Thursday, 3 March 2011

Kari Ikan Pari

Assalamualaikum
Satu hari akak tinggalkan blog rasa sunyi sepi dunia...sebabnya tak dapat menyakat kawan main masak2 di sini..rindu arrrrr
Semalam akak memenuhi temujanji utk menghabiskan sesi INI yang ke4..alhamdulillah so far akak berjaya menurunkan berat badan, walaupun jiwa rasa terseksa pada mulanya apabila akak tidak di benarkan mengambil nasi selama 2 minggu.tanpa sokongan en somi memang payah akak nak mengharungi semua ini.sekarang akak sudah di benarkan mengambil nasi tapi dalam jumlah yang di benarkan..takpelah janji haku dapat makan nasi.huhu..tapi serious akak ckp,pd awalnya mmg terseksa utk selama 2 hari selepas itu kita sudah boleh get used to it.sekarang perut ni sudah tidak boleh menerima makanan yang berat2..automatic kita akan ke toilet.(wakaka... sila mencebirkan mulot anda ya)
Hari ni akak masak yg simple2 je dulu..resepi ambil di rumah CMG.maceh mat,kita share resepi sebagai rujukan anak2 di masa akan datang..

Kari Ikan Pari
by anymz mykitchen
source:CMG



BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram kepingan ikan pari
2 biji terung kari (bujur pendek berwarna unggu)-akak guna terung panjang yang biasa
1 biji tomato, belah 4
2 biji cili hijau, belah 2 tapi jgn putus
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari ikan
1/3 cawan susu sejat "ideal"-akak guna 1/4 cawan santan
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh halba campur
1 hirisan nipis halia, hiris halus
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung di buang sedikit kulitnya, belah 2 setiap biji dan belah tapi jangan putus pada setiap belahan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Rempah kari disatukan bersama bahan kisar halus, kacau rata. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi, terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, asam gelugor dan juga terung. Masak hingga terung lembut. Perlahan kan api, tuang susu cair, kacau dan masukkan tomato serta cili belah. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap (jangan lama2, sebab guna susu cair) dengan api perlahan.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti. Kalau nak ganti susu dengan santan pun tak de masalah. Nak letak serbuk perasa pun ok, ikut kesesuian masing2 yeaa...

petai dari pokok sendiri
Ini kes nak berlagak dan sila menyampah ya.
wakakaka


makan petai dengan sambal tempoyak
sila telan air liur
jgn marah hah..


12 comments:

Mas said...

akak..sambal tempoyak tu sedapp bangat la...petai mas tak mo sebab tak reti makan..wakakaka...
kari ikan pari tu, mas terliur betul nengoknya...

Cendana Kasih said...

akak...bukan menyampah tp jeles betul..waaaa,,,ada pokok petai lagi..mcm mana amik buah petai tu? panjat sendiri ke? kehkehkeh....
dulu kt kg saya pun ada pokok petai, tp punyalah tinggi melangit, so kami pandang jer lah petai tu..takde sapa nk offer diri jadi beruk...hehehe

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Kak anymz nak tempoyak tu (sambil hentak2 kan kaki). Kalau akak tak bagi mesti malam ni tak boleh pejamkan mata.

Yatie said...

Assalammualaikum K.Anim,
Syukurlah akak dah ok...tapi mesti beringat2 ya kak bila jumpa nasi...kena ulam petai lagi, tau2 tak sedar dah tambah nasi 2 pingan...kih3...kari ikan pari mmng sedap...terliur je tngk..

izahdaut said...

apa barang ada worang tu tak reti makan petai..ilang sikit nikmat dunia..hahhahaaa..

kak nim...petik dari kebun sendrik ye..sikitt sikitt...saya mmg giler petai..hakhak...sedapppnyaa...memang nyampah betul nengoknya..nak kena upah yang bersiri jugak ni karang..hahahahaa....

tahniah kak nim dah berjaya dapat makan nasi...saya masih blum berjaya untuk tidak makan nasi..akak saya cube 2 hari tak makan nasi, tapi hari ketiga dah kebulur dah..camner tu

