Friday, 21 October 2011

Kari Ayam Kerisek

Assalamualaikum semua

Minta maaf lah, semalam langsung tak dapat akak nak menjenguk ke my-kitchen ni.Waktu pagi memang akak sibuk sangat diikuti dgn kesibukan membeli barangan makanan bangah anak kedua akak yang akan ke Vietnam mlm nanti.Beli makanan segera dan sedikit roti dan tuna utk dia mengalas perut semasa di sana nanti.Sepatutnya akak juga turut serta ke sana tapi atas sebab2 yang tertentu pemergian akak ke sana telah di tunda ke suatu waktu yang sesuai yang akan di beritahu kelak..cewaaaah dah macam jawapan masa minta kerja gomen je bunyi nya kan?..hahaha..bila?ngak tau dong..tapi takpe tiket pun tak beli lagi jadi tak rugi apa2..masih sempat lagi korang nak tulis list utk mengirim nanti ya..hahaha..sape lah nak mengirim tu ya?..dengar2nya ada yg nak kirim blouse bagai tuh..kalau mau buk sila jamu akak dgn ayam panggang dua ekor ya..Perut dah besar ni...kihkihkih

Semalam jugak akak hanya sempat masak kari ayam kerisik yang mana resepinya akak ambik di rumah Mas@Duniaku.Asalnya mas buat kari daging tapi di sebabkan waktu dan ketika ini daging sudah menjadi makanan larangan buat sementara waktu jadi akak hanya guna ayam je lah.Lain kali bila tempoh berpantang tu sudah berakhir akak nak try jugak lah masak daging.

Nampak kuahnya agak sedikit cair kan?..Itu adalah kesilapan teknik semasa mencurah air di daun keladi eh! masa mencurah air dalam kuah ayam nih..syok je curah air tu kan.tau2 air sudah sama paras je dgn ayam tu..kira okay lah tu.takde lah payah nak tambah2 air lagi bila memanaskan kuahnya tu kan.Betul tak Hawa@sometimes things doesnt happen the way we want..Panjangnya tajuk blog hawa ni kan?..Jauh jalan dari Spore tuuu...hehe
Akak simpan resepi yang sedap ni sebagai rujukan di masa akan datang.selalu buat main campak2 je.Bila dah ada ni boleh lah simpan buat rujukan anak2.Akak buat ayam kerisek ni di makan bersama Nasi Ketumbar..seeeeeedaaaaappppp..:))))



Kari Ayam Kerisik
by
anymz mykitchen

Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
*Ini ayam bandar ya.bukan ayam kampung.

15 comments:

kasihredha said...

saya dah angkat tgn ni kak..
angkat tgn unk kirim :))

Ros said...

Salam Anymz,

Nampak sedap ja masak ayam ni,Kak Ros pun tengah pening ni tak tau nak masak apa hari ni, tqlah tolong selesaikan masaalah Kak Ros hari ni,bahan pun semua dah ada bolehlah Kak Ros cuba.

Anna Qawina said...

pagi kak Nim...ambooii ayat...skema tak skema pun ya nih..nak kirim apa ya kat sana? kirim aaa..apa2 la ye kak nim...kita terima seadanya..sekian terima kasih

Lieya said...

Wahhhh rajinnya masak kari ayam kerisik... mintak sikitttt

Ummi said...

Anim...kita bawak kek cokelat nih, tukar dgn kari ayam tu eh...xyah la Ummi masak tghri kang... :)

tun_telani said...

wahh.. bestnyer gi vietnam! gi shopping ke? dulu ayah tun pernah dihantar kerja kt vietnam kejap. eh, dekat nk setahun jugak kt sana.. beli sutera dia wat baju kurung. cantik! jubah pun cantik2. tp harga tu tun xtau la.. tau pakai je.. hihi

HaSue said...

ahahahak..sakit porut den golak nih kak nim..tp kat umah ni ada masa suka kari cair sikit( x cair sgt)..ada masa suka yg pekat2 skit(x pekat sgt)-nak jugak buh yg dalam kurungan nih kan..haha..
bergantung jenis nasik kot..hehe
skrg ni cam menu kari selalu je kat umah ni haa...tp malas amik gmbr lak.resepi pun x sukat2 jadinya malas nak nulis sbb malas nyukat..kak nim paham dak nih?
dah mandi lom tadi?ahahah

cik cek said...

