Thursday, 3 November 2011

Chicken Scallop Goreng Sos Thai

Assalamualaikum semua

Apa khabar buat semua pengunjung2 my kitchen ya..Sehat ke tu?..Ada orang tu dah dua tiga hari tak nampak..Sedang uweek..uweek ke tu?..Jangan marah naaaaaa...satgi muka anak hang kot2 ada iras muka ayu akak nih..hehehe
Hari ni akak agak sibuk waktu pagi2 tadi.Sebab tu lah lambat sikit keluar entri hari ni.Dah nak petang baru masuk menu tengahari kan?..Bila dah sibuk tu terus akak teringat menu simple kakpah ni.Memang sedap lah wey jika di masak begini..Apa lagi kat luar tu hujan kan,Perut lapar sokmo.Tak dan dah menumis yang renyah2 ni.Lebih baik di masak gaya gini je.Mudah dan cepat.Betul kata kakpah tak sampai setengah jam dah terhidang depan mata.En Suami yang tiba2 muncul tadi pun senang hati.Dapat makan terus.




Chicken scallop goreng sos Thai
by
anymz mykitchen

Bahan:

1 bungkus chicken scallop brand SAUDI
1/4 cawan sos cili thai
2 sb sos tiram
1 biji bawang besar dipotong separa bulat
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji capsicum hijau di dadu kasar-hari ni takde stok akak guna capsicum kuning
1/2 biji capsicum merah didadu kasar


Cara:

Goreng scallop ayam sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan scallop yang telah digoreng tadi.
Letak sos tiram dan sos cili thai.
Masukkan capsicum dan bawang besar.
Gaul rata.
Bubuh sedikit air sekiranya kuah kering.
Setelah capsicum masak (biarkan rangup), padam kan api.
Tidak perlu ditambah garam.


Edit sikit bagi terang scallop tu..

6 comments:

Zaliedana said...

Ermm kak nimmm,betoi ke kak rozita dah uweeekkk,hihi..Msti muaz n bais suka,hihi,dah la iras kak nim,msti cun kan..Ermmm cun ke...



Kalo cunnnn,mesti gegirl,hihi..



Eh kak oi nak tanya nih scallop nih rasa cam naget juga ke,ai xpernah mkn la,kalo masak lomak pernah la,hihi..






Tapiiiii




Nmpak sodap sgt..

tun_telani said...

kak nim.. mcm sweet sour ye..

tun x pernah jumpa chicken scallop nih. sedih pulak rasa. huhu..

Ayu said...

Assalam kak anim, chicken scallop ni belum pernah jumpa lagi kat sini..kalau masuk jb nak cari lah sedap ya kak..boleh cuba nanti..

anymz said...

to zaliedana
rasa dia sikiiiit je cam nugget.dlm dia ada cheese..bila dah masak gini rasa cam sweet sour.dijamin suka oleh anak2..akak suka aje.tolak batu dgn kayu je skang ni ct.haha


to tun
ha'ah tun.rasa sweet sour mmg sedap lah kan?..tak lama lagi sampai lah ke sana tu tun.sabor je lah ya.hehe


to ayu
ya ka ayu?nanti cari ya ayu..biasa lah ayu.kalau dah ada sos thai tu pasti rasa cam sweet sour kan?..akak rasa kalau sosej di buat gini pun okay gak kot..:)))

Liza said...

kak anim...sedapnya...kalau buat anak2 liza mesti suka ni..nnt nk g cari scallop dulu....hihihi

Yatie said...

uwaaaa nmpk menyelerakan sungguh..betul ke apa yg di katakan oleh Zaliedana tu...kalau ya, alhamdulillah...