Monday 25 July 2011

Telur Rebus Berkuah Kismis

Assalamualaikum

Dan Selamat sejahtera buat semua pengunjung2 mykitchen.
Apa khabar semua agaknya ya..Dah habis berpuasa ganti ?Tinggal seminggu je lagi kita semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan..
Akak masak telur Rebus ni semalam masa tetamu ada di rumah.kan akak kata akak masak apa yang ada dalam peti ais tu aje..hehehe..
Eh!sedaplah telur rebus resepi DJ ni.ada rasa ala2 kuah pajeri..Rasanya menu ni pun sesuai untuk bersahur..kalau sesiapa boleh makan ikan masin tu,hah!sesuai sangat lah lauk ni di makan dengan ikan masin..isshh...sedap ni tau..Akak ingatkan anak2 bujang ni tak suka sekali Amir kata eh!ada kismis..sedap lah mak..tak tau lah maksud Amir tu kismis tu yang sedap atau lauk maknya yang sedap.muhahaha...Nak view yang lebih cantik sila lah ke Dapurku Sayang tu ya

Apa-apa pun terima kasih DJ atas resepi yang enak nih...khabarnya main campak2 je.


Telur Rebus Berkuah Kismis
by
anymz mykitchen

bahan-bahan :
  • 5 biji telur rebus (dibelah dua)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
  • 2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit air dan susu cair
  • sedikit minyak sapi/minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa



Cara-cara :
  1. Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

17 comments:

Kak Sam said...

Kak nak yang 2 biji tu.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam pagi Isnin kak Anim..
wah lauk telur mmg best nih..ni sedap kalau mkn ngan nasi ayam kari..

Hawa dah try msk nasi ayam kak anim yg ltk warna kuning & also chicken teriyaki pada hari sabtu lps.. Si anak bujang sambil tersenyum ckp..mama sedap nyer!! adik suka mcm jual kat kedai western laa..dia mkn bertambah2 kak.. yg lain jgn ckp lah hawa msk ayam tuh ada lah dlm 12 keping sampai mln..hehehe seronok tgk di org mkn..

Thanks a zillion yer kak anim for sharing the recipi..blh buat again & again :)

izahdaut said...

kak dayang lauk campak2 menjadi sedap je.. kebanyakkan lauk merah2 gini mmg sedap kalau kak dayang nyer resepi kan. nak buat gak lah.. hari tu dah nak buat tapi kensel lak...kismis itam sedap gak kak nim?

Zalieda Zaliedana said...

Lauk gini mmg sesuai mkn time sahur kan,sbb da msm cikit,ala2 pajeri yer kak nim,hb mesti suke,nak2 lak goreng ikn kring n mkn sambal belacan ngan tempoyak,lagi lah hb suke..Nnti bln posa leh la try..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
sedapnya nie makan ngan nasi lemak ker.. nasi putih ker.. mmg menjilat jari nie jawabnya kan akak.. suka ngan resipi nie..

Azlita Aziz said...

kak sedapnya kalau dapat makan dgn nasi lemak.. memang bertambah2 makan ni kak....
pas tu jangan di timbang sure putus springgg... toing... toing... toing..

kak kedai tu dekat pusat bandar, bandar baru bangi.. ita dah letak alamat dan phone no kat blog ita tadi..
ok klu dari highway, exit bangi, lps tol ada round about ambil pukul 9, jln terus
jumpa 2 trafic light, kedai dia sebelah kanan..

Yummie
Bfee Bakery Ingredients Sdn Bhd
26-G-01 & 25-G-01, Jln Medan PB2B
Medan PB2, Seksyen 9,
Pusat Bandar Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8925 8098

ibundo said...

nim,
resepi ni kpah angkut bawak balik. Kegomaran bebudak ni lauk tolo.
Tu apehal lak ita bagi alamat yummy tu. Kodai tu tompek kakpah momboli bolah tu. nak datang ko...

noorsafone said...

Lauk tolo yg sodap ni Anim...nanti boleh boli kek ZUL tolo...kek ghombau tu...ada kismis pulak lauk eh...mosti sodap ni..Anim kalau poei kodai Yummie..jgn lupo ajak yo...

Mas said...

perhhh...sambal telur...
100 kali mas suka.....
sedappnya tengok...

amboii..kak ita siap kasi alamat ngan no tel kedai bakery tu...
mas pun nak simpan gak la...

Rabiatun Adawyah said...

ishhhh..akak dah cuba yer...sedap tak kak? hihihi...terasa nak makan ler kak....uiksss...lupa arrrr...kite puasa hari ni...

Cheq Sue said...

saya ni idok le gemor sgt telur rebus...tapi kalau udoh begini kejadiannya.... aisssssss kena try gak ni kot

Cendana Kasih said...

Kak, nk tolo 2 bijik...hehehe...saya suka sume lauk2 berasaskan telur... kat rumah ni sebulan mau 2 papan telur, mana dengan buat kek, kuih, goreng....

nOOrsha said...

salam kak anim.. lauk gini memang syiok makan ngan nasik panas kak... bertambah!~ saye suke gaul2 telur kunen tu ngan nasi ngan sambal2 skali..nyumnyumnyumm!~

Amie said...

Kak Anim,
dari Isnin - Jumaat memang jumpa telur rebus ( di kantinlah... hehehhh) tapi yang berkuah kismis baru jumpa di sini...

tun_telani said...

kak nim cayang ^^ tun kurang mkn telur rebus, nengok kak nim wat ni nmpk sgt sedap =) kalau ada lebih telur kenduri kawin blh laa wat nih.

Nurul said...

Salam, K Anim..
Nampak sedappp lauk telur ni... aritu dah tgk kat blog K Dayang tu... sesuai sgt tuk sahur time ramadhan nanti... :)

Yatie said...

alahai terliur tngk sambal telur ni..masuk list lagilah, kat umah ni mmng tak putus kismis dan anak2 mmng suka..tak sabar nak buat..nmpk menyelerakan sungguh..