Monday 18 July 2011

Mohon Doa dari kalian



Assalamualaikum semua..Hari ni akak nak berkongsi cerita dan mengharapkan doa dari kawan2 semua akan kesejahteraan kesihatan adik akak yang di atas.Ceria kan orangnya..?

Ini gambar yang terbaru.

Di lahirkan pada 31 ogos 1967 dan berumur 44 tahun sekarang ni..Dia adalah pesakit barah payudara dan sedang dalam proses penyembuhan..mempunyai enam orang anak.Yang sulong baru 16 tahun manakala yang bongsu sudah berumur 7 tahun.Beliau di isytiharkan mengidap barah ni kira-kira lima tahun yang lalu dan sudah pun menjalani pembedahan.
InsyaALLAH hari ni dia akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengumumkan yang dia bebas 100% dari kuman tersebut..
Harap kawan2 akak di sini dan juga bagi sesiapa yang membuka blog akak ni mendoakan kesihatannya ya...


*oh ya! Dia lah penyumbang BM akak tu..senang akak den nak buek roti utk den katanya...hahaha..(sompek ko nak buek lawak lai)..



38 comments:

quinnie said...

Insyaallah...moga2 adik akak sihat sepenuhnya....memang ceria org nya...manis je senyumannya...:) memang takut rasanya kalau kena penyakit barah ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

amin amin amin... mudah2an beliau sembuh sepenuhnya dari kuman barah tersebut... moga beliau dapat menjalani hari2 yg mendatang bersama insan2 tersayang dengan lebih gembira & ceria...

p/s: kak anymz... adik akak ada iras2 izahdaut kan? kalau izah berisi sikit mesti mcm rupa adik akak ni..

K.Nor said...

terkedu sebentar bila baca tarikh lahir adik k.nim tu.. tahun yg sama cuma tua nor beberapa bulan jer.. semoga Allah menyembuhkan adik k.nim, sihat seperti sediakala.. dpt meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri yg solehah, ibu yg terbaik buat anak2nya..semoga dia sentiasa dlm limpah rahmat Allah.. amin...

(betapa ku panjatkan kesyukuran pada yg maha pencipta, kerana diberikan kesihatan yg baik sehingga ke saat ini dan mudah2an akan terus dilimpahkan kesihatan yg baik utk meneruskan tanggungjawab sebagai sorang isteri dan sorang ibu.. amin....)

sampaikan assalamualaikan dr nor buat adik k.nim :)

K.Nor said...

eh betul la kata ratna, adik k.nim cam rupa izah.. tu la masa mula2 tengok gambar dia duk pk cam pernah tengok jer rupa dia ni.. betul2. kalau izah 'berisi' wajah dia org mmg seiras :)

ozzy said...

Assalam..

Semoga kembali sembuh & yg penting teruskan usaha dgn tabah.

maszull said...

slm ziarah...semoga cpt sembuh yer akk...sentiasa happy...

Cheq Sue said...

kak anim...berderau bulu roma baca n3 ni... tu la kadang2 penyakit ni tak dijangka... cheq sue doakan adik kak anim akan cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti selalu... jangan lupa jaga diri dan kesihatan... salam padanya & akak jugak

Mas said...

adik kak anim ni seiras la ngan akak...
moga adik kak anim akan cepat sembuh....
sihat seperti sediakala....
mudah2an...
insyaAllah...

tun_telani said...

ya Allah..
semoga terus diberikan kekuatan kekuatan utk menghadapi ujianNya.. dan semoga memperolah kesihatan yg berpanjangan selepas ini. insyaAllah..

cik ain | sweet thots said...

kak ... seriau den dongar bab2 kanser ni. insya allah ... sama2 kita doa adik akak sembuh sepenuhnya

Kak Rose said...

salam anim.... semuga keputusan pemeriksaan tu akan memberikan perkhabaran yg gembira buat keluarga dan anak2... Amin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Anim...AMIN.Semoga adik k.anim akan segera sembuh & bebas dr penyakit tu.

kaklong said...

insyallah...
samo2 lakito berdoa yo kak...!

Ida,Japan said...

kita sama2 doakan agar adik k'anim sembuh sepenuhnya..doakan agar kita juga bebas dari itu

Rozita Ceritaita said...

semoga adik kak anim kembali sembuh... amin..

izahdaut said...

