Sunday, 27 November 2011

Ayam Kung Pao Lagi


Assalamualaikum semua

Salam Maal Hijrah buat semua teman2 beragama Islam yang berkunjung ke mykitchen hari ni.
Kita menyambut tahun baru hijrah pada hari ini.Semoga kita semua menjadi lebih baik dari semalam dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.Berhijrah lah ke arah kebaikan.
Hari ni cuti.esok pun cuti.Ada yang buat majlis walimatul hari ni.Begitu juga jiran akak.Tiap2 minggu ada orang kawin sekarang ni kan?.
Akak masak ayam kung pao je.Masih lagi tinggal bertiga saja di rumah waktu ini.Akak masak ayam kung pao khas buat wazir sebab kami berdua akan makan di rumah orang kenduri.Resepi akak ambik di rumah CMG..Pernah buat ayam kung pao ni suatu ketika dulu di SINI.Memang sedap dan jangan lupa letak gajus di dalam masakan ini ya..Itu yang buat sedap tu..:)


Ayam Kung Pao
by
anymz mykitchen
Sumber CMG



BAHAN-BAHANNYA 

2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan 
toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kerin
g2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...

8 comments:

Kazman & Sue said...

kami ucapkan selamat menyambut maal hijrah sekeluarga.....

Ummi said...

Assalam Anim, Salam Maal Hijrah...waaah x puas berkungpao kat Daiso Puchong tu eh..blk rumah kungpao kan si ayam ni pulak...hehehe.. Nanti bila2 kita janji dan berkungpoa kat mana tuh, Pantry Magic??? eehh...hehhehee.

Puan Ros said...

Salam Maal Hijrah.Anak2 dara kita suka ayam ni.Dah lama tak buat.

Amie said...

seronoklah kalau musim kenduri kahwin... selalu gantung periuk... he he hehh..memang sedap bubuh gajus dalam ayam kung pao tu ye Kak Anim...

Ros said...

Salam Anymz,

Salam Maal Hijrah,semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun yang lepas kan...semoga allah memberkati kita..sedap nampak menu ni,nanti Kak Ros nak try boleh nooo.......

rahel said...

Salam Kak Anymz...
klu dah selalu buat tu bermakna sedap la..kan3? hehe.

Citarasa Rinduan said...

salam maal hijrah buat anymz skrg..

wahhhhhhh...
bestnya ada resepi ayam..

nak kata ayam kicap, tapi ada kelainan, nak kata paprik, tapi kering. harus ayu try nie..

.:hana radzi:. said...

aslkm..sy nak jemput tuan blog & kawan2 utk join my 1st GA.. :)