Monday 31 October 2011

Kuih Ketayap a.k.a Kuih Gulung

Assalamualaikum semua

Buat menu apa untuk minum petang?..Dah siap masak2 semua dah?
Hari ni akak teragak sangat2 nak makan kuih ketayap a.k.a kuih gulung.Dah lama berhajat nak buat tapi takde inti.Tang inti ni yang susah sikit sebab akak memang cerewet sangat2.
Akak tak suka guna sebarang isi kelapa.Akak suka yang muda2 untuk buat inti.Lagi muda lagi bagus..hehe
Tapi di akui ya, sudah laaaaaaaaaama sangat tak buat sendiri kuih ni.Selalu beli aje atau dapat free bila ada kakak2 saudara yang buatkan.Tiba2 tadi blank sekejap terlupa came nak buat.Terus sms Acik Erna..hahaha..kak Erna pun samo yo cam sey..Resepi takde sukat2..ialah masing2 ambik resepi kat arwah mak masing2 mana ada sukatan bagai.Tapi untuk rujukan akak di masa akan datang akak letak resepi yang akak ambik dari rumah Yatie@SinarKehidupanku.
Lebih kurang sama je hasilnya..

Sedap??????...Wey!!!..mestilah sodap..Inti tu ai buat sendiri tauuuuuuuuuuu.muahahahaha
Adeh! terlupa jap...Maceh ya Yatie..Akak ambik resepi dan tepek kat sini.Esok2 akak buat talam Tokyo tu pulak ya...


Kuih Ketayap
by
anymz-mykitchen


Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pandan paste + beberapa titik pewarna hijau
  • 2 cwn air
  • 1 cwn susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan

  • utk inti

  • 200gm kelapa kering @ 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 3 sb gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit air



Cara-cara

  1. untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa kering @ kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu segar,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.


Untuk pengetahuan semua,....hahaha..jangan ketawakan akak tauuu
First time buat inti sendiri ni..sedap gilos.pandai akak buat..
sendiri masuk bakul sendiri angkat lah..hehe

Pizza Sosej

Assalamualaikum semua

Kita jumpa lagi di pagi Isnin yang indah..Sungguh2 indah hari ni cuaca di tempat akak sekarang ni.Biasa la waktu pagi kan.Satgi bila menjelang petang siap dengan ribut petir pulak.Masa tu lah boleh ajar anak2 ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..hahaha..kalau pasal merepek meraban ni memang akak terror lah kan?..kalau nak serious2 ni bagi sesiapa yang mengenali akak, memang agak kurang sikitlah..sekali sekala je akak pandai serious tapi hati didalam tak siapa yag tau kan?..Aduh!!! lagi sekali merepek daaaa..

Okay2..Semalam selepas wazir balik dari tuition kami bawak dia makan2 di luar. Di jusco seremban tu je.Saje nak bagi dia lepas2 tension nak exam ni kan?..
Eh!entah dia tension ke tidak tak taulah..akak tengok dia relax semacam je tu..takde dia kisah sangat pun..wazir..wazir..(sambil geleng2 kepala)

Bila dah waktu siangnya makan2 di luar maka untuk dinner nya akak buat pizza je.resepi akak ambik kat rumah CMG.Dah lama guna resepi ni.Anak2 suka doh ni..Toppingnya akak main taram je..Kalau korang nak topping yang sedap sila lah ke rumah CMG tu ya.Kalau pizza boleh masak lomak,..hah dah tentu yang itu paling akak terror kan zah kan?..kan?..




Pizza sausage
by
anymz mykitchen
Source:CMG



bahan2 doh

500gm tepung gandum
250ml air suam
1 pkt yis
4 sb butter
1 sb gula halus
1 st garam halus
1 st bread improver.(ada jual kat kedai jualan brg2 kek)



1)bancuh yis dgn gula dan 1/2 bhg air suam

2)kacau tunggu berbuih kemudian gaul garam,bread improver dn tepung gandum.gaul hingga rata.lambak atas meja bersih.buat lubang kat tengah2..tuang bancuhan yis,baki air suam dan uli hgga lembut.masukkan butter.uli hingga licin dn kenyal.

3)masuk dlm bekas pizza tekan doh guna jari pastu baru masukkan topping.



