Tuesday, 1 March 2011

Kepah Goreng Berlada


assalamualaikum semua.
Tengah sibuk menghidang makan tengahari buat anak2 yang balik dari sekolah ya..
Hari ni akak masak simple je..kepah goreng berlada.hasil skodeng dari rumah Lady
Tak sempat nak menghias bagai kepah ni.nak cepat ni.(baik punya alasan kan).

Sekejap lagi nak keluar..ptg2 atau mlm baru akak dapat buat bw..
Jemput lah makan ya..jangan malu2..buat macam rumah orang..dah makan tolong cuci pinggan sendiri ya..


kepah goreng berlada
by anymz my kitchen
source:LADY


Bahan-bahan:
1kg kepah - bersihkan
1cm belacan - tumbuk
5-6 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili kering mesin/cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu sos cili
7-8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - hiris setebal 1cm
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa




Cara-cara:
  1. Tumis serai, cili padi, bahan tumbuk dan cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula.
  2. Masukkan kepah dan balik-balikkan. Bila hampir masak cengkerang kepah akan terbuka dan mengeluarkan air. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.

10 comments:

zarin said...

lohhh kepah ke namanya? saya panggil ni lala.. baru kejap tadi makan masa lunch tapi makan kat kedai ye! kikiki tk masak hari ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

as salam kak anim...arini k.anim msk kepah..atie lak masak kerang..hihi

Mas said...

sedappnya lala...
kalau dapat kat mas, ratah macam tu jer..
baru puas makan..he..he..

izahdaut said...

bestnya lala masak cenggini...
eh ni lala kan?

K.Nor said...

eh.. tu lala kan k.anim? kepah besor sket dan kulit dia tak ada retak seribu gitu kan.. tak kisah la kak.. janji sedap hehe

anymz said...

to zarin
jap..jap..pusing kiri pusing kanan..
ha'ah la lala...kepah kulit dia lain..
takpe lah kan janji adik beradik kerang..kuikuikui...


to azatie
ya ke atie.?
meh..meh..kita tuko lauk..
lauk utk mlm ni la..tghari dah berlalu..hehe


to mas
memang akak ratah2 je ni mas.meh join sekali.tapi ambik 2 ketui je tau..tgh kedekut ni..kekeke

anymz said...

to izahdaut
ya la lala atau yang sewaktu dengannya..kes silap le ni,gara2 nak ikut lauk lady kita tu..tak kisahlah kan..lg pun kalo akak masak ni org tu tak anto pembunuh upahan..selamat aku....hehe


to knor
itu yg terkonfius kejap tu nor.selalu akak beli lala kulit dia nipis sikit tapi yg ini tebal pulak...takpelah kan nor,janji adikberadik kepah gak ni kan?..kan?..sodap lak tu?..

dah okay dah nor?

Umm Mymoonah said...

Never tried this one, but your recipe really tempts me to try some.

Lady of Leisure said...

hehehe.. lady pulak panggil yg ni retak seribu.. kalau lala kat siput yg kekecik tu, yang setengah orang panggil remis tu hehe..
tapi goreng retak seribu gini mmg sedap kan.. :)

Mohd Fahmi said...

Lala bukan laut punya ke,, maaf xbepetau gak,,,, cume nk pasti kn je