Saturday, 5 March 2011

Apam Balik

Assalamualaikum semua
Masa entri ni ke udara akak sudah pun berlepas ke Pasar Tani..ada sesiapa nak kirim apa2?.
Mulanya plan takmo pergi tetapi memandangkan minggu depan sekolah sudah mula bercuti dan akak pun akan memulakan percutian jadi terpaksa lah akak gerak jugak hari ini untuk memenuhkan stok dalam freezer tu.
Resepi akak ambik dari rumah hana yang sedang bersiap2 nak balik ke mesia..terima kaseh hana atas sumbangan resepi..bagi akak apambalik versi ni lebih berasa seperti pancake tapi cukuplah bagi para perantau yang berada di luar sana untuk melepaskan rindu pada apam balik.ya tak hana?
Apa2 pun meh tgk resepi sebagai rujukan di masa2 akan datang.



Apam balik
by anymz mykitchen

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum-SRF lebih baik
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning-
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar + akak tambah sedikit jagung dlm tin utk tabur

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!








11 comments:

izahdaut said...

kak anym..kim apam balik lembut 2 keping.. tingat arwah abah kalau gi pekan sari, mesti bawak balik apam balik.ooo rindu kat arwah

Mas said...

amboiii..sedapnya apam balik tu..
mas suka letak jagung dan kacang lebihh...sedappp oo0....he..he..

LinRosly said...

Assalamualaikum Anim...

Ampam balik tu ada lagi tak? Kalau ada tinggalkan utk Kak Lin yer....hehe

Anna Qawina said...

kak Anym...apam tak balik2 ni canne? dah pesan soh balik awal nak wat minum ptg tp tak balik2 lagi..hehe...try campak sikit skli ngan pinggan tu....duit bayar taun dpn ek..

Lady of Leisure said...

sedapnya kak anymz, apam balik ni best bila boleh buat sendiri sebab boleh letak kacang dengan jagung banyak2 kan hehe

Hann said...

sedapnya melayan tekak petang-petang dengan spesis macam ni. bak kata lady, boh bahan banyak2 lagi lah sedap..

Uncle Lee said...

Hi Anymz, I have always loved these. Pity can't get it here.
Used to buy them at Chow Kit Road old days.
Looking at your pics, I think tiga keping will be fine with me.
Ada iced kopi? Ha ha ha. Yours look very garing....I think bila makan ada bunyi....
Have fun and keep well. Lee.

fara dean said...

ksk ..
nsk sekeping..
sedap d mkn ptg2 ni..sambil minum nescafe

anymz said...

to izahdaut
memang bila ada makanan yang buat kita terkenang pd seseorang yang sudah tiada hati jadi rinduuuuu sgt kan?huhu


to mas
bila kita buat sendiri memang semua kita leh letak lebih kan mas kan?


to LinRosLy
dah habis dah kak..hehe..masa tu jugak habis.dah kita buat tak banyak cepat la ngap habis licin masuk mulot.hehe


to anna
pinggggggggg..oppps dah ko suh akak baling habis kena dinding dah anna..camno ni???
takpe lah nanti akak pesan suh balik.hehe

anymz said...

to lady
itulah kelebihan buat sendiri kan lady?.semua kita letak byk2...hehe


to hann
minum ptg dgn nescafe panas,pasti terangkat kan?..


to uncle lee
yup uncle it will sound like this
kruppp..krappp..krupp..krappp..
hahaha
thnx for dropping by uncle


to fara
meh nescafe secawan dulu.hehe

Yati said...

Yati suka apam balik! Hmm... sedapnya! Kalau kat pasar malam tu, dia buat nipis sangat. Kacang dengan jagung pun tak banyak.