Friday 28 October 2011

Sweet Soft Bun

Assalamualaikum semua

Buat apa tu.Nak menunggu rancangan mega maharaja lawak ke tu?..kikikiki..
Akak buat roti ni petang tadi.Ya...sedang rajin meroti ni..di samping itu merotikan diri sekali..Badan naik sudah bagai di pam2 nih..Alangkah eloknya kalau2 badan yang di pam2 ni di cucuk dgn jarum peniti terus jadi kurus balik.huhu..
Akak dapat resepi sweet soft bun dari dapur ena..memang lah sweet dan very the soft one bun ni tau..i like sangat2...Tak percaya?korang cubalah ya..Atau mungkin kah akak yang terlewat mencuba sweet soft bun ni.Orang lain dah berkurun dok buat benda yang sama akak baru nak mula..Thnx for the recipe ya ena.Akak ambik untuk rujukan akak di masa akan datang.Memang sedap.Lain kali nak buat lagi.Kali ni nak buat cantik2 macam ena punya..:))))


Sweet Soft Bun
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast

  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam


Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang.
  14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita di petang Jumaat yang mulia ini.Penghulu segala hari.
Maaf agak lambat akak bersiaran hari ni.Banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan.Kerja rumah tak pernah habis kan?..Alhamdulillah dapat juga akak merasa air tangan Ummi ni..hehe...seperti jugak yatie ,nak harapkan ummi masak untuk kita memang tidak lah kan.kecuali kita ni buat muka tak malu menunjukkan diri depan pintu rumah ummi.sebab tu akak pun angkut resepi ayam sos siam ni dari rumah yatie.

Sedap lah ayam sos siam ni.Bila anak2 kata sedap mak pun senang hati lah kan..Tunggu ayah balik petang nanti.Kalau ayah pun kata sedap lagi senang lah hati mak ni kan...hehe
Akak nak kejar masa atas suatu urusan.InsyaAllah bila dah relax2 nanti akak balas komen teman2 dan seterusnya BW ya..



Ayam Sos Siam
by
anymz mykitchen
Resepi:Ummi@HSH


Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili (Yatie letak 1/2 cawan sos cili dan tambah sedikit air)
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)-akak letak kedua2 jenis daun
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

Wednesday 26 October 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum semua

Hari ni akak tinggalkan cerita pendek aje ya.Maklum hari ni cuti umum.Bukanlah bermakna akak pun turut bercuti.oh Tidak!!...cuti akak masa dekat hujung tahun nanti.InsyaAllah nanti akak bg tau nak kemana ya..

Akak buat bingka roti ni semalam.Tengok dah ramai jugak yang buat ni.Akak terpesona dengan bingka roti ni lepas Ummi,Kuantan tunjukkan hasilnya sedikit masa hari tu.ALhamdulillah memang sedap bingka ala2 puding nih.Anak2 dan en somi pun suka.Cuma sedikit terkilan kerana warna bingka akak tak mengancam.Takpe lain kali boleh buat lagi.Tak rugi sebab sekejap je laris bingka roti ni di rumah akak ni tau..




BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Bahan:-
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Akak buat dalam acuan love pemberian seorang adik manis yang berkunjung ke rumah akak beberapa bulan yang lepas.Kira baru di rasmikan lah ni.TerimaKaseh adik manis ya..bak kata nor@SGN67( u know who u are)...


Cara-Cara:-

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega).
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.