K.Nor said...

k.anim, dah berapa kg turun? nor biasa tak makan nasi..pernah tu dlm seminggu 1x jer makan nasi, duk amal selama 2 bulan.. sikit pun jarum penimbang tu tak kesian kat nor.. huhu sedey... rasanya baik tak yah diet kalau gitu kan.. frust :)

Nieza said...

wah tahniah kak anim dh berjaya turun berat tu...nieza pun jarang-jarang mkn nasi ni tapi bila mkn roti/mee sama juga berat lagi naik adala...btw tapau la semangkuk kari akak tu sedap jer nengoknya ...:)

kasihredha said...

huhu
sungguh menyampah melihat petai dan sambal tempoyak tu...
kijam2 sebab hanya memaparkan gambar sahaja tanpa menghulur seikat dua petai tu..hihi

hana said...

salam kak anim bucuk bacinnn... miss u like crazy lahhhh.. bak sini asam pedas tuhhhh petai dua jongkong!! jongkong ker??? wakakakakaa.. huh! sgt jeles bab diet! huwaaaaa

*dr kelmarin nk komen tk lepas2.. fuhhhh

anymz said...

to mas
What????..tak makan petai??
waaah!rugi lah ko mas..satu nikmat dunia tu dah ilang dlm hidup ko mas..
tapi takpe..petai pun makruh..sedap memang sedap petai ni mas tapi akak kalau makan pun cuma 1 ulas je boleh..takut makan byk2 kembong..hehe


to cendana kasih
Upah orang le norma..takkan lah akak nak panjat pulak.huh..tak rela ai panjat memanjat ni tau..
pokok petai memang tinggi melangit tu sebab akak salute betul pada org yg pandai ngambik petai nih..bahaya kan?..

anymz said...

to kak sam
hambik le sam..ada baaaaaanyak(kes berlagak lagi) tempoyak kat rumah akak ni..hehe


to yatie
wualaikummussallam..alhamdulillah..sehat dan fit dah ni yatie..hehe
memang kalau kita makan ada ulam2an ni memang terlanggar diet kita kan?..utk puaskan nafsu makan akak ni kan..akak ambik le nasi 1 sudu,pastu makan ala2 pengantin baru..dgn penuh sopan dan santun..1 suap nasi mau dekat 5 min akak kunyah..haha


to izahdaut
ya la zah kan?..rugi beso si mas tu kan?..eh!izah le untung bahagian petai dia leh akak bagi pd izah kan?..kan?..hah!meh dtg sini ambik.ala bawak keta ikut h/way 1 jam dah boleh sampai kat rumah akak ni zah.

eh zah,kalau ko upah yg bersiri tu camne akak nak bg petai dan tempoyak ni kat ko zah?..cancel lah kalo camtu..huhu
ala boleh punya kalau nak..mula2 tu mmg serik kalau tak dpt nasi..lama2 okaylah.skang ni kan..kalau terlebih makan je mesti senak perot..hehe

anymz said...

to knor
baru turun 3 kg nor..hazab betul timbang tu nak pecah no bersiri akak tu tau..
nor kalau tak makan nasi tapi nor ambik karbo dan gula pun tak boleh jugak.tu sebab berat tak turun2.utk 2 mggu jgn ambil nasi,mi,roti atau sebarang jenis makanan yg bertepung..hah ada berani?..hehe
alaaa..badan nor elok maintain je akak tgk..okay lah mcm tu.


to nieza
betul tu nieza..kena pantang semua.sekejap je pantangnya.lepas tu maintain je dgn berat yg sedia ada.
nah 1 mangkuk kari..makan leklok.baca bismillah dulu.


to kasihredha
hahahahahah(gelak kejam)...

anda mau petai?anda mau tempoyak?
anda kena menyanyi dulu...lalalalalalalalalala...haha


to hana
ooooooo hana..ai missssss you tooo

ko ni na silap tgk ke silap pandang ke atau silap taip..bila masa lah pulak aku masak asam pedas tu..ke kari aku tu rupa dia cam asam pedas?....hehe