Friday, 11 November 2011

Kuih Keria

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat pengunjung2 my kitchen..Ermm..ramai rakan2 blogger yang di landa badai kemalasan lantaran semangat yang hilang entah ke mana.Ada juga yang masih meneruskan berblogging seperti biasa.Ada yang telah patah semangat rasa macam nak join kawan2 yang melandingkan diri lantaran ketidakupayaan tenaga dan yang seumpama dengannya.Ikutkan hati akak macam tu juga lah TAPI akak punya tanggungjawap yang agak besar di sini.Nampak macam remeh je.
Pada awal mulanya akak jangka untuk meninggalkan resepi2 di sini buat anak2 sahaja.Tidak pernah terfikir di fikiran yang resepi2 akak di sini bukan saja di tonton oleh anak2 malah oleh saudara mara akak juga.Bila ini berlaku masing2 mula lah meminta itu dan ini,seperti resepi2 peninggalan arwah mak akak dan sebagainya.Seboleh mungkin akak cuba tunaikan.Maklum bukan sedikit modal yang perlu kita keluarkan bila kita wujudkan blog masak2 ni.Semuanya perlu kita ambil kira.,masa,tenaga,layanan terhadap anak dan suami dan yang penting sekali modal.Lantaran bila ada yang berkata orang yang membuka blog masak2 ni bukan nak menunjuk2 ke?...
Terasa begitu kerdil diri ini di sisi Allah swt apabila kita di uji dgn kata2 yang sedemikian rupa.Tapi prinsip dan pegangan akak hanya satu Allah lebih mengetahui.Mereka ada mulut suka hati depa lah nak kata apa pun.What goes around comes around.Hari ni kita buat orang esok lusa orang buat kita balik.Mudah kan?..Itu saja prinsip akak dan akak memang sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria dan seboleh mungkin jauhi sifat riak,mementingkan diri dan berlagak pandai.Kalau tak tau kata tak tau.Jangan cilok cilik sini sinun bagai.Eh!!!!! melalut2 dah ni..
Okay2 berbalik pada resepi akak hari ini,akak ambik resepi dari buku kak chef hanieliza menerusi buku kuih muih minum petang.Saya minta izin untuk letak di sini ya kak liza buat rujukan saya dan keluarga di masa hadapan.



Kuih Keria
by
anymz mykitchen
Resepi: kak Chef Hanieliza

Bahan2

500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula-akak guna 3/4 cawan gula
1/2 cawan air

Cara

Keledek di buang kulit dan di potong kecil
Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
rebus hingga lembut.
Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat.
Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak.Masak bahan salutan gula  hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih.
Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan


18 comments:

Cheq Sue said...

salam kak anim... saya pun kadang2 rasa jugak macam kak anim cakap tu...tapi biarlah apa orang nak kata, yang penting dalam hati ni. :)

kuih keria ni arwah atok memang suka sangat. kalau saya x berapa sebab macam pelik je bila gigit gula tu... he he he

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Biar la apa org nk kata Kak
Janji kiter tahu niat sbnr berblog ni
Mmg x mampu puas kan hati semua
Ganbare née

P/s:: suker bangat kuih keria...fav Ayu tu ngeee

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Anim,
betullah kata akak tu, jngn pedulikan sangat cakap2 yg bisa merosakkan fikiran kita..kita buat je kerja kita, hanya Allah swt saja yg tahu niat kita sebenar..moga akak terus berblogging dan berkongsi ilmu masakan yg sedap2 tu..moga dngn berblogging ni kita mendapat manfaat darinya...

aritu anak bujang yg kat oberC tepon yatie tanya resepi kuih keria, kuih kegemarannya tu..yatie pernah buat tapi tak pernah n3 lagi kat blog..tu yg dia cari2 tak jumpa, tulah kak, dngn adanya blog mcm nilah berguna bagi anak2 kita dan anak2 di luar sana utk mecari dan mencuba resepi yg di inginkan....bila tngk kuih akak ni, teringatkan anak kat UK, rasanya nak wat gaklah kuih ni..sedapkan...

Nazrah said...

