Friday 3 February 2012

Kuih Kaswi

 Assalamualikum semua

Nampak gayanya gitu lah akak sekarang ni..Agak jarang2 dapat mengupdate entri..kira kalau dapat sehari sekali tu bertuah sangatlah rasanya.Sebenarnya akak dah simpan lama resepi diha ni tau..tapi tu lah bila keluar resepi baru asyik dok try yg baru.lama2 list yg dlm draft tu semakin tinggi dah susunannya.tapi lepas tengok zaliedana menerai dan diikuti dgn izah..mula lah rasa meroyan nak makan kaswi....serious !! akak mmg rasa pelik masa mula2 tgk resepi sbb ada kicap manis di situ.gosok2 mata takut salah tengok....dan serious jugaklah akak cakap..resepi ni memang patut di cuba sebab kuih tak meragam dan rasanya memang sedap...
Anak2 semua suka..akak cuma ambil setengah talam dan selebihnya akak bawa ke surau..semua puji sedap,mekaseh diha..

kuih kaswi
by
anymz mykitchen
Resepi:maDiHa
Sumber:IzahDaut

Bahan2 

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu
1 1/2 cawan gula merah (kalau utk mkn sendiri.. MaDiHaA letak 1 cawan je)
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur 
*Izah tambah sehelai daun pandan dimasak bersama air gula 

Bahan salutan
Kelapa parut putih
sedikit garam  


Cara2 menyediakan
1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum &  tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & ; dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.

Nota MaDiHaA : kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.

13 comments:

Mas said...

kak anim....
ni pepagi datang nak sarapan kaswi..he3
ada lagi kan kat bawah tudung saji tu...
mas tak pernah try lagi resepi kaswi letak kicap ni..
nanti nak try gak la....

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim,sy pon mula2 pelik juga bila ltk kicap nih,tapi baru tau utk bagi nmpk kale yg itamcantik..Sy wat aritu mak n hb jer pulun,sy kureng cikit kalo rasa kenyal2 nih,suka yg jns lembut tuh,masuk mulut,terus telan,xyah nak kunyah2,haha..

eina said...

salam kak anim...kuih ni feveret hubby eina..klau ada kuih ni sanggup dia x mkn nasi..dok ngunyah ini je seharian...hihii

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Anim,
teringat masa Yatie kat US, buat kaswi letak kicap mcm nilah sbb kaswinya tak berapa hitam..tapi mmng tak menjejaskan rasakan...tetap sedap..yg penting kenyal2 manja tu yg best...

Wanieyra said...

Salam kak...

Minggu ni ramai dok tayang kuih kaswi, lagi le terliur dibuatnya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak anymz..
memang ramai gak yg pelik kuih letak kicap.. sebab kicap tu lebih sinonim dengan masakan2 pedas atau lauk pauk.. hehe.. sebenarnya fungsi kicap tu utk menggelapkan sedikit warna kuih kaswi tu.. malah kuih akan jadi lebih lemak datang dari rasa kicap yang masin2 manis tu.. biasa kalau kita nak bangkit kan rasa lemak kuih yg bersantan kita kena campur garam sikit kan? haa.. lebih kurang gitulah fungsi kicap tu. Berbanding kalau kita campur serbuk coklat.. rasa kuih kaswi yg asli agak 'lari' sikit dengan kehadiran rasa coklat tu... hehee... apa2pun.. ikut selera masing2 gakla.. yg penting air kapur wajib ada.. kalau takde air kapur bukan kaswi namanya.. kan kak nimm... hehe...

Gee® said...

kak nym, bak la kuih kaswi tu sepiring...nti gee bagi sket pulut erk...

izahdaut said...

kehadapan kakak yang bizi dan jarang2 dapat mengupdate entri dan bertuah kalau dapat update sekali sehari.. saya dengan ini memaklomkan, bahawasanya saya dengan ini telah juga, baru siap menstim muka saya dengan kuih kaswi. adapun dimaklomkan lagi, kaswi saya itu masih melembik liuk dan dengan sabar saya masih menunggu tempoh matang kaswi itu.sehubungan dengan itu, diharap kakak tidak jeles dengan kaswi belum matang saya itu, yang saya anggap ianya sangat wangi dan mempunyai kaler yang sangat cantik. demikian juga rupa parasnya yang menarik perhatian saya. yang pasti saya mengharapkan kaswi saya itu akan dicemburui oleh wanita2 seperti kakak...

yang benar benar menggilai kaswi, makcik kaswi..

p/s.. jike kakak ada lebih kelapa silalah bagi den semangkuk!pecah kaca pecah gelas, dah baca harap jeles

ady said...

as-salam kak Anymz
kuih orang dulu2 ni mmg sedap..kegemaran sekeluarga...

Faiz said...

1.kak anim, gambar cantik..
2.kak anim, saya tak pernah buat kuih kaswi, memang nak kena letak air kapur yer?

Kak Sam said...

Alahai kak teringinnya nak makan tapai kalau buat takde org nak makan. Tubnggu le balik kg bulan depan kut2 adik boleh buatkan. hehehehe

dZana said...

mcm nk merai jgak la kak anim.. fav jugak ni..tak de stok gula merah pulak..

ibundo said...

nak mintak yo sopiring boleh tak...