Monday, 28 November 2011

Koktel Kastad Istimewa

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru,dengan azam yang baru dengan cita2 yang baru dan semoga dosa2 silam kita tinggalkan dgn sejuta keinsafan dan berjanji dengan diri agar perkara2 yang tidak baik tidak lagi kita ulangi.Semoga hijrah dan harapan kita di tahun baru ini di perkenankan Allah swt amiiiiin

Orang yang bekerja masih lagi bercuti pada hari ini.Akak buat kastad koktel ni semalam.Balik aje dari rumah orang kenduri terus bancuh kastad ni.Wazir dah tak tahan sangat nak makan katanya,walaupun pada ketika itu hujan turun mencurah2...hahaha..org makan masa sejuk wazir makan masa kuah kastad tu masih panas lagi..Dah teragak sangatlah gamaknya tu.Resepi akak salin terus dari rumah Nor@SGN67.Dah selalu buat kastad koktel ni cuma baru kini akak berkesempatan ambik gambar dan masukkan resepi.
TerimaKaseh Nor dan Mrs Shieza.Sedap ni you all cuba lah ya.Memang di akui semenjak dua menjak ni akak byk ambik resepi dari rumah Nor.Nak habiskan resepi2 dari rumah Nor yang dok bersawang dlm draft tu kan.hehe..InsyaAllah nanti akak cuba pula resepi2 dari rumah kawan2 yang lain pula.Kena ikut turn ni..fuuuuuuuuuh...jenuh nak kurangkan list yang berjela2....


KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
by
anymz mykitchen




Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak




utk kuah custard:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla 
~ k.nor letak 1 sudu jer-akak juga


satu untuk awak

satu untuk kita


Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

15 comments:

tun_telani said...

morning kak anim!! tgh sejuk pagi2 nih, nampak cocktail kastad pulak. kalau buat custard camni, mmg nnti selagi x habis, adik2 tun duk2 berulang2 buka peti je.

Amie said...

selamat pagi Kak Anim cayangggg..., mulakan pagi ini dengan senyuman ye Kak Anim, insya-Allah sampai ke petang hati terus gembira... he hehehhh
tambah ligat kakak di dapur ye, mudah-mudahan banyaklah lagi resepi yang boleh dikongsi bersama... banyak juga bahan dalam cocktail castard tu ye kak..mesti sangat sedap! Amie minta satu ye...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

suker suker suker
kalo summer mmg ayu bikin dah ni
winter tekak tak rasa plak nk mkn mcm ni....semua nk panas2 jer...
ni mmg fav ayu la

K.Nor said...

mmg best ni k.nim.. anak2 nor kalau buat banyak mana pun mmg gerenti licin punya duk pulun makan. along dah pandai buat kat jordan .. mmg geng2 dia semua suka

rahel said...

Salam Kak Anym...wah pepagi dah ada koktel kastad...nyum nyum nyum...nyamannnn..

Kazman & Sue said...

sedap sehingga menghirup mangkuk....slruuuppp....

Yat Maria said...

Kak Anymz

ni salah satu menu yg sedap & senang nak buat :)

maz said...

Slm kakkk...ada lgi ke yg lebih pding tuuu...nk sglns jee..utk kita sorang..muahhh..anak2 xmknn...tu yg jrang mempding ni...Salam Maal Hijrah utk kak sklrga..

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh sedapnya

ady said...

as-salam kak anymz
uiyyooo..ni yg best..mkn sejuk2..sedap!!!

dZana said...

aslmkum k anim.. buah2 mkn dgn kuah kastard.. sedapnya kak..

Anna Qawina said...

hamboii..takkan satu je tuk saya? awak punya tu bagi jela kat saya..hehe..
uih..cantiknya bekas kuah tu, ala2 aladdin punya xsesori tu..hehe

Ros said...

Salam anymz,

Kalau Kak mai kat sini ja terus perut Kak Ros jadi lapar,menitik nitik dah air liur kak Ros ni ha.....nanti Kak Ros nak cuba buat,nampak sedap sangat...

Ummi said...

Anim, kita nak jugak...sekali kirim dgn bekas sos tu eh...cantik...hehe, kita punya bekas putih plain gitu jek...hahaha

ummiross said...

sedapnya, nanti boleh cuba gak ni..