Wednesday, 29 February 2012

Red Velvet Cake

 Assalamualaikum semua

Entah angin apa jiwa kacau betul nak makan RVC ni.Bukannya ada acara istimewa apa pun..cuma tekak ni je yang mengada2..haha..boleh pulak gitu ya..lepas tu paksa ainul bawa kek ni ke sekolah..ya lah kalau tidak siapalah nak menghabiskannya..betul tak?..
Aduh!!!! yang benarnya akak nak menghabiskan cis krim yang sudah hampir menemui garis penamat dlm kehidupan tu..asyik berangan je nak buat cotton cis cake tapi tak buat2 juga..pastu tangan ni gatal nak mendeko..terus akak godek je RVC ni...
Walau apa pun hari ni nak wish adik akak yang dok di Taiping tu..Happy anniversary dear sis...kesian... kakak dia punya pasal ,konon2 nak cari cuti sekolah buat wedding adik dia,kena pulak masa tahun lompat..nasib ko lah kakcik..sambutlah annibesari 4 tahun sekali..moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..hehe
Resepi akak ambik dari rumah kzai yang tak jemu2 mendeko RVC utk tempahan..
TerimaKaseh Kzai...

Red Velvet Cake
by
anymz mykitchen


5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).


NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



marah ainul kat maknya ini
'mak kedekut..simpan cis krim tu nak buat apa..'katanya
ya lah kan..sikit sgt akak layer krim cis tu..
lenkali kena letak banyak2 lah
eh!nape banyak sgt kaler cekelat tu ya
ermmmm...kena buat kaji selidik nih..

8 comments:

Lady Lavender said...

aduuhh menggoda sunnguh rvc akak nih :-))

izahdaut said...

org lain smbut anibesary..orang lain ngengada nak makan kek.. dasarr.. kikiki...

tak larat dah tengok krim cis krim cis ni kak. gara2 makan bingka banyak sangat ni. sebulan tak mo bercis cis kau cis bedebah cis hang jebat ni kak...

Acik Erna said...

anymz..dah pandai mendeco dah ni..
happy anniversary buat kak cik

inahar ali said...

fuiyoo..menggoda habiss!! nk sepotong ada lg x kak anim??

SufatihaNur said...

salam kak...alahai tgk tekstur kek akak tuh...maha hebat...

rasa cam skrg ni gak nak g kedaikek cr RVC..huhu

Nieza said...

assalam kak anim, singgah sini nak mkn RVC ni...sedapnya terasa lagi kesedapan kek ni.kalau saya buat lagi sure setgh loyang saya abiskan ni..tu pasal gerun dah nk buat..hehe

Anna Qawina said...

kak nim..betoi 'kehekut' cis nak boh kat layer..hahaahaa..saya ritu simpan cis sbb takut x cukupnak wat munger2 konon..udohnyer terbengkalai gok..

kekni lps 2 hari baru sedap betoi..sedap tu tak tahula sbb lapor ke sbb takde menda nak mkn kan..haha..tp boh filling kat layer tuh lg best kak..

Diana @ Melley Mey said...

cantiknya kek yg akak buat nie.. pandai akak mendeco kek ... suka diana tgk... cantiik!!!