Tuesday, 8 November 2011

Mutton Masala

Assalamualaikum semua

Okay..sudah2 lah kita nengok kek lapis yang tak berapa nak menjadi lapisannya tu ya..Akak tak kisah dan tak malu tepek kek lapis yang tak menjadi tu.Itu sebagai kenang2an akak sefamili.Jangan lah kita tepekkan yang indah2 je kat sini kan?..Letak juga kejadian2 yang tak berapa nak menjadi.
Mana tau suatu hari nanti ini juga boleh dijadikan  sebagai panduan dan rujukan buat ahli keluarga lain yang ingin belajar buat kek yang serupa.Bila tak menjadi mereka juga boleh belajar kenapa dan bagaimana.TerimaKaseh pada Along@HomeKreation yang tak jemu2 mengajar.

Okay hari ni akak letak resepi mutton masala yang akak ambik resepinya dari rumah Nor@SecubitGaram.Nor pulak ambil dari rumah Love.Lagi sekali ribuan terimakseh akak ucapkan buat kedua2 teman yang sudi berkongsi resepi  yang sedap ini.

Akak pernah jumpa resepi yang sama dari majalah Jelita beberapa tahun yang lalu tapi resepi dari majalah merujuk pada sotong berempah.

Suatu ketika dulu akak memang pengumpul resepi2 dari majalah yang tegar.Sejak dari zaman 70 an lagi.Masa tu mana ada internet.Sekarang ni semuanya senang kan?Nak masak apa kalau tak tau google aje..semuanya siap di hujung jari.Tinggal lagi antara rajin dengan tidak aje.
Sebab tu majalah di rumah akak ni kalau di himpunkan akak dah boleh buka satu arkib majalah namun akak tak membazir begitu saja.Sebahagian majalah akak hadiahkan pada klinik2 atau badan2 yang memerlukan dan sudah tentu resepi2 di majalah telah akak koyak dan simpan dalan satu kabinet khas di bilik tidur akak...hihihi
Nor dan Love akak minta izin untuk letak resepinya di sini pula ya.



MUTTON MASALA
by
anymz mykitchen
resipi : Love2cook

Bahan-bahannya :-

1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan
1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai -----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-

Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang.
Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya.
Kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul.
Padamkan api. Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...


9 comments:

Acik Erna said...

anim tak makan daging kambing tu kan..tolong masak kan untuk adik2 anim makan yo kan..

anymz said...

to acik erna
hehehe...jgn risau kak...se tak makan pun cumo raso yo...boleh kan?.kan?

Yatie said...

uwaaaa nmpk sungguh menyelerakan, nampaknya yatie nak masak daging mcm ni gaklah..terliur je tngk..

Liza said...

Salam kak anim...sedapnya nmpak dgg tu, cicah ngan roti pun sodap ni...hihihi

Ros said...

Salam anymz,

Daging banyak la ni..boleh Kak Ros mencuba resepi ni nanti...daging lembu boleh jugak ka..?

Citarasa Rinduan said...

kak anymz

thanks atas kata2 nasihat dari kak..
sangat terharu..
dan untuk daging tu..
rasanya ayu tak boleh nak merasa..
adoiiiiiiiiii terliur...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Thank you for trying the recipe kak!!! Resipi ni asalnya dari Mak love...love tambah kebanyakkan rempahnya. Hehe..

Thanks again! ;)

rahel said...

Mat malam Anymz..
bestnye nampak mutton masala tu..belum pernah rasa lagi..hihi.

Oh ya..mekaseh sudi singgah n follow dapur Rahel.

Rahel pun dah follow blog Anymz.

Yati said...

Cicah dengan capati pun sedap ni, Kak Anim. :)