Tuesday, 1 November 2011

Sambal Ikan Sardin

Assalamualaikum semua

Apa khabar buat pengunjung2 mykitchen.
Buat apa tu???
Hari ni akak tunjuk menu yang boleh juga di buat sabagai sarapan pagi dan boleh juga di buat sebagai menu makan tengahari terutama sekali bila ada tetamu yang datang secara mengejut dan tiba2 kita rasa blank tak tau apa yang hendak di hidangkan maka menu inilah yang selalunya menjadi pilihan.Di sertakan dengan telur dadar atau goreng ikan masin.kan menyelerakan menu begitu.Betul tak??

Akak tau menu ini mungkin di anggap biasa2 aje bagi pakar2 memasak yang sedia ada tapi akak tujukan lah cerita ni pada anak2 buah yang baru mendirikan rumahtangga ,terutamanya yang baru nak mengenal kuali periuk dan sudip tu kan?
Hidangan begini boleh di makan dengan roti atau roti telur sebagai sarapan.Memang sedap dan menjadi hidangan kesukaan en suami dulu..
Meh tengok resepi....



Sambal Ikan Sardin
Resepi
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 tin besar ikan sardin -apa2 brand janji halal
1 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar-hiris bulat
10 tangkai cili padi-hiris kasar
1 biji limau kasturi-di perah dan ambil airnya-ketepikan
1 biji tomato segar yg besar-jika suka-potong baji ke enam bahagian
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Sardin di buka tin nya dan ambil isi ikan dan sedikit kuah.akak ambil kuahnya dlm 2 sudu besar je-ketepikan
Panaskan minyak
Tumis cili kisar hingga pecah minyak
Masukkan Ikan sardin dan sedikit kuahnya
Masukkan garam,bawang besar dan cili padi
Kacau hingga sebati
Masukkan tomato
Kacau lagi
Bila sudah masak, masukkan perahan air limau kasturi
Angkat dan sedia untuk di hidangkan


Sesekali bila kita putus barang2 basah dlm freezer tu bolehlah makan begini.
Tapi tidak boleh di amalkan selalu.Bagi pengidap penyakit hepatitis B dan gout sardin adalah hidangan yang tidak di benarkan sama sekali...

12 comments:

Nieza said...

Assalam Kak Anim, menu sardin ni kalau lama tak mkn terliur juga dibuatnya...simple dan sedap...i like..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
waaah diana hari nie masak sambal sardin juga.. hehehhee... sambal sardin nie mmg fav ramai org nie kan akak... mudah n sedap....

♥MAMASYAZA♥ said...

memula belajar masak dulu, nilah menu pertama saya, mmg expert masak sambal sardin ni...hehehehe, sampai sekrg kalo balik umah MIL, depa soh saya masak...bangga rasanya

tun_telani said...

kak nim.. hasben tun mmg suka mkn sambal sardin.. kalau lama x buat tu kan, nnti ada laa yg berbunyi. 'dah lama ayang x masak sardin..' hehe

noorsafone said...

Anim...tinggalkan k noor sikit yo sambal sardin tu..esok nk mkn dgn lempeng...sodap.

kzai said...

salam anim..lauk simple2 lg sodap..anak akak paling suka lauk sambal sardin..kalu dpt x pandang lauk lain dah

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikukm kak Anim.
Kak Nim, Naz punyo sambal sardin dah siap ko bolom??? Cili padi kasi lebih yo.. Tenyeh kan dio bior extra podeh..

kasihredha said...

suka makan dgn sambal tempoyak :)

Ida,Japan said...

sardin sebenarnya sedap, boleh tambah2 ni bila mkn nasi..beberapa hari lepas, ida buat nasi lemak sambal sardin kak

Anna Qawina said...

Kak Anim..pekabo? Sihat? meh suapkan saya nasik ngan sambal ni...

Ummi said...

yuhuuuuu...waaaah, ada sardin..i liiiikkkee...confirmed sedap nih! Nak pulak dah masuk musim hujan nih..nak masak sardin gak la nnt...nk try resepi anim lak laa...curi resepi dulu ya Anim...hehehe

Ros said...

Salam Animz,

Boleh cuba ni....Kak Ros selalu sadin ni buat masak asam saja, kali ni boleh la try ngan sambal pulak..