Friday, 1 July 2011

Nasi Ketumbar

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran di pagi hari Jumaat ni.Ingatkan blogspot meragam pada akak sorang je selepas akak tengok seorang demi sorang kawan2 main masak2 mengeluarkan entri..cemas gak wo.Risau mengenangkan betapa banyak resepi yang dah tersimpan kemas di sini buat rujukan diri sendiri,anak2 dan kawan2 di masa akan datang.
Bangun je pagi tadi akak check di henpon dulu,alhamdulillah bila tengok ada tanda sign in,follow di atas tu lega rasa hati.
Seperti yang sebahagian kawan2 semua tahu akak buat nasi ketumbar ni semalam.Hasil dari sekodeng di dapur Nor sepinch salt (bak kata ijahdaut)..Rasanya?..mmm..macam nasi minyak yang pernah akak post sedikit masa dulu.sebab ada penggunaan kiub ayam di sini.memang sedap sebab ada wangi daun ketumbar..tak rugi mencuba..kali ni akak buat nasi ketumbar makan dgn ayam mayonis juga dari hasil air tangan Nor Ratu Dessert..wah! Nor,.. macam2 gelaran di bagi ni..hehe
Okay semua layan nasi ketumbar ni dulu ek?..Akak ada hal sekejap dengan anak bujang sulong akak tu.Dia cuti hari ni.Ada hal yang perlu kami bereskan di luar sana.InsyaAllah ada masa petang nanti akak BW ya..


Nasi Ketumbar
by
anymz mykitchen
Source:Nor Secubit Garam
Source:Ayu


Bahan2

500 gm beras
3 sb mentega (Ayu guna minyak sapi)
sedikit minyak
1 biji bawang merah (di mayang halus)
3 batang daun ketumbar (Blender halus)-(ayu tapis)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara

Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang dan goreng sehingga wangi
Masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras,daun ketumbar yang telah di blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan sebelum di hidang.


masakan simple macam ni sangat sesuai di masak pada hari Jumaat
Tak perlu banyak lauk..Hidangkan dgn ayam masak merah pun okay jugak.


20 comments:

ijayuji said...

Salam pagi kak anim! mekaseh pagi2 dah ceriakan kita yg sedih huhuhu.... Tumpang makan kat sini jer la kak, beberapa hari ni mood nak masak kurenggggg tp bila nmpk org masak sume sedap! hihihi...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
selamat pagi.... diana x perna lg buat nasi nie.. erm.. buka jer x perna buat malah makan pun x perna lagi akak... nanti nak juga buat n merasa... nampak sgt sedap tuu...

kasihredha said...

wau...menarik unk dicuba ni
warnapun cantik

Anna Qawina said...

kak anim...sepinggan tu lengkap tuk kita eh? macih..macih...

tun_telani said...

morning kak anim.. sedapnyer!! tun duk jeling2 ni tunggu akak hulur sepinggan. hehe

izahdaut said...

nak gi mana kak nim? nak ituttt...

Mas said...

mas pun nak ikutttt.....
sebelum tu ngendeng nasi ketmbar dulu...kikiki

cik cek said...

Salam Kak Nym....bestnya nasi ketumbar...sume org dok pakat buat ek...masuk list dululah...tak pun mintak sepinggan kat kak nym...takut kempunan...he he he....

Cheq Sue said...

mmmmmmmmmmmmmmmm.....masih terbau2 nih nasik ketumbar sampai ke sini hah

Ayu said...

Assalam kak anim,
memang pun nasi2 berperisa gini senang nak masak..masak nasi & then satu lauk dah cukupkan kak..

Nuraa said...
This comment has been removed by the author.
Mama Hawa/Mama Nani said...

Hawa pun dh pernah msk nasi ketumbar ni..so rasa mmg cam nasi minyak cuma ada bau2an dari daun ketumbar..mmg sesuai dimkn bersama lauk ayam...

Amie said...

Assalam Kak Anim,
rasa macam nak masak lagilah nasi ketumbar nih... tak puas makan!

anymz said...

to ijayuji
memang le kalau cik abe takde di rumah semua mood jadi tunggang langgang kan?..haru biru hidup bila kita jadi mak dan kita jugak jadi bapak..huhu..semua tu dah berlalu..bila di kenangkan balik,meriah betul rasanya hidup dlm keadaan kelam kabut begitu.

anymz said...

to diana
kena mulakan..akak pun tak pernah rasa..ni pestime nih..sedap gak diana.cuba lah.

anymz said...

to kasihredha
cuba kak..wajib di cuba..tak cuba tak tau kan?

anymz said...

to anna
cukup ke?..tak cukup rasanya tu..mek yung makan utk dua org tu.hehe

anymz said...

to tun
jeling tun jgn tak jeling..dapatnya belum tau lagi..dah jadi baja dah.haha

anymz said...

to izahdaut
haipp..dok umah diam2..asek nak itut je..pi jaga anak dua org tu..hehe

anymz said...

to mas
ni lagi sorang cam kembar siam je ko dgn ijahdaut tu mas.mana2 org pegi nak ikut..wakaka