Tuesday, 15 November 2011

Murtabak Pratha

Assalamualaikum

Dan Selamat Tengahari buat semua..Masak apa tu?..Dah makan tengahari?..
Hari ni akak keluarkan menu dinner akak malam tadi.Murtabak pratha yang mana resepinya sudah agak lama terperap dalam list akak tu hah..Baru malam tadi akak berkesempatan membuatnya..Bila dah makan tiba2 rasa kenyang dan menggemukkan..Adehhhhh..terus puasa hari ni..Haippp jangan ingat akak puasa sebab nak kurus ya.Salah nawaitu kalau macam tu tapi selain dari akak berpuasa ganti kita di galakkan berpuasa demi kesihatan kita ya..Bila dah berpuasa tu sudah semestinya  pemakanan kita terjaga..insyaAllah...
Meh kita tengok resepinya yang akak ambik dari mekyung1 Mas@Duniaku..Entah bila lah nak sembuhnya mekyung tu..mmg sedang melayan perasaan betul gamaknya tu ya..mekyung dua pun tak muncul2 jugak..Ada mekyung 3 ke kat sini?Angkat tangan..nanti akak bagi hadiah...wakakaka...







Kira kalau musim hujan begini memang sesuai sangat lah menu ni.
memang sangat2 mengenyangkan..Akak goreng sedikit garing.Suka macam tu.
Sedap




Murtabak Pratha
by
anymz mykitchen
Copy Resepi : Sitimariam@myresepi
Bahan :
  • 2 keping Roti Paratha
  • Daging@isi ayam - potong kecil-kecil@cincang
  • 2 biji Ubi Kentang - potong dadu
  • 3 @ 4 sudu makan Rempah kari
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • Garam,Gula
  • Air
  • 2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha
Kuah bawang merah :
Bahan :
  • 1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
Untuk buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Cara membuatnya :
  1. Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  2. Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  3. Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  4. Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
  5. Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
  6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
  7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan.
Saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan.

9 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

perhhhh rasa mcm dok kt kedai mamak ni....sedapnyer....last buat murtabak masa buka posa hari tue...lama khen...dasar pemalas dah skrng ni akak oiiii....kasi sket mood rajin kat ayu ni ngeeee

HomeKreation said...

Kak Aniiiiiiim,
Kat Sarawak takda murtabak sedap! Nak buat sendiri pun tak sempat! Hantor ler kat Along seketoi!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Nim..
Kak Nim, Naz le jadi mek yung no 3..hahaha.. Tak de lah.. Tunggulah Hani beso sikit lagi..
Kak, smlm dah tgk puding kasih bertaut yg akak buat tp tak dpt komen. Teruk sgt line internet di sini semenjak musim tengkujuh tiba ni. Tq yer sudi cuba puding tu dan tq gak sbb letak link blog Naz kat situ..

Hujan2 kat sini kan, porut lapo jer kak Nim. Dapat murtabak ni panas2 best ni.. Haiii..jgnlah berat badan Naz naik tanpa sedar..hehehe..

umi said...

salam kak anim, amboi hujan2 mcm ni mmg syok makan murtabak garing ni kan? terlir..ada lagi ke?

cik cek said...

Kak Nim...
Potang2 ni jenjalam menyinggah kek sini kojap...dapek makan murtabak sodap ni kan...:D

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
wah ada murtabak ler kat cnie... lamanya dah x makan murtabak... lst makan puasa ari tu beli kat bazar ramadhan... sedapnya nie akak... rajin akak buat yer... nak ckit... :)

Liza said...

salam kak anim...sedap jer nmpak murtabak tu...ada lg tak? hihihi
nnt liza pun nk try buat jugak la...thnx yer kak...

INA said...

Salam Kak Anim...kat KL pon ujan skrg..bila tgk murtabak akak tu buat perut saya lapar lak..nak minta dah habis ye..

Anna Qawina said...

kak..saya makan pizza je, murtabak tolak tepi..kekekee..

**Buat2 pekat tu sama ke ngan buat2 tak tahu? lailailailaiiii,...