Salam Kak... kita tak pernah buat kuih keria lagi... nanti kalau ada keledek boleh la kita cuba...

izahdaut said...

Ala kak nim.. Teruskan lah berblog. Resepi2 akak evergreen. Dicari2 dan mmg disukai. Bior le sore2 sumbang tu kita biarkan pergi bagai angin lalu. Amboi lama tak komen kat sini, mula la nak buat ayat sastera lak kan. Ikii.. Kak nim, tidak ku sangka kulat kukur dibawah itu. Kalau kat tmpat saya panggil kulat sisir. Bukan ler disebut cendawan. Mmg feberet saya n cik abg. Baru2 ni blajo ngan mak mertua nak masak. Sblum ni mcm xkompiden. Pastu kalau jumpa kulat ni mesti beli punya. Sedap dari gulai lemak ayam lagikan kak nim. Nostalgia kulat tu, sbb kecik2 dulu slalu tolong mak kutip kat kebun getah. Dulu2 besungut gak, sbb kena kutip makanan yg tak gemor. Hehe.. Skrg je baru pandai nak mkn kan.

Ok berbalik pada kuih keria lak. Hmm tekak mmg trasa2 nak makan kuih ni 2,3 hari lepas.. Huhu.. Pakat tengok n telan air liur jela kan kan kan..

Ok berbalik pada keria lak.

izahdaut said...

Mcm ada perenggan yg diulang2 di atas. Hahaa

Nieza said...

Assalam kak Anim cyng, nape akak pun nak pencen berblogging juga ke kak?..wah semakin sunyi dah sekrng blog mskx2 ni...saya pun sampai masanya akan mengundur diri juga kak. Berblog ni pun sekadar suka nak isi masa lapang dirantauan dalam masa yg sama nak simpan resepi tak ada nak kejar populariti pun..apapun sangkaan org pada kita biarkan aje kak yg penting Allah tahu keikhlasan hati kita..ehh pjng lak karangan hari ni..hehe

berblk pada tajuk kuih keria pulak...kuih ni memang suka mkn tapi rasanya sejak mai finland ni baru sekali ke 2x jer buat...lama dah tak buat teringin la pula:)

K.Nor said...

salam k.nim sayang.. sama jer kan perasaan kita sbg blogger masakan ni..apa yg nor rasa sama jer cam k.nim rasa.. tu tak termasuk lagi sindiran, perli dr kerabat sendiri bila tau nor berblog.. sbb tu nor tak beritau langsung dia org yg nor ni blogger. tp at last dia org tahu gak tu pun lepas setahun lebih usia blog nor..

takper la k.nim.. Allah maha tau apa yg tersurat lg tersirat dlm hati hambaNya kan.. jom kita pegang pd nawaitu kita tu ya... :)

ehhh.. sang mekyung turun arini dr kayangan ya.. mengomen bukan main panjang lg tu.. hehehhee

cik cek said...

Kak Anim....

Pedulikan apa org nak kata...yg penting berpegang pada prinsip yg ada pada kita....just be happy...:)kan Kak Nim....
Nak ngendeng kuih keria kak NIm ni...ado lai ko....nampak sodapppp...

Anna Qawina said...

kak NIIIIMMM..hai..awat nak berundur? takmola gitu kak..dak besh nanti...teruskan blog akak ni, lantakle pao nak dikato..janji kita sennag hati dpt menyumbang ilmu buat org lain..
err...mcm kak Nor kata tuh..saya ni, somi pun baru tahu saya ada blog, lps gader2 rumah Izah ritu..wakakakaaka..meh gelak pagi2 buter..
haa..keria...saya tak prnah lulus buat..huhu..nnt nak g makan umah kak Nim..okies??

