Monday, 7 November 2011

Kek Lapis EverGreen

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah akak dapat bersiaran seperti biasa.Ada sedikit masalah untuk update blog sebenarnya.Tapi tak apa lah semua itu sudah dapat di selesaikan bila Ainul campurtangan.Maklum,kadang2 benda2 berkaitan teknologi ni,anak2 yang lebih advance pengetahuan mereka mengenainya.Ya lah zaman kita dulu cuma ada kertas,pen atau pencil je kan?..semua guna manual.
Akak buat kek lapis yang tak berapa nak menjadi lapisannya ni hari Jumaat lepas.Akak simpan dalam freezer.Bila adik2 dan anak2 semua duduk berkumpul akak pun keluarkan.InsyaAllah akan buat lagi kek lapis ni sampai pandai sehingga menjadi lapisannya.Memang di syorkan pada teman2 semua agar mencuba kek lapis nih..Sedap sangat2.TerimaKaseh pada DJ@Dapurku Sayang dan juga Hasue yang telah giat mempromosikan..Thnx to them both.
Ada sedikit rasa terkilan  di sini sebab masa sedang buat akak tengok pewarna hijau akak sudah habis..Jadi lah namanya kek lapis light green.Boleh tak di panggil sedemikian rupa DJ?..
Hasue,..akak copypaste semuanya sekali dengan tips sebagai rujukan akak di masa akan datang ya..maceh okayyyyyy..



KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
by
anymz mykitchen



Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



Note:
Untuk separuh adunan yang HaSue buat:

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Lembap dan sedap..gabungan perisa horlicks dan pandan..


Tips:Untuk hasil kek lapis sarawak yang terbaik..adalah penting untuk menggunakan bahan2 berkualiti seperti mentega tulen-brand seperti anchor,westgold,SCS..kalau nak guna buttercup tu,guna yang pure butter..bukan yang lepa susu yer..ni untuk hasil terbaik la..
kalau untuk hasil so-so jer tu..boleh je guna mana2.hee..

Satu lagi kena guna tepung hongkong untuk tekstur kek yang halus..kalau guna tepung gandum bukan tak boleh dik,tapi teksturnya tak sehalus guna tepung hongkong..itulah bezanya..


9 comments:

kasihredha said...

Ooo patut le tak bersiaran..sejak dari kuih bommm hari tu lagi.

Selamat hari raya haji kakkkk :)
kek lapis tu makan sorang2 je ker? hik2

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha KakAnim sekeluarga. Rajin KakAnim mencuba, ok lah tu utk org yg buat 1st time & tak payah gi kelas buat kek lapis. Tip dari Along, kalau KakAnim nak kek yg moist, jgn bakar terlalu lama, sebaik shj atas nya brown, boleh lah lapiskan seterus nya. Jgn risau jika dlm nya tak masak, nanti bila dah habis melapis, bakar jap 10 minit dgn 180C.

anymz said...

to kasihredha
kek ni dapat la share dgn semua org serba sedikit sebab akak buat pun setengah adunan je.ikut adunan hasue yg kat bhg bawah tu..hehe


to HomeKreation
terimakaseh banyak2 atas tip2 yg along bagi..insyaAllah akak pasti akan cuba lagi sbb diorang semua suka akan rasa kek lapis ni.tak manis sangat..ooooo...begitu rupa2nya ya along.tak perlu tggu warna keperang2an ya..ok2 noted.:))))

Chah said...

saya suka kek lapis!!! erkk ada ke yg saya tak suker..huhu...sedap tu kak...errr bg alamat umah..esok saya sampai nk beraya...hehehe..

Amie said...

salam aidil adha Kak Anim,
memang lawa mengancam kek lapis tu... pernah cuba buat tapi tak jadi..hi hi hiii

HomeKreation said...

You are welcome KakAnim. Kalau ada apa2 soklan ttg kek lapis, tanya lah dgn Along, sure Along tolong k.
Lagi satu tip, utk hasilkan lapisan yg sama tebal, KakAnim kena sukat. Along guna senduk khas. Boleh juga guna cawan plastik yg kecil (agak2 dalam 6 sudu mumbong setiap lapisan).

tulip leeny said...

Puan Anymz nak mintak izin untuk ambil resepi ni, nampak sdap..nak cuba buat..trima kaseh

Nieza said...

salam aidiladha buat kak anim sekeluarga...rajinnya melapis kak anim..bagi saya oklah tu kak...tapi saya pun lum pass lagi bab melapis ni. teringin juga nak buat:)

HaSue said...

kak anim cayangg..baru berkesempatan nengok kek lapis akak ni..dah ok tu kak cuma nampak kering sikit.mungkin sebab akak tunggu keperangan lama sangat kot..akak kena naikkan suhu sikit supaya cepat sikit perang kat atas(supaya nampak lapisannya) dan dalam masih lembap..jangan tunggu masak benar cam kek biasa yer kak..
apapun nice try.. :)