Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

Kaswi Durian


Assalamualaikum semua

Bertemu kita lagi hari yang yang terakhir di bulan mei ini..Cepat betul masa berlalu..Nak BW ke dapur kawan2 belum juga berkesempatan lagi..InsyaAllah akan di lakukan dalam sedikit masa lagi..sementara nak menunggu masuknya waktu maghrib,akak luangkan sedikit masa yang ada ni untuk mengupdate entri..
Alhamdulillah sedap rasa kaswi durian..Resepi dari kak besah..
Sesiapa yang tak suka durian tu memang sah2 lah tak suka kuih ni tapi akak memang suka dgn rasa mabeles duyan..hehe
Ini kira quick update..Okay mari kita tengok resepi yang tak jauh bezanya dgn resepi kaswi pandan lemak..Memang berlemak betul rasa kaswi durian...


Kaswi Durian
by anymz mykitchen


Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 1/3 cawan santan (1/2 cawan santan + air)
1/2 cawan isi durian
2/3 cawan gula pasir
1/2 st garam
1/2 st air kapur sireh
secawan kelapa parut + secubit garam (jika tak nak cepat basi,kukus 5 min)


Cara

Panaskan air kukusan
Campur rata dan sebati semua bahan.Boleh blend jika suka
Sapu sedikit minyak dalam loyang lepas tu  masukkan semua adunan.Jangan tebal sangat.Lebih kurang  1 inci suku cukup.
Kukus hingga masak.
Lebih kurang 30 min.
Bila sudah betul2 sejuk baru di potong dan hidang..^_^

Wednesday, 16 May 2012

Kaswi pandan Lemak

Assalamualaikum

Malam ni mari kita layan kuih kaswi..Di pendekkan story amatlah di syorkan pada puan2 dan tuan2 jika ada, untuk mencuba kuih kaswi yang berlemak ni..Memang sedap lah..
Akak buat 100% ikut resepi.kalau mas mau yang goyang inul akak buat ikut resepi bulat2 sebab nak  hidangkan buat tetamu pd majlis rewang hujung minggu ni nanti..hari ni kira cuba try lah (sama maknalah tu)..kalau lulus melepasi piawaian maka resepi ini akan di guna pakai..Alhamdulillah kena dengan tekak kami..Resepi akak ambik dari rumah Mas@DuniaKu..mak yung yang lincah dan sedang berbadan dua..
Kuih Kaswi ni dah masuk rumah mek Sue,Naz dan Q...



Kaswi pandan Lemak
by
 anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku


Bahan :

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi kayu 

1 cawan santan

1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai 

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu teh AIR kapur sireh

1/2 sudu teh garam

1 biji telur  - x kira saiz

beberapa titik pewarna hijau.



secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.






Cara membuatnya :

Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. 
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. 
Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup. 
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 


Friday, 3 February 2012

Kuih Kaswi

 Assalamualikum semua

Nampak gayanya gitu lah akak sekarang ni..Agak jarang2 dapat mengupdate entri..kira kalau dapat sehari sekali tu bertuah sangatlah rasanya.Sebenarnya akak dah simpan lama resepi diha ni tau..tapi tu lah bila keluar resepi baru asyik dok try yg baru.lama2 list yg dlm draft tu semakin tinggi dah susunannya.tapi lepas tengok zaliedana menerai dan diikuti dgn izah..mula lah rasa meroyan nak makan kaswi....serious !! akak mmg rasa pelik masa mula2 tgk resepi sbb ada kicap manis di situ.gosok2 mata takut salah tengok....dan serious jugaklah akak cakap..resepi ni memang patut di cuba sebab kuih tak meragam dan rasanya memang sedap...
Anak2 semua suka..akak cuma ambil setengah talam dan selebihnya akak bawa ke surau..semua puji sedap,mekaseh diha..

kuih kaswi
by
anymz mykitchen
Resepi:maDiHa
Sumber:IzahDaut

Bahan2 

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu
1 1/2 cawan gula merah (kalau utk mkn sendiri.. MaDiHaA letak 1 cawan je)
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur 
*Izah tambah sehelai daun pandan dimasak bersama air gula 

Bahan salutan
Kelapa parut putih
sedikit garam  


Cara2 menyediakan
1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum &  tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & ; dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.

