Thursday, 17 March 2011

Kembong Goreng Sambal Tempoyak

Assalamualaikum semua..
Minta sorry banyak2..card reader akak menghadapi masalah..nasib baik lauk yang di hidangkan hari ni sempat akak snap dan save sebelum akak bertolak ke Tioman tempoh hari..kira hari ni post tertunggak lah ya..akak copy paste dari dapur CMG je..betul cakap mas,izah dan hasue yang sudah terlebih dahulu menerai resepi ni..memang best giler..kekekeke

macam2 versi kita boleh buat dengan tempoyak ni kan?..janji kena kreatif..ikan bilis pun boleh masak dgn versi CMG ni,eh ikan keli pun boleh gak tau.ramai yang dah buat..janji berani mencuba..kalau sedap on je lah..

kembong goreng tempoyak
by anymz mykitchen

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

sayur campur dgn tauhu jepun
sedap ni.


12 comments:

Deliah's Deli said...

nape la hidang mskn yg sll bt sy kecur..:)))) sambal + tempoyak ngan sayur camtu mmg kena dah gu nyer..:p~

izahdaut said...

akak sayur campo tu pekat je kuah letak tepung jagung sket ye..

anymz said...

to deliah's deli

hehe...mintak ampon lah del..ini lah menu yang paling best sekali kan?..tak payah lauk lain dah.hehe


to izahdaut

ko saja yo kan zah..manyak songeh..soklan apo tu??...tak nak jawap..tak nak jawap....hahahaha

Nieza said...

salam rindu kak anim...hehe sedapnya tgk.. mana nk cari tempoyak kat sini kak....huhu btw suka tahu jepun tu lembut jer...yummy..:)

Zaliedana said...

Kak anymz,wah tayang menu sempoi tuh,baeu igt nak p mkn kat umh akak,rupa2nya menu tertunggak yg dah jadi baja rupanyer,ngee..sayur ngan tauhu jepun tuh pong nmpk sedap kak..

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Kak stok tempoyak ada lagi tak? kalau ada mai kurier kat saya 2 hinggit. Nak siapkan homework ni.

anymz said...

to nieza
ni akak antar tempoyak guna kuasa jet turbo..dusyyyyyyyyyyuuuumm...dah sampai bagi tau ya..huhu..kesian dok jauh2 itu lah pengorbanan yang harus di bayar..kan?.


to zaliedana
hehehe..semua dah jadi baja dah..tak dapat di selamatkan lagi..entah bila lah card reader nak berfungsi atau harus beli yang baru gak nampaknya nih..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg sedapppp..!! selalu mkn nasi 1 pinggan boleh jadi 3 pinggan gara2 ikan tempoyak nih.. nyampah tauu! ngeeeeeee...

ain (sweet thots) said...

sedap menu akak ni. takut sebenarnya kalau masak lauk cenggini ... nnt x sedar tambah nasi 3-4 pinggan. bahaya oo. >_< kita dh copy resepi ni lama dah, sampai la ni, x terbuat2 lg. kena kayuh laju sket ni.

zarin said...

owh! wajib saya cuba nih....sambal tempoyak?? huhu mesti sedap

anymz said...

to madiha
ha'ah lah kan..akak pun terlupa..madiahah pun pernah buat lauk ni kan?..memang sedap lauk2 kg macam ni..mmg nyampah giler kalau masak camni..hancur diet kita kan?


to ain
cepat ain cepat..kayuh laju sikit..
tapi hati2 ya..jgn bila dah buat nanti kayuh kat mulut tu pun laju jugak..tak sedar makan bertambah 4,5 kali..hehe


to zarin
memang wajib hukumnya zarin..jgn lengah2..cepatan..


to kak sam
huuiihh..tak berbaloi aku nak kurier dgn harga dua henggit tu sam....nanti tunggu akak kat tol ya..sebalang akak bagi nih..hahaha

Mas said...

mas suka ikan goremg tempoyak ni..
sangat sedappkan kak anim..he..he..