Tuesday 25 October 2011

Masak Lemak Kupang dgn Pucuk Ubi

Assalamualaikum semua

Ada yang bercuti panjang ke tu?..Maklum esok dah cuti sempena sahabat2 kita yang beragama hindu menyambut perayaan pesta cahaya Deepavali.
Semalam akak agak keletihan.Selepas menemani Farah anak akak ke Poly Port Dickson untuk mengambil sijil muet segala kami terus ke Kuala Sg Baru mencari ikan2 segar di sana.
Dalam kepala ni sudah merangka dan berdoa moga2 budak yang menjual kupang tu masih lagi berniaga di tepi jalan tu.Alhamdulillah sebaik saja sampai di Kuala akak minta en somi terus ke budak yang berniaga kupang segar tu.Bukan itu saja,beliau juga ada berniaga lokan dan siput sedut.Kupang2nya memang segar..
TerimaKaseh dan kredit pada KJEE sebab bagi akak idea untuk masak lemak kupang ni dengan pucuk ubi.Akak cuma beli 2 kg saja.Sebab takut tak habis.Nak simpan stok dalam esbok tu pun dah tak muat dah esbok tu..Walau akak ada freezer masih lagi terlebih muatan..Sampaikan en somi berkata pada anak2..'mak korang ni kita bagi lah peti ais besar almari,pun masih tak muat2 jugak'...aisehman...toksah dok perli2 saya lah bang oi...

Berbalik pada kisah kupang ni tadi,kupang ni akak ikut cara KJEE.beliau kukus kupang ni bagi mengelakkan hilang rasa manis kupang tersebut.kalau di rebus dah kurang rasa manisnya ya puan2..



Masak Lemak Kupang dgn Pucuk Ubi
by
anymz mykitchen
Source IDEA:KJEE


Bahan2

1 kg kupang segar-di kukus dan keluarkan isinya-ketepikan
1 ikat pucuk ubi-di rebus hingga empuk-ketepikan
santan segar 300 gm + 2 cawan air.(kalau tak suka pekat boleh tambah air lagi)
Cili padi di kisar-ikut suka lah nak cili tu banyak mana ya
sedikit kunyit hidup di kisar bersama cili padi
1 batang serai-di titik
4 ulas bawang merah-di hiris
2 keping asam keping
sedikit garam

Cara

Jerang santan bersama air,cili padi kisar,bawang hiris,serai,garam dan asam keping
Kacau sebati hingga mendidih.
Masukkan kupang dan pucuk ubi
Kacau lagi hingga sebati dan masak kuah..
Biarkan seketika dgn api yang kecil lebih kurang 1 min.
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan..


Memang marvelous lah...sesekali tukar selera ya..Sebab biasa orang kita kupang ni selalu di buat sambal atau di makan begitu saja dengan kicap cili padi.
Oh ya!Kjee...kat kuala tu pun harga dia $4 sekilo..

Monday 24 October 2011

Roti Inti Kastad

Assalamualaikum semua

Bertemu kita di pagi Isnin yang syadu...haha..syahdu le bagi akak..En Somi cuti lama.Kalau dah ada kat rumah ni en isteri tak boleh le lenggang kangkung nak curi masa bagai.Kena cepat2 siapkan menu kat dapur tu dan pastikan dapur tu sentiasa berasap.Tak dapatlah lama2 nak bermanja2 depan lappy ni kan?...

Roti ni akak buat petang semalam.Buat makan2 masa anak2 bujang nonton ragbi..Haisshh..kalau rancangan sukan yang final2 ni keluar di TV toksah haraplah anak2 pompuan dan mak anak pompuan ni nak nonton siaran lain.TV yang lagi satu sudah rosak.Bila on kan TV tu kena tunggu dekat sejam barulah keluar gambo.Harus jugak lah ni kang...kita keluar cari TV satu lagi.Eh!nanti...akak nak beli trio steamer tu dulu..haha..

Akak masih lagi menggunakan resepi roti dari rumah KakPah@Ibundo.Pernah buat dulu di SINI.
Kali ni akak tekan roti dgn acuan tat untuk memudahkan akak masukkan inti kastad..Ini kastad boleh lihat di SINI ya.Tapi kandungan gula tu sila kurangkan ya.sebab roti ni sendiri sudah rasa sedikit manis.
Kalau korang takde acuan tat dan rasa agak leceh dengan cara ini boleh saja belah doh roti dan picitkan inti kastad ke dalamnya.takde masalah di situ atau boleh saja korang jadikan kastad ni sebagai inti di dalamnya.Juga tiada masalah di situ...Pokoknya suka hati koranglah nak letak inti kastad tu di mana ya..atau kalau agak2 dah malas sangat tu,tak letak inti terus pun takpe..makan cenggitu je pun boleh.tiada masalah ..
Okay akak caucincau dulu.Mau ke Kuala mencari ikang...