Sedapnya cecah ngan roti ke...roti jala ke...macam2 pun bolehlah...nak join makanlah kat rumah kak Nim..:D

Zaliedana said...

Kak nim,abgngah nak g sna wat pe kak,eh akak pon nanti nak g sna eks..Nnti ai nak kirim juga lah pa yg sempoi kat sna,hihi..amboi sedapnyer kari daging,opsss kari ayam,yerla hakak xleh makang daging,satgi takut darah nek eks..Xper kak raya nnti mkn eks..Tapi jgn mkn byk sgt lak.

izahdaut said...

apa motif last tu ayam kampung ayam bando tu kak? akak, saya suke sangat ayam kampung buat gulai. ta ler napa. tapi suke sangat.

sapa la ngirim blouse bagai tu. kat mesia pun ada. ngenaga betui..sah sah dia cantik mcm rozita che wan gamaknya. gamak nyer la.. krehkrehkrehh...

lor..tahun depan la kak nim gi. jaga kesihatan tu. alhamdulilla dapat la jenjalan kan.

nota tuk bangah: ekau tak boleh beli sendrik ke barang makan? sajo yo suh mak ekau. *motif tetibe dengki. kikiki

Mas said...

kikikikikiki...gelihati ngan n3 akak sorang ni...
kak anim...mas pun nnti nak try guna ayam lak..
sedappkan kari kerisik ni...

huh....mek ampang tu...tak abis rozita che wan....he3

anymz said...

to kasihredha
alaaahai kak kasih kita ni lagi lah selalu ke obersi.sepatutnya akak yg byk nak mengirim nih.hehe


to ros
cuba ros.cuba.jgn tak cuba ya..sedap bila sesekali kita tuko masak kari ni buh kerisek tau.:)


to anna qawina
kalau takde nak kirim apa,kirim salam je lah ana.hehe


to lieya
mintak2 dah habis lah lieya.kalau mauk kena cari kerisek lagi.haha

anymz said...

to ummi
kecil tapak tangan nyiru kita tadahkan ummi oi..maceh bagi kek..tapi toppingnya dah cair dah nii.hehe


to tun telani
dia pergi beli barang2 utk niaga tun.barang2 keperluan budak2 remaja lelaki..


to hasue
masak2 ni tak menentu kan sue.ada masa suka cair ada masa suka pekat.mood kita pun leh berubah2 kan..camtu lah mood rakyat dlm rumah tu sue..:)))
ooo lupa nak komen.masa akak ke rumah sue tadi akak dah mandi laaaah..


to cik cek
meh join sekali cek..yang sedapnya makan dgn roti jala..ishh..terlupa lak nak menjala..:))

anymz said...

to zaliedana
ada..ada yg sempoi kat sana ct payung..keychain..muekekeke..


to izah daut
jah,ayam kg akak semua dah meninggal jah.kena penyakit baru2 ni..senang hati akak tak payah nak pikir camne nak tamatkan riwayat ayam2 tu lantaran abg tapa cukuplah sayang kat binatang peliharaan yang dia tak pelihara tu pun kan?..haha
konpius jah konpius ya..


to mas
itu lah pasal mas..berangan betul nak jadi rozita che'wan..haha

Diana @ Melley Mey said...

Akak...
sedapnya tgk kari ayam kerisik nie... menyelerakan... wah makan ngan nasi ketumbar yer akak... sedapnya tu...