Nota MaDiHaA : kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.

Friday, 11 November 2011

Kuih Keria

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat pengunjung2 my kitchen..Ermm..ramai rakan2 blogger yang di landa badai kemalasan lantaran semangat yang hilang entah ke mana.Ada juga yang masih meneruskan berblogging seperti biasa.Ada yang telah patah semangat rasa macam nak join kawan2 yang melandingkan diri lantaran ketidakupayaan tenaga dan yang seumpama dengannya.Ikutkan hati akak macam tu juga lah TAPI akak punya tanggungjawap yang agak besar di sini.Nampak macam remeh je.
Pada awal mulanya akak jangka untuk meninggalkan resepi2 di sini buat anak2 sahaja.Tidak pernah terfikir di fikiran yang resepi2 akak di sini bukan saja di tonton oleh anak2 malah oleh saudara mara akak juga.Bila ini berlaku masing2 mula lah meminta itu dan ini,seperti resepi2 peninggalan arwah mak akak dan sebagainya.Seboleh mungkin akak cuba tunaikan.Maklum bukan sedikit modal yang perlu kita keluarkan bila kita wujudkan blog masak2 ni.Semuanya perlu kita ambil kira.,masa,tenaga,layanan terhadap anak dan suami dan yang penting sekali modal.Lantaran bila ada yang berkata orang yang membuka blog masak2 ni bukan nak menunjuk2 ke?...
Terasa begitu kerdil diri ini di sisi Allah swt apabila kita di uji dgn kata2 yang sedemikian rupa.Tapi prinsip dan pegangan akak hanya satu Allah lebih mengetahui.Mereka ada mulut suka hati depa lah nak kata apa pun.What goes around comes around.Hari ni kita buat orang esok lusa orang buat kita balik.Mudah kan?..Itu saja prinsip akak dan akak memang sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria dan seboleh mungkin jauhi sifat riak,mementingkan diri dan berlagak pandai.Kalau tak tau kata tak tau.Jangan cilok cilik sini sinun bagai.Eh!!!!! melalut2 dah ni..
Okay2 berbalik pada resepi akak hari ini,akak ambik resepi dari buku kak chef hanieliza menerusi buku kuih muih minum petang.Saya minta izin untuk letak di sini ya kak liza buat rujukan saya dan keluarga di masa hadapan.



Kuih Keria
by
anymz mykitchen
Resepi: kak Chef Hanieliza

Bahan2

500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula-akak guna 3/4 cawan gula
1/2 cawan air

Cara

Keledek di buang kulit dan di potong kecil
Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
rebus hingga lembut.
Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat.
Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak.Masak bahan salutan gula  hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih.
Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan


Thursday, 3 November 2011

Kuih Bom Keledek

Assalamualaikum semua

Aduhai..aduhai..semua sudah jadi tunggang terbalik deh..Dah nak petang letak menu tengahari.Dah nak malam letak menu minum petang..
Jadi lah kan?..

Hampir jam 3 petang tadi Ainul merengek2 suruh hantar dia ke klinik gigi.Nak cuci gigi katanya...
Orang nak raya sibuk nak gosok baju.
Tak payah beli baju baru bagai.Guna je baju2 masa raya posa tu hari.Dia pulak sibuk nak pi mencuci gigi.Sebelum melangkah keluar ayah yang balik awal dari opis kena lah di hidangkan makanan dan minuman petang kan.Jadi boleh lah mokcik2 yang keluar balik lambat ya tak?...

Kan dah kata..memang sah2 balik lambat tadi tapi takpe pokcik yang tinggal di rumah habis ngap lima ketul kuih bom nih..Sedap sangat ler gamaknya tu kan?...
Memang sedap hasil resepi kak Hanieliza ni.Akak godek resepi dari buku kecik kak Hanieliza yang bertajuk kuih-muih minum petang..
Kak saya minta izin letak resepi di sini buat rujukan di masa akan datang ya kak ya..