Kalau buat gaya gini masukkan dalam acuan kertas roti tu memang sedap dan gebu sangat2 kejadiannnya...The Best resepi roti dari kakPah@Ibundo ni.Cubalah try..tak nyesal.

Ini akak tak letak dalam acuan kertas tu.uli2 dengan tangan dan tepekkan atas loyang.


Lihatlah rupa rotinya..memang sedap sungguh lah resepi kak pah@Ibundo ni.

Ini cara akak lubangkan roti tu.masukkan sekali acuan tat tu semasa di bakar.

Sunday 23 October 2011

Ikan Bilis Goreng Cili Padi + Tempoyak

Assalamualaikum semua

Kan dah kata bila tiba hari minggu blog masak2 semua sunyi sepi kecuali blogger2 yang tinggal di pantai timur nun.Betul tak Nor@SGN67?...Sebab di pantai timur diorang mulakan minggu diorang pada hari Ahad.
Akak dah merasa suasana cuti hari Jumaat dan Khamis bekerja setengah hari masa en somi bertugas di Alor Setar masa tahun '80 an hingga lah ke awal '90an dulu.
Memang seronok rasanya.Bila tiba hari khamis,selepas habis waktu bekerja, kami selalu ke Pulau Pinang menghabiskan cuti hujung minggu di sana.Mandi manda di pantai Bt Feringghi,bila en somi ke masjid untuk solat Jumaat akak akan tinggal di bilik hotel.masa tu anak baru 3 orang.Kenangan tu kenangan...haha

Hari ni masak tumis2 air sayur je.Bila buat masak air begini tanpa ada lauk pauk yang istimewa anak2 gerenti makan sayur sampai habis.Untuk menambah selera akak buat ikan bilis goreng cili padi bertempoyak.Selebihnya akak buat sambal gesek+kundang muda dan goreng ikan kembung je..Memang sedap.Tambahan makan ramai2 sekejap je habis licin dan siap menambah2 diorang makan sambil mulut tak henti2 berkata sedapnya mak dan sambil menahan pedas...kikikiki..hah!hambik...dah jemu makan masak lomak,masak kari,masak asam,sweet sour kannnnnnnn....
Kalau hari2 makan begini memang save banyak le...hahahaha...cepat je boleh beli trio steamer.Toy baru Yatie@Sinar Kehidupan tu...



Ikan Bilis Goreng Cili Padi + Tempoyak
by
anymz-mykitchen




Bahan2

2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
11/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng

Cara

Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..

Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera..



Saturday 22 October 2011

Kuih Bakar Kentang

Assalamualaikum semua

Bertemu kita di hari Sabtu..Terkezut ya..Biasa hari2 cuti begini blog masak2 ni mogok masak..muahaha..
Entri akak hari ni merupakan entri auto post..Hari ni akak agak sibuk sedikit..Waktu pagi ni macam biasa la,kerja rutin suri rumahtangga kan?...siapkan sarapan,berkemas dan sebagainya.Waktu tengahari akak mau ke Seremban sebab ada majlis kenduri kawin sahabat sepengajian akak di surau nun..Alhamdulillah sudah habis dah pakcik ni bermenantu...Senang sudah hatinya..Boleh lah beliau fokus untuk ibadah yang satu selepas habis semua tanggungjawapnya tu kan?..

Okay kuih bakar ni akak buat semalam..seyes sedap kuih bakar kentang ni tau..lembut je masuk ke tekak..kira kalau org takde gigi tu memang sesuai lah kuih ni di buat sebagai pencuci mulut atau hidangan minum petang kan?...meh kita tinjau resepi yang akak ambik dari rumah Nor..Mula2 akak tengok kat rumah mek Ampang.Pastu ke rumah sheila.kemudian singgah di mukah..semalam kuih ni dah sampai Ganu...Ramai yang dok buat dah ni...Memang sesuai benar kita sarankan buat kuih bakar kentang atau keledek di rumah SGN67...


KUIH BAKAR KENTANG
Source: Jun, Copy: Asma
sumber : Izah & Nor@SGN67


Bahan-bahan ( 1 family... )

2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)


Cara-cara

Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min.


