Tuesday, 8 March 2011

Marmer@Marble Chiffon Cake

Assalamualaikum semua..
waaaaaah!!..hidup jadi sungguh ceria hari ini..
Ini adalah percubaan akak yang kelima..ulang lagi sekali yang kelima okay..tak malu wey akak umumkan di sini..belajar dari kesilapan..puas hana tunjuk ajar pada akak yang sudah beku otak nih..namun putus asa jauh sekali...cuma mengambil masa untuk pujuk2 hati ini..akhirnya menjadi jugak..terimakaseh pada sifu hana yang tak jemu2 mengajar akak..besar pahalanya tu..walaupun dok jauh tambahan mengajar akak yang otak semakin lembap dek penangan ubat2an,akhirnya membuahkan hasil jugak..rupa dia korang toksah cakaplah..untuk permulaan ini ada yang senget..sbb tak sabar nak potong.lepas tu marblenya tak berapa nak menjadi gara2 akak kecut perut tgk adunan dah memenuhi acuan.(takot tak muat)
Jom tengok resepi yang akak ambil dari rumah hana dan rima ni..terima kaseh kepada kedua2nya..
Yes a biiiiiiiig smile from kak animmm....:)



Marmer @Marble Chiffon Cake
by anymz my kitchen
source:RIMA
source:HANA


Bahan-bahan

Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula

Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.


bagi sesiapa yang dah expert mencipon tu,akak nak tanya
pass tak dah ni?kalo persepuloh tu,berapa akak dapat agak2nya ya.


gelojoh mensisip,sampai ramping pinggang cipon ni..

korang tunggu je lah ya.lepas ni lepas satu,satu cipon kuar.haha
dan akan akak nyatakan apa kesilapan yang telah akak buat hingga kek akak jadi bantat dsbnya.


15 comments:

Nieza said...

kak anim, gebusnya chiffon akak ni...nieza lum cuba menchiffon lagi kak...nanti nk cuba jugalah...betik kat bawah tu pun nampak sedapla...tak pernah buat lagi mcm tu.

Deliah's Deli said...

tang ramping tu yg cun kak :) sedapnyer kak..klu nak 5 keping blh ke..nk bt, entah bila jdiknyer :)

hana said...

tahniah kak tahniahhh... dah naik tinggi dah tuh lg cun sbb ader pinggang ramping! tuh ikut tuan la tuh duk gelek2 joging ari2.. nyamfah tau!! hihi.. segala bulan dan bintang kiter bg akak! besok2 klu buat lg cung kiter bg ngan planet marikh skali.. hihihi.. mmg nmpk gebus kek akakk. kiter pulak yg terasa nk buat lagikkkk aiyyakkk

anymz said...

to nieza
ya ka?..senang rupanya buat cipon ni nieza..cewaaaah..mentang2 kali ni menjadi bukan main eksyen akak lagi kan?..hehe

Zaliedana said...

Assalam kak anymz,ok la tu kak,dah jadi le,nmpak gebu jer,resepi nih mmg gebu n lembut jer kan kak..Kak,sy up ckit 10++,coz pinggang ramping,muahaha..

anymz said...

to deliah's deli
eh!sedap lah del..memang sedap cipon yang sendiri bikin ni rupa2nya..baru akak tau..padanlah mas duniaku itu asek mencipon jek..mas punya pasallah ni yang buat hati akak jadi gundah gulana tau..hehe

psst..jgn bg tau mas ya..ngeh3

Muzhirah said...

kak anim....kalu sy tak tau la kali kebrp nak perfect cket...berjaya akak....

anymz said...

to hana
yeehaaa..suka..suka..maceh hana atas tunjuk ajar..kalo tidak asek sedeqah kat ayam jiran tu jek..
lepas ni nak buat betul2..takmo gelojoh2 lagi..kena banyak sabar..tadi terkejut sbb tgk elok je dia naik..

akan akak pastikan ,pasni planet marikh berada dlm genggaman ku..
muhahaha..gelak vangga diri nih.

Mas said...

akak....tahniah..tepuk tangan kat kak anim..
dah pandai dah mencipon..
lepas ni boleh buat selalu..
seronok kan bila cipon menjadi elok...
mesti gian nak buat lagi....
dah lulus tu kak,..he..he..
mas pun baru jer lulus mencipon...muahaha..

anymz said...

to zaliedana
hahaha..tang pinggang ramping tu payah nak ckp lah ana..ce tgk dua2 belah sekali ,melengkok elok je ke dalam..nyamfah akak tgk..hehe
maceh ana..:)

anymz said...

to muzhirah

usaha tangga kejayaan..muhahaa..betulll..caya lah..jgn putus asa..selalu akak ni kan..selagi tak menjadi tu selagi itu lah akak cuba..buat sampai dapat..yg heran masa kat sekolah dulu takde pulak semangat cenggitu..hehe

Yatie said...

Assalam K.Anim,
Cantik gebulah kek chiffon akak ni..tahniah kak menjadi keknya..klakor pulak bila Hana kata pinggang ramping kek tu.....buat tersenyum je telatah akak ni...suka tau..

anymz said...

to mas
terima kaseh mas..ini semua mas punya pasal..gara2 asek kuar post cipon jek..terganggu betul akak di buatnya tau.hehe

anymz said...

to yatie
terima kaseh yatie..ya la cuba lah yatie tengok cipon akak tu..tak ke pinggang dia kiri kanan melengkok ke dalam?..hehehe

TopsyTurvyMum said...

salam ka anymz,
saya mencipon jugak semalam..sama la resepinyaa...
dah ler 1st time buat, dah siap...taktau nak taruk dlm bekas mana..last2 buat 2 bekas.