhu,ai juga xwat2,punya lah semangat nak wat,bli laici dah bape kali,puding langsung xjadi lagi,huhu kena bli laici lagilah ni..

Nieza said...

sedapnya tgk puding ni kak anim...kat sini dah sejuk ni kalau mkn puding lagi sejuk ler...tapi kalau ada dpn mata belasah juga ni ...hehe

Nieza said...

sedapnya tgk puding ni kak anim...kat sini dah sejuk ni kalau mkn puding lagi sejuk ler...tapi kalau ada dpn mata belasah juga ni ...hehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Adeh!!! minta lah kite semangkuk!!!

RoseLangkawi said...

salam kak

laa ingatkan susah, boleh cba ni, makasih bagi resepi, rose minta izin share respi dan gamba skali ye..sb belum cukup satu bhn (kerajinan) utk buat.makasih bnyk