Thursday 7 July 2011

Ayam TomYam

Assalamualaikum

Hari tak ada story telling panjang2..Cuma nak bagi tau..resepi campak2 dari Nor@SecubitGaram ni memang sedap..
Jadi pembuka selera bagi orang2 yang tak lalu makan ayam atau yang sudah jemu dengan ayam..,bila buat lauk macam ni terasa segar semula..Tapi minta maaf ya Nor, ada sedikit penambahan dari akak..maklum orang negori ni suka lauk pauknya berasa kepedasannya dan akak juga tambah daun ketumbar sebagai menambah rasa keSiamannya..Sedap dan Terbaik dari Nor Secubit Garam.Terima Kaseh kerana sudi berkongsi resepi..
Malam2 nanti akak balas komen di bawah dan terjah rumah kawan2..:-)


Ayam TomYam
by
anymz mykitchen

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • serbuk kunyit
  • garam
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2cm lengkuas - ditumbuk)
  • 2 batang serai - dihiris nipis
  • 1 sudu besar paste tomyam
  • 2 sudu besar cili sos thai
  • 3 - 5 bj cili padi - diketuk (optional)
  • 1 biji tomato - dibelah dua dan hiris nipis
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu kecil jus limau nipis - tambahan jika kurang masam
  • garam dan gula
  • 1/2 cawan air
  • minyak


Cara memasak :
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng hingga masak tp tak perlu sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar dan serai.Goreng sehingga bawang layu dan masukkan bawang putih dan lengkuas yg ditumbuk.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan paste tomyam.Kacau hingga sebati dan masukkan sos cili thai, cili padi dan tomato. Kacau.
  5. Masukkan ayam dan daun limau purut yg dicarik-carikkan. Kacau dan biarkan seketika dan kemudian masukkan pulak air, garam dan gula secukup rasa.
  6. Sekiranya masakan rasa kurang masam, bolehlah ditambah 1/2 sudu kecil jus limau nipis.Masak hingga kuah sedikit pekat (jika suka masakan yg lebih kering, lebihkan tempoh memasak)
  7. Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih

*Selepas masukkan bawang,serai,lengkuas,bawang putih akak masukkan pulak 1 senduk cili kisar dan tambah 1 sudu besar sos tomato dan serumpun hirisan daun ketumbar.

18 comments:

ijayuji said...

Salam kak animm!! nak jugak rasa resepi campak2 kakak secubit garam tuuu :D semalam nak buat tp bhn tak cukup jadi menu lain hihihi.... buat pedas2 ni sedapp ni kak :D

Nazrah said...

Salam Kak Anim.... kita tumpang tengok jer...sebab jarang dapat masuk macam tu....teringin gak..tapi masa yg tak der

noorsafone said...

Anim...nk jugak cobo resepi campak2 dari Nor secubit garam ni ha...sodap yo...bilo agak eh nk buek ni...tengok la esok g pasar boli ayam..

CT Delima said...

As'salam kak anim

dah sampai dapur akak ayam tomyam ni ya.bilalah nak sampai dapur ct pulak. tumpang dinner kat sini jerlah, lom makan lagi ni laporrrr..

K.Nor said...

tambah la k.nim nak tambah apa pun asal ngam sudah dgn selera anak tekak :)

tp daun ketumbar mmg ngam dgn masakan ni, tomyam kan... mekasih sudi try ayam ni k.nim... nor update kat n3 ya.. tq2.. luv u :)

Cik Embun said...

Acik, pos laa dekat org kedah sikit.. terliur ni hah tengok.. hik3~

ibundo said...

masak yang podeh-podeh ni memang kegomaran oghang negori. pergh!!!
Nim,
ekau kalau nak buek piza tolur tu tak payahlah uli doh. Lambek siap. Yang ni resepi orang maleh. Ekau boli yo lah ghuti berger tu. Bolah duo.

tun_telani said...

wahh.. merahnyer ayam nii.. tgk pun dh tau sedap ni.

Kak Sam said...

Alamak kena buat cepat ni.

Nur said...

Selera Yati tengok tomyam kak Anim. Yati kalau rasa nak demam, Yati cari tomyam atau bihun tomyam. Ntah, nanti rasa lega, hilang rasa nak demam. Lagi masam dan pedas, lagi best! ^_^

Deliah's Deli said...

klu yg campak2 ni mmg sodap kak!!

Mas said...

kak anim..
sedapkan ayam tomyam ni....
ari ni mas nak buat lagi tau..he..he.

Ayu said...

Assalam kak anim,
wah ada ayam tom yam juga disini ya..
nampak sedap sungguh tu kak..ni kalau anak2 kita memang laju aje ayam + berperisa tom yam pulak tu kan..cantik warna lauk akak ni..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
ayam tu nampak sedap ler akak.... nak cuba gak nnt nie...

anymz said...

to ijayuji

campak2ni emmang selalu sedap kan?..Resepi nor mmg best lah ika.try lah..


to nazrah

takpe2 slow and steady nanti bila dah ada masa boleh buatkan?


to noorsafone

dah ado ayam lom kak?.jgn lupo try resepi campak2 dari nor ni yo..sodap kak..dah duo kali buek ni..berani jamin nih.
(agak2 eh ado tak nor nak campak2 brg sekotul duo keropok lekor ke sini kan kak?ponek promote nih)

anymz said...

to ct delima

da habis dah ct.sekejap je dah habis.budak2 ni pi ratah2 pulak..try buat ct..sedap.confirm.hehe


to nor

terima kseh nor.luv u lah atas resepi yang mabeles ni..tak nyesal buat..berulang2 anak2 akak makan.
akak buat pedas2 sikit.tu yg diorang suka.


to cik Embun

ila jauh sangat lah ila.jenuh nak nganto tu.nanti bila ke sini acik buatkan ya.hehe


to ibundo

kalau tak podeh bukan org negori kan kak?
okay2 kak ,noted.raso nak buek yo kojap2 lai nih.


to tun_telani

memang sedap tun..jgn lupa try buat ya

anymz said...

to kak sam

cepat2 buat.sebelum terlambat


to yati

apa khabar yati.dah lama tak bertandang ke sini.memang sedap ayam tomyam ni.tapi kalau yati buat jgn letak cili sos tu ya takot anak2 tak tahan pedas.sos tomyam tu pun dah ada rasa pedas sikit2 kan?
cuba lah resepi ni.


to del

tau takpe del.biasa nya macam tu lah kan?sebab tu mak2 kita dulu2 masak takde resepi.


to mas

sedap kan mas?sama lah dgn akak.hari ni pun buat lagi.makan dgn nasi carrot pulak.budak2 ni memang tak jemu kat ayam kan?


to ayu

nanti ayu buat pulak ya.gambar2 dari dapur ayu lagi cantik.:)


to diana

wassallam diana

jgn lupa buat ya diana.tapi kalau ada anak2 yg tak tahan pedas tu agak2 lah penggunaan sos cili tu ya.

Gee® said...

salam ziarah... sy singgah sini nak makan ayam tomyam boleh... laporrr ni