CT Payung oiiiiiii..inti da banyak lagi ke tuuuuu..Meh ler buat kuih bom ni pulak..Kita pakat2 bom rumah kawan2 yang sedang uwek..uweek tu kannnnn?hahaha


Kuih Bom Keledek
by
anymz mykichen
Resepi:Kak Hanieliza

Bahan2

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

(Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak).-ketepikan


Cara

1.Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Rebus dengan air dan garam hingga lembut.Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Masukkan semua bahan inti ke dalam kuali dan masak hingga kering.
4.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti.
5.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
6.Goreng dengan api sederhana hinggawarna bijan menjadi kuning keemasan.
7.Angkat dan hidangkan.

Monday, 31 October 2011

Kuih Ketayap a.k.a Kuih Gulung

Assalamualaikum semua

Buat menu apa untuk minum petang?..Dah siap masak2 semua dah?
Hari ni akak teragak sangat2 nak makan kuih ketayap a.k.a kuih gulung.Dah lama berhajat nak buat tapi takde inti.Tang inti ni yang susah sikit sebab akak memang cerewet sangat2.
Akak tak suka guna sebarang isi kelapa.Akak suka yang muda2 untuk buat inti.Lagi muda lagi bagus..hehe
Tapi di akui ya, sudah laaaaaaaaaama sangat tak buat sendiri kuih ni.Selalu beli aje atau dapat free bila ada kakak2 saudara yang buatkan.Tiba2 tadi blank sekejap terlupa came nak buat.Terus sms Acik Erna..hahaha..kak Erna pun samo yo cam sey..Resepi takde sukat2..ialah masing2 ambik resepi kat arwah mak masing2 mana ada sukatan bagai.Tapi untuk rujukan akak di masa akan datang akak letak resepi yang akak ambik dari rumah Yatie@SinarKehidupanku.
Lebih kurang sama je hasilnya..

Sedap??????...Wey!!!..mestilah sodap..Inti tu ai buat sendiri tauuuuuuuuuuu.muahahahaha
Adeh! terlupa jap...Maceh ya Yatie..Akak ambik resepi dan tepek kat sini.Esok2 akak buat talam Tokyo tu pulak ya...


Kuih Ketayap
by
anymz-mykitchen


Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pandan paste + beberapa titik pewarna hijau
  • 2 cwn air
  • 1 cwn susu segar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan

  • utk inti

  • 200gm kelapa kering @ 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 3 sb gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit air



Cara-cara

  1. untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa kering @ kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu segar,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.


Untuk pengetahuan semua,....hahaha..jangan ketawakan akak tauuu
First time buat inti sendiri ni..sedap gilos.pandai akak buat..
sendiri masuk bakul sendiri angkat lah..hehe

Friday, 21 October 2011

Doh Karipap Tun Telani

Assalamualaikum semua

Hari ni Jumaat.Esok Sabtu.Bermula dari hari esok hingga lah ke hari Khamis minggu depan mr laling akan ada di rumah.Bercuti selama seminggu.saja nak menghabiskan cuti hujung tahun.cuti ada banyak lagi tu kan..dok rumah je lah nampaknya sebab Wazir dah nak exam SPM.

Tak boleh lah mak pak nak enjoy sangat.Bukan selalu wazir nak ambik SPM.hanya sekali ni je kan..Kena lah mak pak berkorban demi masa depan anak2 ya tak.Yang akak dapat confirm kan sudah semestinya kami akan ke Kuala lagi untuk mencari ikan2 segar bugar di tepi laut sana.Tapi pantai nya tak best untuk kami bercanda di persisiran pantai tu..Banyak ketam halus2..hahaha

Okay karipap ni anak2 dara berdua akak ni yang buat.Maknya cuma tolong buat inti je.Yang lain2 Ainul dan kakaknya Farah yang uli tepung dan kelim karipap..Diorang baru nak belajar.Takpe lah kan.lambat2 belajar pun belajar jugak lah.Eh!ayat apa lah akak dah guna ni.

