Wednesday, 20 July 2011

Eggless Caramel Pudding

Assalamualaikum semua

Dengarnya ramai betul kawan2 yang tak berapa nak sehat ya.Biasalah kan,kejap panas kejap sejuk.Kejap nampak cam panas berdenting kat luar tu tapi tiba2 hujan pulak..Lepas tu mula lah memasing bersin,batuk dan sebagainya.
Memang cuaca susah kita nak ramalkan sejak akhir2 ni..Begitulah dengan diri kita ini...bila2 masa kita akan di uji.Tak kira dalam keadaan susah maupun senang..sebagai hambanya kita kena redha di atas setiap ujian itu..InsyaAllah kita tidak akan di uji dengan ujian yang kita tidak mampu menghadapinya..Adeh!terasa cam ustazah pulak malam2 ni.sesekali kita bagi lah tazkirah ya tak?...
Hari ni akak buat puding yang resepinya di ambil dari dapur AlongRoz.Boleh tahan gak rasanya.Bagi sesiapa yang sudah biasa dgn puding caramel yang bertelur tu,mungkin lidah kita akan terasa sedikit pelik bila2 mula2 puding ni masuk ke tekak.Bak kata anak akak wazir..macam ada sesuatu yang kehilangan....pandai lah ko wazir..
Bila suh cari apa yg hilang tak dapat pulak dia bagi tau...
Okay meh kita tengok apa bahan di dalamnya......



by
anymz mykitchen



Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel

10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)




CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.


19 comments:

Cheq Sue said...

kak anim... makan yang eggless pun sama sedapnya... better yang ni lagi kan...

kasihredha said...

bagi yg tak suka telur sesuai le resepi ni kan kak...dapat kurangkan kolestrol gak

Deliah's Deli said...

dessert utk berbuka ni kan kak,sedapnya n baik utk kesihatan..kena cuba ni! :)

tun_telani said...

cantik kejadian puding kak anim. xde lubang2.. eh, ke sebab bila eggless mmg xkan de lubang2? hihi.. malas aa nak masuk dapur bila duk sorg2 nih.. tun gi tumpang umah akak 2 hari buleh? hihi

Anna Qawina said...

kak anim..ooo kak anim...sedap tu..mmg suka buat guna rsp ni tau..ada beza ke? rasanya beza dia yg ni lg jimat..hehee..

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum kak...nampak sedap, mcm terasa sejuk jer kat tekak..Lama dah tak mkn puding camni..huhuhu

Juwita Jamaludin said...

kak anim tadi nampak rumah along pastu kat sini plak ye.. sedap puding ni ita pernah buat gak dulu tapi tak sempat nak entry dah habis.. sedap..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
tgk puding nie terasa plak kesedapan puding kat tekak diana nie... dah lama diana x makan caramel puding... versi eggless nie diana pun belum perna buat lagi.. kena buat gak nanti nie... nampak sedap

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Anim..
Adeh bila plak nak sampai dapur hawa ni...

Nieza said...

wahh sedap ni...nieza pun dah try buat dah hari tu...suka tak ada telur ni..:)

izahdaut said...

hehe.. wazir buat lawak lak yee.. kak nim, saya suke je tak de tlur. lag banyak masyuukk mulut. kak nim yg roti yogurt tu saya kurangkan air agaknyer satu sb je. kkiki... bukan ler banyak ngat kurang. tapi kdg gantung pada telur jugak. kalau pakai telur kecik tak yah kurang air pun dah elok je dohnyer. ahh akak buat sendrik la baru tau. malas nak cakap

dahhh nak balik dah, nak verangan jenjalan kat kelantan nih.. muekkeee

Ida,Japan said...

slm kak nim..apa khabar, nk puding tuuu....nk buat alahai..cam malas benor, masuk list dulu..buat kedian kira..mekasih!

ijayuji said...

Salam kak anim!!! kita dtg meronda ronda niii baru balik dr umah kak sue hihihi ni sampai sini dah terhidng pulak dgn puding karamel tanpa telur yg sihat :D nak sume sekali kak ygkat bwh tu punnn byk dah terlepas menu2 yg sedap2, dah hbais kita tunggu akakj buatkan lagi hihihi...

aesh came said...

eggless! wow utk dessert yg sememangnye pkai telur yg byk..hehe best ni..harus cuba..BTW nk mintak permission to copy this recipe to my blog boleh ke? TQ~

(http://discoverabouthealth.blogspot.com)

I'm a health blogger, tp occasionally I ada buat resipi2 jgk~

HomeKreation said...

Salam KakAnim. Wah, boleh kasi award kat KakAnim sebab org pertama yg mencuba dalam masa kurang dari 24jam....hebat! hehe... Along pun sama ikut tekak nak makan yg ada telur tapi kita kesian kat hubby tak suka telur tapi dia kata sama jer...huh.

AZLINA said...

Assalamualaikum Kak Anim..nampak menggoda betul puding karamel tu, mmg lebih sihat jika yg tak guna telur ni..Btw, smoga adik kak Anim cepat2 sembuh & pulih seperti biasa yea!!

noorsafone said...

Anim...suko yg tak letak tolur ni...tengok Anim punyo...terliur lak ai...nk buek lah..

Naz said...

Kak Anim..
cantiknya puding akak tu.. Halus mulus gitu..
Ada kelainan eh rasa dia kak.. Sodap tak?hehehe...Ala kalau dah buek tu, mosti licin jo kan..

Fiza Nordin said...

as salam kak... sebelum2 ni buat caramel yg bertelur. belum pernah buat yg tak bertelur...nnt nak try jugaklah... :D