Thursday, 17 November 2011

Cinnamon Roll

Assalamualaikum semua

Yessss..akhirnya akak buat jugak cinnamon roll..Dah dok terperap lama dalam draft resepi ni.Dan akhirnya akak berjaya jugak membuatnya petang tadi..Agak gusar juga bila semua bahan2 akak dah masukkan ke dalam BM tiba2 terdengar petir guruh bagai..Bukan apa takut jadi macam semalam..Asyik kena tendang je..kejap2 blackout..hehe
Alhamdulillah hingga ke akhirnya tak ada apa2 yang berlaku.Dapatlah makan cinnamon roll ni masa minum petang tadi...Resepi akak ambik dari rumah yatie dan seperti biasa resepi asal datangnya dari CMG..Boleh juga rujuk ke blog Hana.Di situ ada Hana nyatakan dari mana datangnya resepi cinnamon roll ini..


Cinnamon Roll
by
anymz mykitchen
Resepi:CMG



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram tepung whole meal (saya guna tpng roti je)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan
BAHAN TABUR :-)
  • 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  • 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  • 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  • 1/2 cawan kismis,
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- 
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK CINNAMON ROLL :-
  1. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  2. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..


Lagi sekali terimakaseh pada mek yang bagi papercup ni..banyak kegunaannya ni.
muuuuuuuuaaaaahhhhhhh

20 comments:

cik cek said...

kak Nim...
Sonyap2 buek roti yo....tak nak ajak cek makan sekali ke...cek bwk kek karamel ni..leh kito makan sesamo...kan kak Nim sayanggg...:D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Bab2 buat roti ni Kena betul2 rajin
Sbb Ayu x de BM
So Kena uli tangan ngeee
Kak Kasi 2 ketul kt Ayu :o

ilahjy said...

salam kak nim
cantik laaa kejadian roti nie... nak cikit....emmm...

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Anim,
cantik betullah cinnamon roll akak ni..petang tadi ujan kat JB, kalau dpt makan roti panas2 mcm ni mmng sedap tul..

kasihredha said...

macam kelopak ros..kan kak

Cheq Sue said...

sedapnya cinnamon roll ni kak nim...dah lama x buat. masa buat pestaim dulu suka sgt sebab dah jadi... :)

Nieza said...

gebusnya roti akak ni...nieza dah pernah juga buat dulu memang best bau harum cinnamon tu:)

tun_telani said...

kak nim! tun mmg suka sgt2 mkn cinnamon roll.. kalau wat mmg besh, sbb tun mkn sorang. hasben tun x suka, so xyah berebut2.. hehe

Zaliedana said...

Kak Nim oi awat xtunjuk rupa loti cinnamon kat dlm,ai suka lah tgk keratan rentas pas di bedah siasat tuh,hihi..Papun roti jns roll nih sy xpernah lagi wat kak nim,bkn pe,sy wat yg sonang ajer skang nih,coz ank2 makin lasak,adeiii..

Ida,Japan said...

aikkk...sama la pulak versinya kita, ida buat curry tuna roll..akak buat cinnamon roll he..he, dua2 pun sedap

HomeKreation said...

KakAnim cayang,
Makan sorang2 noh, tak kasi Along pun...

rahel said...

salam Kak Anym...Rahel suka mkn cinnamon roll tapi selalu beli je...len kali nak try buat sendiri pulak..

Liza said...

salam kak anim...Liza pun pernah buat roti ni..mmg best kan..

chocoluv@cikton said...

kak nim..ni mcm Auntie Anne's Cinnamon Sugar tu ka..mesti sedap

Kazman & Sue said...

kalau macam ni la kann... boleh bukak kedai secret recepi dah ni...

Amie said...

cantik banget ni Kak Anim! makan seketul boleh kenyang tak? sebab lawa sangat..Amie angkut 3 ketul ye Kak Anim!

Ummi said...

Assalam Anim...waaah meroti sakan dah nampaknya...aah best kan roti roll ni...Ummi pun byk kali dah buat resepi CMG nih...lembut sakan...letak apa2 inti sume licin...hehe

anymz said...

to cik cek
meh..meh kito makan samo2..tapi arramak cinnamon roll dah habih la.:)


to ayu
masa akak takde BM dulu cenggitu lah juga dgn akak ni ayu..uli dgn tangan..jenuh betul rasanya..cuba tangkap satu BM tu ayu..berbaloi tau.


to ilah
mekaseh ilah..tapi cepat habis lah roti ni..sedap tau ilah..:)


to yatie
sama lah kat sini..hujan jugak yatie..mmg sedap makan roti ni masa panas2 pekena dgn kopi 0 kaw..:)


to kasihredha
sepatutnya tak boleh ada kelopak tu kak.CMG dah pesan kena lekatkan tpg tu antara satu sama lain tapi yg akak punya takmo lekat sgt.:)


to cheq sue
kena buat balik sue..ni akak bg semangat pada org yg dah lama tak buat.hehe

anymz said...

to nieza
betul tu noeza
masa sdg bakar tu harum betul bau cinnamon tu kan? :)


to tun_telani
ya ka tun?apa tggu lagi tu?buat le cepat tun.pastu bg akak 5 ketul ya.hehe


to zaliedana
takmo tunjuk2 yg keratan rentas..tunjuk yang baru kuar dari oben je..haha

Anna Qawina said...

akak muaahh kat sape tu? kat saya ya? okla..muuuaaahh kat akak balik..kekekeee..
saya pernah wat roti ni, tp masa tu takde cup pun, ank2 lngsng tak makan, ada yg kutis buang benda2 dlm tu..nyampah rasa..tp bila tgk balik keadaan roti tu mmg patut diaorang selera kot..kakakaka..