Assalamualaikum
Terlebih dahulu akak nak mulai dengan ucapan terimakaseh buat pengunjung2 my kitchen yang bekunjung ke sini sejak semalam.Akak ingatkan bila tiba hujung2 minggu begini,mungkin jumlah pengunjung akan berkurangan.maklum lah dah lama gak akak tak bersiaran di hujung minggu sejak raya lepas.Walau pun pengunjung tidaklah sehebat kunjungan hari2 biasa namun tetap ada dan bilangan sering bertambah hari demi hari..Ribuan terimakaseh ya semua..
Baiklah dua hari lepas akak sudah war2kan dalam fb yang slice cheese cake akak ni agak hangus gara2 akak membalas msg inbox di fb IzahDaut sehinggakan akak hampir2 terlupa yang akak sedang membakar slice cheese cake di dalam oven.Dah lah tu,sebelum buat tu akak di landa perasaan tamak yang melampau.Seeloknya buatlah satu adunan dulu kan,ini tidak terus nak buat dua adunan gara2 anak2 di rumah ni memang hantu cheese..konon2 kalau buat satu adunan nanti tak cukup.
Tau apa jadi lepas tu???
Yaaaaa pandai..adeh rasa termengong sekejap.Dah tau buat dua adunan letak lah dlm bekas yang besar kan?..Ini pergi letak dalam bekas kocik buek apo?????
Apa lagi??..Fuiiyyooo...adunan akak naik tinggi wo.mujur tak melimpah.
Eh! ada lagi nak komplen ni..Para guruwan sudah pesan suh kisar filling.Tapi akak buat apa?..
Gara2 tak baca resepi sampai habis ,maka kek ni tidak di sudahi dgn happy ending.hahaha..Gelak lah tanda suka kan?kan?
Apa2 pun kek ini memang terbaik dan pasti akan buat lagi dan lagi.Nak guna Blueberry filling pulak kali ni.Resepi akak ambik dari rumah Izah Daut.Kalau nak tau lebih lanjut sila ke sana ya.Izah ambik dari rumah Ros@JintanManis
SLICE CHEESE CAKE
by
anymz mykitchen
resepi : Ros@jintanmanis.com
Copy Sumber:Izah Daut
4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Memang sedap halus,mulus slice cheese cake ni.
lain kali nak try resepi dari rumah Hasue pulak..
Tuuuuu bahagian bawah kek tu..ada ireng sedikit kan?
Buat2 tak nampak ya..kahkahkah..
10 comments:
Kak nim,amboi xtunjuk pon yg ireng tuh,saja nak kaver lah tu..Xperlah kak,janji xhangus semua n rasa tetap menten sodap kan..MMg best betoi keknih,rasa cam nak wat lagi pon da beli nengok cis lan peti yg 24slice xbuka lagi,huhu..
Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...
*jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...
Amboiiii yang jadi dari banyak kesalahan pun nampak cun, kalau yg betul2 ikut kata tok guru mesti jelita habis ni..hehehe.. Yg di rumah kak Nim tu hantu cheese ye.. Sama lah dgn anak2 Nadz ni.. Rajin kak Nim membaking ni. Dah sihat betul ke kak Nim.. Ari tu nampak buat laksa.. Maklumlah bunga kantan banyak kat umah..heheheh.. Nadz datang nanti nak makan laksa eh..hahaha..
la kak nim tak de la nampak hangus nyer pun. sikit je tang atas tu kan. rasanya kek ni tak terjejas kot sebab kek ni jenis lembab gitukan. dia tak kering sangat kan kak nim walaupun ireng sikit..
dah.. saya dah komen dah kat entry kuih kukus tu. gi baca nun.. nanti buat loyang beso ye kalau 2 adunan. saya pun skali buat kena double kan. mmg tak puas makan
ireng tu la yg sedap kak... ireng2 apik kok..
to zaliedana
aiseyman ct payung bucuk bacin ni tak nampak ke bawah kek yg ireng tu?..
Assalamualaikum akak...
wah terus buat 2 adunan yer akak... kalau org kat umah diana nie pun mmg suka makan cheese gak akak.. kalu buat sikit jer pasti x cukup.. tambah2 lg irfan.. hehehe.. ermm kek nie nampak ok jer tu akak.. nnt nak try gak buat ler..
Salam kak Anim..
Waaaa.. akak pun dah buat ye! adoiii.. ita ni berkira2 nak buat badan ni makin hari makin dah bertambah tembam dah hari2 dok buat cheese cake.. pulak yg kat rumah ni kurang sikit jadi ita jugak lah yg kena bagi perabis.. aduyaiiii...
nanti nak buat jugak lah kak terliur dah ni pulak bila akak kata sedap!
hakak Anim...nak ciskek..nak kek segala jenis kek yer..hantar by pos..tq..heee
Adoiiii menggoda menggodaaa
Post a Comment