Tun karipap ni memang sedap lah tun.Akak suka sangat tau.Cuma anak berdua ni buat tebal sikit dohnya.Takpe kata si ayah..Eleh!!..pokcik cuba kalau kita buat tebal mesti dah dia komplen2 kan?Ni anak yang buat semua takpe..(ada nada jeles di sini)...muahahaha



Doh Karipap Tun Telani
by

anymz mykitchen
Resepi:Tun_Telani
Sumber:Izah Daut

Bahan2

4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam

cara-cara:

panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.

Saturday, 8 October 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran di hujung minggu ni kan..Biasanya kalau hujung2 minggu ni akak jarang2 update my kitchen.
Mula2 tengok kuih kukus bawang yang akak ambik resepinya dari rumah IzahDaut,rasa sudah mula terpesona..bukan kek pesona ryo adik hasue tu ya..
Asal mulanya akak ingatkan Izah buat kuih kasidah yang dah laaaaaama sangat akak tak makan.tak silap kuih kasidah guna minyak sapi tapi bila tengok resepi Izah ni nampak simple dan yang pasti ada bawang goreng.Mesti sedap..wallllla memang sedap sebagai tambahan makanan utk kosek2 bila lapar..En Suami dan anak2 tak berapa nak layan kuih cenggini maklum mungkin diorang tak berapa pekenan tang bawang goreng tu kan..tapi pada akak okay aje.mujur Izah bagi resepi utk 1 adunan yang kecil.
Akhirnya berjaya gak akak habiskan.sorang2 ya..ulang lagi..sorang2 je akak makan.laju je masuk dalam mulut...Mekaseh Zah.yang pasti akak akan buat lagi.


KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by
anymz mykitchen
sumber:IzahDaut

Bahan2

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil.

Tuesday, 20 September 2011

Cucur Nasi Berikan Bilis

Assalamualaikum semua

Pagi2 ni kita makan cucur ikan bilis a.k.a cekodok dulu ya..Tengahari satgi kita tengok pulak hidangan apa yg ada dlm mykitchen ni..Kalau tuan nya rajin ada le sehidang dua lauk pauk kalau tidak kita jamu mata je lah ke dapur teman2 yang lain tu..isshhh tak patut..tak patut..penat2 orang singgah sini asyik2 menu yang sama akak hidangkan..
Pasti yang dtg jauh2 cam mek Ampang tu menjuih sakan marah kat akak...hahaha...sekali tak mengusik mek Ampang tu tak sah rasanya....
Masa suruh anak akak wazir snap gambo ni terdengar dia berkata...'apa la mak ni..gambar cekodok pun nak ambik ke'..muhahaha....ko jgn byk songeh wazir...snap je lah..ada gak org tak tau buat cekodok tau..(eh ada ke??)...
Meh tengok resepi ulangan yang pernah akak post di SINI







bahan2

3 biji ubi kentang-size sedang2 je-di kupas dan di hiris
1 senduk nasi
2 senduk tepung gandum
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar
daun bawang-di hiris
cili hidup-di hiris
air
garam secukup rasa
minyak untuk memasak

cara
kisar halus nasi dgn air
kisar halus bawang besar dan ikan bilis
dalam satu bekas masukan nasi yg di kisar,ikan bilis dan bawang,tepung gandum,garam,daun bawang,cili hidup,ubi kentang dan tepung.
tambah air jika perlu
panaskan minyak
ambil jemput2 dgn sudu atau jari dan sudukan ke dalam minyak yang panas.
goreng hingga masak



