Sunday, 17 July 2011

Rendang Ayam Berdaun Puding

Assalamualaikum

Entah kenapa dekat2 nak masuk bulan ramadhan ni tekak ni berselera je nak makan rendang.Semalam, Ainul dan ayahnya berpuasa sunat nisfu syaaban.Macam sehati sejiwa pulak, sebaik akak masak je rendang ainul pun bersuara..mak ni macam tau2 je ainul nak makan rendang..
Sebenarnya pada akak rendang lah salah satu menu yang paling suka akak buat.tak banyak kerja..Ada satu lauk ni aje, sudah cukup bagi anak2..Biasa kalau agak2 akak akan menyibukkan diri,rendang lah yang akak akan buat..kalau perlu anak2 cuma tambah telur yang di goreng sendiri bila tengok maknya tiada di rumah..tak banyak kerenah..alhamdulillah bersyukur dapat anak yang tidak cerewet tentang makanan.Lauk tempoyak tu pilihan mak pak dan rendang ni untuk anak2..Diorang belum pandai makan ikan darat ni lagi..maknya pun baru2 ni je pandai..hehehe
Oh ya!hampir terlupa nak bagi tau,pernah dengar daun puding?..Daun puding ni biasa di tanam di laman rumah..Sebenarnya ini pun first time akak makan daun puding.Selalu tengok di laman rumah2 kampung kat tempat akak ni.Rupa2nya ada jenis yang boleh di makan.Akak beli daun ni di pasar tani pagi tadi.Biasa rendang orang negori bewarna hitam dan sudah pastinya daun ni bila di rendang akan menjadi garing tapi hari ni ,rendang akak tak berapa nak hitam.En somi teringin nak makan rendang yang sedikit basah..



Rendang Ayam Berdaun Puding
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 ekor ayam-bersihkan dan potong kecil
segenggam cili padi-di kisar-kurangkan jika tak suka pedas
8 ulas bawang merah-di hiris-jika lebih pun takpe
6 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris
3 batang serai-di hiris
2 sudu besar rempah kari daging
santan dari 2 biji kelapa
sedikit serbuk kunyit-kurang lebih 1 sudu kecil
garam secukup rasa



Cara

Masukkan ayam di dalam kuali
Masukkan bahan2 yang di hiris
Masukkan juga cili padi yang di kisar,rempah dan garam
Kacau dan gaul sebati hingga air ayam kering.
Masukkan santan dan gaul sebentar.
Keluarkan ayam dan ketepikan.Ini untuk mengelakkan ayam tu hancur
Santan di kacau hingga mendidih
Bila santan sudah mengeluarkan minyak masukkan ayam dan kacau lagi hingga sebati
Rasakan garam dan masukkan daun puding
Kacau hingga kuah mengeluarkan buih menandakan santan sudah mengeluarkan minyak
Jika suka rendang hitam biarkan dan kacau sehingga serdak berasa garing.Ambil sedikit sesudu dan rasa dengan tangan.Jika sudah garing serdaknya boleh lah di tutup api.
Tapi jika suka rendang basah boleh lah di angkat sebaik rendang tu mengeluarkan minyak..


*Biasa kalau di Negeri Sembilan kami merendang menggunakan ayam kampung atau ayam telur/pencen..Kalau ayam daging yang biasa tu kami buat rendang basah je..Susah nak buat rendang tu jadi hitam sebab daging ayam akan hancur.


Ini lah rupa daun puding.

15 comments:

Cendana Kasih said...
This comment has been removed by the author.
Cendana Kasih said...

sedapnyer rendang..tingin la plak, akak beli kat mana daun puding tu? pasar tani ke??

Amie said...

oooo... itu rupa daun puding ye, first time tengok,
rendang memang sedap kak anim, aromanya membangkitkan selera, kalau amie makan pun, lauk rendang dah cukup, cuma tambah ulam sikit spt timun...

kasihredha said...

salam kak anymz
akak pun sukka masak rendang lotak daun puding.
Akak ada tanam pokok ni tepi bukit dekat rumah akak.
Pokok ni akak ambik kat rumah ibu mortuo ku...hihi

sodappp jo rondang tu eiii...telan air liur jo lah...hihi

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
daun puding tu rasanya kat labuan panggil bunga puding... wah ada yg dapat d makan yer akak.. baru diana tau.. akak.. rendang tu nampak sedap ler akak... terliur tgk.. sedapnyaa

K.Nor said...

aikkk puasa pun belum lagi, dah tukar cat baru ? hehe

Acik Erna said...

anymz..akak pun cam tu..kalau raso2 maleh sikit hari tu..akak masak rondang yo..sonang..
maso akak dok klia dulu heran kawan2 bilo akak cakap macam tu..
dio kato rondang paling susah..
nak susah apo kan nim..campak sumo2 e dalam koli..tunggu koreng yo..

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Kita ni suka makan rendang tapi tak pernah pun buat sendiri. Kak bukan susah ke nak buat rendang ni. Macam renyah je.

ady said...

as-salam kak
sedapnye rendang..kalau ayam tua masak rendang lagi sedap..kak nak tanya daun puding ni daun apa..? tak pernah dengar...tak tahu lah kalau kat singapura ni ada jual..nak cuba juga masak rendang letak daun puding ni..

YANA SHAIFUL said...

Salam K.Anim..

Dah lama xmkn rendang..terliur plak tgk K.Anim bt..xtau plak daun puding bleh msk rendang..kat kg mmg byk tanam..lepas ni bleh try bt..;=)

anymz said...

to cendana kasih

akak beli kat pasar tani norma.:)


to amie

rendang memang menu sepanjang zaman.tak pernah jemu kan?boleh makan dgn apa saja.dgn roti pun sedap.


to kasihredha

wah!akak pun pandai makan rondang mo daun puding yo..hehe..
akak ni kan,ini pestime makan nih.:)


to diana

ya lah diana ada yg panggil bunga puding..tapi hati2 ya..pilih bunga puding yg betul..akak nak tunjuk pun tak berani sebab ni lah baru first time tengok dan makan.:)

Motheroffivekids said...

Bestnyaaa ni yg nak buat rendang lg ni nak mantop kan kepakaran buat rendang!

HaSue said...

baru nampak gak daun puding nih..ingatkan bunga tuh.haha.. sedap ye kak buh daun puding nih?teringat lak ada resepi kak tuntung15 kat myr sebut2 daun puding nih dulu..katanya mudah je tumbuh cucuk dahan je cam pokok bunga lain gak kan kak

xleh imejin apa rasa buh daun puding nih..ada aroma tmbhn x?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kak anymz...
saya pernah tengok kak amal (yg dok kat utara tu) buat rendang boh daun puding ni dulu.. tiap kali raya mesti ada juadah rendang daun puding ni sebab suami dia pun orang nogori jugak.. hehe.. tapi saya tak pernah tengok atau merasa lagi.. cuma tgk kat blog dia ajelah... pokok puding ni dulu2 penuh depan umah mak saya kat kg... dulu2 cukup femes.. ada mcm2 jenis & ada macam2 nama jugak... siap mak berbisnes lagi pokok puding ni.. hehe.. tp skrg ni dah byk yg pupus... tinggl beberapa jenis je lagi..

Nanie@NMS said...

salam ziarah,

Tak pernah auntie rase rendang puding...