Amie said...

kuih tradisional ni memang taklekang dek hujan tak lapuk dek panas....evergreen sepanjang zaman ye Kak Anim! teruskanlah perjuangan kita memartabatkan resepi warisan dalam dunia masakan tanahair!

quinnie said...

sedapnya kak anym kuih keria...kuih fav saya ni..kalau buat lepas satu2 duk masuk dlm mulut..hehhehe.tapi lepas tu berangin badan..hhehhehe...

quinnie said...

lupa pulak..agaknya jeruk maman yg akak beli tu dia dah peram byk hari tu kot kak...tu yg bau dia busuk skit...dia memang gitu lagi lama peram lagi naik bau dia dan masam skit...hehhehe..tapi yg tu la yg saya suka pd jeruk maman ni...kkekkeke

yg saya beli tu pakcik tubaru buat..rasa pun tak masam sgt lagi....lain kali nak beli cium bau dia kak..masa saya beli tu tak berbau pun jeruk nya....:)

Ros said...

salam Anymz,

Terasa hati kat sapa pulak ni Anymz....?biasa la kan perangai manusia ni,macam2...biar pi lah apa yang depa nak kata ,mulut orang ni bukannya boleh ditutup.jalani lah kehidupan kita seperti sediaka,sentiasa ceria dan jangan lupa kat allah...hanya allah yang mengetahui hamba dia,jadi ingat kat dia sudah....

anymz said...

to cheq sue
ala rugi lah kalau tak suka kuih keria ni sue.sedap tau kuih muih tradisional ni..:))


to ayu
mmg ayu,kita tak boleh nak puaskan hati semua org..meh ambik seketul kuih keria ni..makan sambil minum teh o kurang manis.:)))


to yatie
itu lah niat sebenar akak masa mula2 berblog dulu.blog masak2 ni boleh buat rujukan untuk anak2 andai diorang duduk jauh di perantauan.Atau sekurang2nya bila masing2 sudah berumahtangga mereka tak payah susah2 nak call kita tanya rsepi itu ini kan?..
Akak mmg sudah lama pekakkan telinga dgn ckp2 kosong org ni yatie.maleh nak pikir apa org cakap.buang masa aje kan?.


to nazrah
jgn lupa cuba ya.kuih muih lama2 ni sedap tapi manis la sikit kan?.


to izahdaut
hamboi mekyung 2 dah turun dari tgkt 17 ya..hati2 ya jgn jatuh.baru lagi tu..
insyaAllah jah akak takkan berhenti cuma akan berhenti sementara atas sebab yang tertentu.ijah tau sebab apa kan?..kalau tak tau pun buat2 tau ajelah ya..maleh pulak nak mention kat sini.Dah tiba masanya nanti akak umumkan lah ya.huhu
ha'ah sedap cendawan tu kan?..kalau akak jumpa lagi di pasar tani akak beli dan simpankan untuk ijah..:))

eh!asyik belikan dan simpankan aje nih.Bila nak dtg ambik nih???
hahahaha

anymz said...

to nieza
rasanya lamvbat lagi akak nak pencen ni nieza.saja nak emo sikit.takde maknanya akak nak layan ckp2 org ni..buat rugi masa kita je kan?..
mekaseh nieza atas galakan dan nasihat..:))

anymz said...

to nor@secubitgaram
ya lah nor..mekyung turun dari kayangan di sertai dgn hujan ribut dan kilat sabung menyabung..hehehe

perasan blogger masak2 ni rasa2nya semua sama aje kot kan nor?..
Itu lah akak mmg buat bodo je dgn ckp2 org.tak kuasa nak layan.baik sibukkan diri aje..betul tak nor.


to cik cek
dah lamo habih dah kuih ni cek..sodap bona.cubo buek pulak.ikut resepi ni mmg menjadi ajo.:))


to anna qawina
ko biar betul ana..macam mana ana selalu dok depan lappy hubby tak tanya apa2 ke..ni akak nak gelak ke nak sekeh pale ana ni?..melampau tul ummi syifa ni tau..

eh cuba ikut resepi kak liza ni.selalu akak buat menjadi aje.


to amie
insyaAllah amie.terimakseh ya..perjuangan akan kita teruskan demi masa depan anak2 bangsa kita.cewah berjiwa patriot pulak.hehe

anymz said...

to quinnie
dulu2 akak pun macam tu jugak.kalau makan keledek ke mesti berangin satu badan tapi skang ni akak dah pandai..kalau makan tu akak makan untuk rasa2 aje..kalau ambik byk2 dah jadi satu penyakit pulak.


to ros
tak terasa pada siapa2 kak ros..ter emo je sikit..hehehe