Wednesday, 17 August 2011

Serawa Durian

Assalamualaikum semua

Bulan2 posa ni macam2 yang buat tekak kita teragak nak makan kan?
Kalau ke bazar ramadhan tu memang tak cukup tangan nak bawa balik juadah2 yang memikat selera..Mujur sejak awal ramadhan hingga kini baru dua kali akak bertandang ke bazar ramadhan tu.Itu pun sebab nak makan murtabak dan karipap.Karipap tu di goreng di situ juga jadi kita boleh dapat karipap panas di bazar ramdhan di tempat akak ni.Sedap?Memang sedap.Ada pelbagai jenis inti.ayam,daging dan sardin.
Serawa durian ni termasuk dalam salah satu menu yang akak teragak sgt nak makan.Apa lagi lepas tengok CMG post kat blog beliau bbrp hari yang lepas.Akak kopipes je resepi dari dapur CMG.Izinkan akak kongsikan di sini ya CMG.minta halalkan resepi.Selalu akak buat main lebur je tak pernah nya nak sukat2 tengok resepi tapi kali ni akak copy buat rujukan anak2 akak di masa akan datang nanti.

Serawa Durian
by
anymz mykitchen



Bahan Pulut:
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

Bahan Kuah Serawa:
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka (mat guna 3/4 cawan gula merah timbang)
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)

Cara membuatnya:
  1. UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam (gaul rata) , daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi...


Wednesday, 10 August 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera buat teman2 yang berkunjung ke mykitchen.
Alhamdulillah kita masih lagi sihat dan dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan sempurnanya.semoga hari2 yang mendatang kita di kurniakan kesihatan yang baik agar ibadah ini dapat kita jalankan sehingga ke penghujungnya..InsyaAllah semoga kita dapat khatam kan 30 juzuk al Quran menjelang akhirnya nanti ya.
Tergoda di rumah mas@Duniaku yang menayangkan kuih lopes ini semalam,akak pun apa lagi terus ke freezer .Tengok ada satu bungkus lagi beras pulut yang belum di buka.Malas nak fikir panjang,terus akak rendam je 2 cawan beras pulut tu utk tujuan melopes..
Tak boleh buat banyak2 takut anak2 tak gemar.Memang sah....diorang cuma makan seorang sekeping je.Dah agak dah..macam tu lah anak2 ni kalau tiba bab kuihmuih melayu ni.memang agak memilih sedikit terutamanya yang manis2.kalau bulan posa ni,diorang ambik kuihmuih yang berasa sedikit pedas.macam karipap ke,popia ke,itu pun tak berapa nak laju diorang makan..Kalau nak beli pulak asyik buat dosa je nanti..sana sini sinun serba kekurangan..takde manis,rasa basi ... eh pokoknya macam2 lah..
Okay takmo bebel banyak2 meh jamu mata dan resepi..


Kuih Lopes
by
anymz mykitchen
Resepi : Tulipmyresepi
Sumber : MasDuniaku


sambil makan en somi bersuara.lopes.JLO.jennifer lopez.mmm..
apa daaaaa abang niiiii.

Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.


  • Cara membuatnya :
    1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    Nota :
    • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk
    • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...

Tuesday, 12 July 2011

Kueh Sagu/Bronok

Assalamualikum

Masih dalam mood nak menghidangkan menu2 berbuka puasa.Nanti bila dah tiba bulan posa kita tukar menu nak raya pulak ya?.hahaha
Seperti selalu,lazim akak buat kuih sagu ni main taram je..ada gula,ada sagu kacau2 kira jadi tapi kali ni untuk sukatan yang betul akak ambik dari buku resepi kak chef hanieliza.Di sini akak tepekkan resepi buat panduan dan rujukan anak2,anak2 buah dan semua yang meninjau ke dapur akak ni..


Kuih Sagu/Bronok/Sagu Delima
by
anymz mykitchen
Source:Buku Kuih-Muih Minum Petang
kak Chef Hanieliza

Bahan-bahan

1 cawan sagu biji
3 cawan air-lain kali akak nak letak 2-2 1/2 cawan
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan-simpulkan

Bahan B

1/2 biji kelapa parut muda dan sedikit garam-gaulkan


cara

Sagu biji di bersihkan,kemudian rendam sebentar dan di toskan.
Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih.Buangkan daun pandan.
Masukkan sagu serta pewarna merah.Kacau hingga sagu kembang.
Apabila sagu kembang,angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk,potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang di gaulkan dengan garam
Sedia di hidangkan.