Saya doakan adik akak ni sembuh.. Doa2 kami memgiringi nya. Kak nim rendang kat bawah tu mengingatkan saya pada rendang kak nim hari tu. Bestt

K.zai said...

salam anim...akak disini mendoakan kesejahteraan adik anim..semoga melalui hidup yg lbh ceria disampiang anak2

Jun said...

salam kak anim..insyaallah, segalanya dipermudahkanNya..muga adik akak sembuh seperti sediakala...samo umo ey ngan laki den, hehe. kono panggey akak jugak la yo!

kasihredha said...

semoga adik akak cepat sembuh...
dan kuat melawan penyakit tsebut.

lyn at home said...

semoga cepat sembuh dan kembali menceriakan keluarganya yg mengharap kasih sayang dr adik akak...

noorsafone said...

semoga adik Anim sembuh sepenuh nya dari penyakit tersebut...sama kita doakan ya Nim...

Amie said...

mudah2an akan terus sembuh, ceria sebagaimana dia tersenyum sekarang ini.....amin.

Ummi said...

Salam Anim...eh tertinggal kete api la Ummi nih....Rasa sedih dan simpati dengan apa yang sedang dilalui oleh adik Anim sekarang nih...insyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya...cuma kita perlu lebih berusaha dan bertawakkal...Moga beliau cepat sembuh dan menjadi orang yang tabah dengan dugaan hebat ini...ammiiiinnn...

HaSue said...

Kak nim..den baru sampai ni..
semoga adik kak anim ni benar2 bebas dari kuman barah tu 100%..tabahnya adik akak nih..mmg ceria jer nampaknya tu.. akak adik beradik mmg awet mude belaka yer..

Mieza said...

semoga cepat sembuh insyaAllah...

Kak Nik Ja said...

salam kak nim..moga adik kak nim nih sembuh dari penyakit barah dan jugak minta dia di jauhi dari penyakit2 lain yg memudaratkan..Insyaallah
seraut wajah yg menggambarkan seribu kesabaran!!

Nur said...

Semoga adik kak Anim sembuh sepenuhnya.
Mama Yati dah setahun bebas breast cancer, Alhamdulillah. Tapi setiap bulan kena pi KL, check.

Acik Erna said...

Insyaallah nim.mudah2 azam sihat dan bebas seponuh e dari barah tu..
risau akak ni ..ramai bona sedaro maro kito dapek penyakit bahayo ni..mudah2an azam telopeh dari penyakit tu..dan siaht serta terus ceria disamping keluargo e..

Hanim said...

moga adik akak cepat sembuh ya...insyaallah...banyak2 berusaha, berdoa dan bertawakal :)

Mamasya said...

Semoga adik k.Anim semboh sepenuhnya dari sakit yg dideritai dan kembali sihat ceria bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Amin....

Lieza said...

salam k.anim...semoga adik k.anim akan bebbas seratus peratus dari penyakit barah tu....bersama ini lieza iringkan doa semoga adik k.anim terus kembali sihat utk terus bergembira bersama2 anak2 dan keluarga tersayang...

Cik Azz said...

Mudah2an adik akak tu bebas sepenuhnya dari kanser ni.. Insyaallah...

harleena said...

Semoga adik kak Anim bebas dr kanser.. Peringatan buat wanita2, eloklak kita buat mammogram tiao2 th especially yg berumuh 40 keatas. Saya mula buat mammogram masa umur 38 disebabkan faktor keluarga.. Tiap2 tahun saya buat, rasanya dh 4 th tapi tahun ni dan tahun2 seterusnya terpaksa stop dulu sbb berada diluar negara... Hanya saya lakukan psp..

Unknown said...

Assalammualaikum Kak Anim...didoakan semoga adik akak sihat, baik sepenuhnya dan tabah menjalani dugaan hidup...InsyaAllah...amin.

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim,sy yg plg lambat,tapi nak komen juga,sy n family doakan moga adik akak benar2 sembuh n bebas dari kuman2 kanser tuh ya..Moga dia sentiasa tabah menhadapi hari2 yg mendatang..Mmg ceria ajer orgnya..InsyaAllah amin..

cplud miera said...

salam kak, sy doakan moga adik akk cepat sembuh da dapat jalani kehidupan bersama insan tersyg dgn bhgia ;)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
Diana doakan moga adik akak akan sembuh sepenuhnya dan sihat2 hendaknya... Amin

anymz said...

Bila baca semua komen yang di atas akak rasa sungguh2 terharu..
Terima Kaseh pada kawan2 semua yang sudi mendoakan..
Dr pernah meramalkan tahap kesihatan adik akak ni yang cuma boleh survive tak sampai satu tahun tapi ALLAH maha berkuasa..Dia yang menetukan segala2nya..
InsyaAllah keputusan akan dapat tau dua tiga hari lagi.semoga semuanya berjalan dgn lancar.
Sekali lagi terimakaseh dari akak dan keluarga buat semua teman2.