Friday 21 October 2011

Doh Karipap Tun Telani

Assalamualaikum semua

Hari ni Jumaat.Esok Sabtu.Bermula dari hari esok hingga lah ke hari Khamis minggu depan mr laling akan ada di rumah.Bercuti selama seminggu.saja nak menghabiskan cuti hujung tahun.cuti ada banyak lagi tu kan..dok rumah je lah nampaknya sebab Wazir dah nak exam SPM.

Tak boleh lah mak pak nak enjoy sangat.Bukan selalu wazir nak ambik SPM.hanya sekali ni je kan..Kena lah mak pak berkorban demi masa depan anak2 ya tak.Yang akak dapat confirm kan sudah semestinya kami akan ke Kuala lagi untuk mencari ikan2 segar bugar di tepi laut sana.Tapi pantai nya tak best untuk kami bercanda di persisiran pantai tu..Banyak ketam halus2..hahaha

Okay karipap ni anak2 dara berdua akak ni yang buat.Maknya cuma tolong buat inti je.Yang lain2 Ainul dan kakaknya Farah yang uli tepung dan kelim karipap..Diorang baru nak belajar.Takpe lah kan.lambat2 belajar pun belajar jugak lah.Eh!ayat apa lah akak dah guna ni.

Tun karipap ni memang sedap lah tun.Akak suka sangat tau.Cuma anak berdua ni buat tebal sikit dohnya.Takpe kata si ayah..Eleh!!..pokcik cuba kalau kita buat tebal mesti dah dia komplen2 kan?Ni anak yang buat semua takpe..(ada nada jeles di sini)...muahahaha



Doh Karipap Tun Telani
by

anymz mykitchen
Resepi:Tun_Telani
Sumber:Izah Daut

Bahan2

4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam

cara-cara:

panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.

Kari Ayam Kerisek

Assalamualaikum semua

Minta maaf lah, semalam langsung tak dapat akak nak menjenguk ke my-kitchen ni.Waktu pagi memang akak sibuk sangat diikuti dgn kesibukan membeli barangan makanan bangah anak kedua akak yang akan ke Vietnam mlm nanti.Beli makanan segera dan sedikit roti dan tuna utk dia mengalas perut semasa di sana nanti.Sepatutnya akak juga turut serta ke sana tapi atas sebab2 yang tertentu pemergian akak ke sana telah di tunda ke suatu waktu yang sesuai yang akan di beritahu kelak..cewaaaah dah macam jawapan masa minta kerja gomen je bunyi nya kan?..hahaha..bila?ngak tau dong..tapi takpe tiket pun tak beli lagi jadi tak rugi apa2..masih sempat lagi korang nak tulis list utk mengirim nanti ya..hahaha..sape lah nak mengirim tu ya?..dengar2nya ada yg nak kirim blouse bagai tuh..kalau mau buk sila jamu akak dgn ayam panggang dua ekor ya..Perut dah besar ni...kihkihkih

Semalam jugak akak hanya sempat masak kari ayam kerisik yang mana resepinya akak ambik di rumah Mas@Duniaku.Asalnya mas buat kari daging tapi di sebabkan waktu dan ketika ini daging sudah menjadi makanan larangan buat sementara waktu jadi akak hanya guna ayam je lah.Lain kali bila tempoh berpantang tu sudah berakhir akak nak try jugak lah masak daging.

Nampak kuahnya agak sedikit cair kan?..Itu adalah kesilapan teknik semasa mencurah air di daun keladi eh! masa mencurah air dalam kuah ayam nih..syok je curah air tu kan.tau2 air sudah sama paras je dgn ayam tu..kira okay lah tu.takde lah payah nak tambah2 air lagi bila memanaskan kuahnya tu kan.Betul tak Hawa@sometimes things doesnt happen the way we want..Panjangnya tajuk blog hawa ni kan?..Jauh jalan dari Spore tuuu...hehe
Akak simpan resepi yang sedap ni sebagai rujukan di masa akan datang.selalu buat main campak2 je.Bila dah ada ni boleh lah simpan buat rujukan anak2.Akak buat ayam kerisek ni di makan bersama Nasi Ketumbar..seeeeeedaaaaappppp..:))))



Kari Ayam Kerisik
by
anymz mykitchen

Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
*Ini ayam bandar ya.bukan ayam kampung.