Tuesday, 4 October 2011

Sotong Masak Pedas Berpetai

Assalamualaikum semua

Ya siapa2 yang agak2 ada petai berlebih tu apa kata cuba resepi pedas tapi mengancam nih..
sedap?..memang sedap dan tambah sedap kalau di makan dengan telur dadar dan sambal belacan Thai..



Sotong Masak Pedas Berpetai
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz@mykitchen



bahan2

1/2 kg sotong segar jenis yang lembut-bersihkan dan hiris-suka hati nak hiris besar mana-ketepikan
10 tangkai cili kering-cuci dan kisar terus.tak perlu di masak atau di rendam.terus kisar lepas di cuci.masukkan sedikit je air
3 ulas bawang putih-di ketuk ketepikan
1 labu bawang besar-di tumbuk kasar
10 tangkai cili padi Siam-di titik
2 ulas cili besar-di potong kasar
1 tangkai serai-di titik
beberapa helai daun limau purut
beberapa helai daun ketumbar
1 biji limau nipis
1 biji tomato-di potong baji
sedikit sos tiram
sedikit garam
3 papan petai-di kupas dan buang kulit ari
Minyak untuk menggoreng


Cara

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili kering yang di kisar dan juga serai yang di titik
Bila air cili sudah agak kering,masukkan sotong
Didihkan sebentar hingga sotong mengeluarkan airnya.
Masukkan cili padi dan cili besar juga bawang besar.
Masukkan garam,sos tiram dan daun limau purut
Masukkan tomato dan kacau sebati
Masukkan petai dan hiris limau nipis
Angkat dan tabur daun ketumbar
Sedia untuk di hidangkan..

*Cili kering yang di kisar tanpa di rendam air panas atau di rebus akan menjadi sedikit berlendir.


sedap di makan dengan nasi panas



26 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Anim.apa kabar?berdesup atie dtg bila trbau petai.hihi.Atie suker mkn sambal petai tp HB xsuker baunya....SO mmg xpernah beli petai menjak kawen ngan HB.Tingin nk mkn time dok kt kg larrr:D

Mas said...

kak anim..mas kutip sotong jerk..
aci tak..he3
sedapp tu tengok sotong masak petai pedas.....

♫ mokwo® ♫ said...

salam ka anim..Alhamdulillah moga nkak nim bertambah sihat.gerun gak dengar cerita pasal kak nim masuk sepital baru2 nih..jaga diri elok2 kay...masak lomak tuh kena pencen kejap lah tuh!!hihi..org nogori pure boleh ke berpisah ngan masak lomak??
sedap sungguh sutun!!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...ohhhh sungguh terguda saya tengok sotong akak duk posing...Ada masa boleh cuba gak ni...

tun_telani said...

kalau tun pun kutip sotong je.. hihi.. xpandai betul nk mkn petai dlm kuah nih..

ady said...

as-salam kak
wahhh..ada sotong kat sini..npk sedapplah lauk sotong ni ada petai..jarang org masak sotong letak petai.. good ideas kak!!!

Nazrah said...

jarang jumpa sotong dan petai..biasa udang dan petai..satu kelainan ni kak

Cendana Kasih said...

sotong saya suka, tp petai tu bagi jer kat anak sulung saya...hehehe...skang petai dah mahal,1 keping rm1.50

izahdaut said...

K nim.. Dah mkn ubat blum? Gi mkn ubt, tu ptai tak leh mkn tu kak nim.bagi kt saya je ye..

zarin said...

salam k anim
lama tk singgah sini. k anim dah sihat belum.itu hari mintak phone no akak dari k ain sbb nk singgah melawat k anim tp sbb dah mlm hari terus tk jd singgah
anyway, saya kena gak lah blajor mkn petrai ni sebab baru tahu banyak khasiat petai ni ye!

noorsafone said...

Salam Anim...potai tu yg buek sodap tu.

kasihredha said...

dah lama tak makan petai walaupun mmg penggemar petai

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak anim cayang...
sedapnya tgk sotong tu akak... tp petai kita x reti makan plak.. Hhehehe.. teringin gak suatu hari nak cuba makan petai nie.. cam best jer tgk

anymz said...

to azatie
itulah yg susahnya kalau sorang makan,sorang lagi tak makan kan atie kan?tak feel makan petai sorang2.hehe

anymz said...

to mas
tak aci..ambik kepala sotong tu je mas..hehe

anymz said...

to mokwo
itu lah pasal mokwo.org negori mana leh berpisah dgn masak lemak..cuma kali ni akak tak ambik kuah le bila makan masak lemak nih..lagi pun akak tak makan kuah sgt pun..hehe

anymz said...

to sue@nenie
cubalah nanti ya..memang sedap.hehe

anymz said...

to tun_telani
biasa la tun.ada org pandai makan petai ni ada org tak pandai.:)))

anymz said...

to adu
sesekali kita tukar selera pulak kan ady?:))

anymz said...

ermmmm..lenkali kita cuba apa2 yg di gandingkan dgn udang kita gandingkan pulak dgn sotong..orait gak kan?

anymz said...

to cendana kasih
ooo..anak2 lagi pandai makan petai yer norma?hehe
tu lah kan petai mmg mahal skang ni.tapi petai ni kan pokok sendiri..:)))

anymz said...

to izahdaut
berapa byk petai ko laki bini nak makan ni jah..hehe

anymz said...

to zarin
oooo..takpe zarin dah ada no akak kan?lenkali kalau lalu singgah rumah akak ya..

anymz said...

to noorsafone
tu lah pasal kan kak?

anymz said...

to kasihredha
nape dah lama tak makan kak?..susah nak dapat petai ya kat KL nun.

anymz said...

to diana
kalau tak makan jgn makan diana..petai ni berangin..:))