Tuesday, 15 November 2011

Singapore Raffles-Scones ke ni???

 Assalamualaikum semua


Malam ni akak bagi resepi yang akak dapat dari Uncle Lee yang tinggal di Canada .Dah banyak kali uncle Lee bagi akak resepi tapi belum pernah sekali pun akak buat..Semalam,alhamdulillah akak dah lepaskan satu resepi yang simple.Dah lama beliau bagi resepi ni hanya semalam akak ada masa nak buat.

Kenapa tajuknya ada tanda soal?
Bila uncle Lee sebut S'pore raffles akak tertanya2.Apa tu?..tengok ada sebut scones bagai..
Scones ke?..
Arrgghhh..cuba aje lah.tak nak sia2kan resepi pemberian uncle lee ni akak buat aje.mana tau sedap dan semua org suka kan?..

To Mr Lee a.k.a Uncle Lee...
Yesssss..Saya sudah buat..
When you mention about this Spore raffles,my mind puzzle up would it be looks like scones..so i took the chance to try the recipe.
End up Yesssssssss...it was scones but maybe we mention in different way.
Thank you Uncle Lee..
Sorry kalau rupa nya tak sama dengan yang you pernah makan di Singapore long..long time ago..hahaha...
As always keep smiling and regards to Mrs Lee......



Untuk sarapan memang sesuai sangat.

Singapore Raffles
by
anymz mykitchen
Resepi:Uncle Lee

Bahan2

65 gm gula
65 gm butter
1 biji telur gred A
450 gm tepung
30 gm baking powder
250 ml susu segar
65 gm kismis
garam
sedikit serbuk lada hitam
telur untuk glis

Cara

Campurkan butter dan gula
Kacau hingga gebu dan berkrim
Masukkan telur
Masukkan tepung dan baking powder
Gaul hingga menjadi crumble
Masukkan susu dan gaul lembut
Jangan terlebih gaul
Masukkan kismis
Canai doh menjadi 3 cm tebal
Potong dengan cookie cutter
Sapu telur
Letak scone atas kertas baking dan bakar 10 min hingga perang dengan suhu 200c.Akak bakar 20 min mengikut oven masing2 ya.



Sedap

11 comments:

zarin said...

semalam pun buat scones jugak..ehehe sejak dua menjak ni asyik brekkie ngan scones aje ;-)
cepat n senang nk membuatnya kan!
ok, dah amik recipe ni..esok lusa buleh buat yg ni plak

tun_telani said...

kak anim cayang!! tun dtg nii, takut kak anim windu2 sgt pulak ngan tun.. hihi... tq sbb sudi windu kt tun ^^
dh lama x buat scone.. x pernah dgr pulak nama raffles tu.

cik cek said...

Kak Nim ..den tak ponah buek ...makan lai la...nak gak raso ni...bak sekoto...mesti sodap ni kan...

Uncle Lee said...

Hi Anymz, Holy Smoke! You did it! The colour, the texture is really beautiful!
Looks very sedap best!
I can see the dexterity, delicacy, finesse and your expert touches here...really beautiful, Anymz.

Looking at your well taken pictures, love your presentation and display, I think 4 pieces will do me fine.
Ada iced coffee? Ha ha ha.

Anymz, this scones are world famous, eaten and loved by foreign presidents, prime ministers, VIPs, Hollywood actors, and of course me too....and the several ladies I invited for tea at Raffles.....everyone loves it.

Anymz, well done! Outstanding! You did it.
In case if PM drop by your house or MB, bake this for them. Siapa tau kan, dapat title infront of your name, ha ha.

For me bila I balek kampong, your famous goreng pisang will do, ha ha ha.
You stay young Anymz, stay beautiful, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Uncle Lee said...

Anymz, Saya ta'lupa the tiga teh tarek lambong tinggi I outang you.
Okay, we meet at that restaurant tepi laut. You coming in your fitting batik sarong and red laced blouse? Okay....I'll be in my black silk shirt.
Ni nak check calendar bila bulan terang, ha ha ha. Nak lepas handbrake, lepas my pantuns....
Have a nice day.
Lee.

Nazrah said...

menarik gak ni kak...wat bfast kan...

Rima said...

KAnim
Scones pakai black pepper?? woahhh tak tahu pulak ade s'pore raffles scones hahaha.. apa lah si Rima ni.. nama ajer anak jati singapura ahaks

I am a big fan of scones and akan ku cuba satu hari nanti.. buat masa sekarang i am addicted to cream scones hehe

Nieza said...

namanya 1st time dgr..mkn lagi ler tak pernah...ada lagi tak ni kak nim..nak gak den meraso..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ha tu dia Pakci lee yang kat canada tu pun dah berpoantun sakan dek scone ni.Ada lagi ke,niat hati nak singgah sarapan ni.

Naz / Nadz COSK said...

Amboi..amboi... Lajunya dia kat dapur berjogging skrg.. Tak pernah makan scone ni kak Nim.. Cuti sekolah nanti, Naz balik umah mak bf kat umah akak lah nak makan scone ni..boleh ke?

Ros said...

Salam Anymz,

Kak Ros rasa la... Sesuai nak makan masa mana pun ni...makan dengan sos macam tu ja ka..atau ada inti dia...?