Monday, 7 March 2011

Betik Goreng

Assalamualaikum

Pernah dengar betik di buat sayur?..goreng macam kita goreng sayur tu?..bagi sesiapa yang dah biasa buat tu,dok diam2 ya..hehe
Al kisah hari minggu hari tu akak ke rumah parents in law..tengok buah betik dia besar2 betul..besar baby 2 bulan..sorry lupa nak snap gambar.akak minta yang muda sebab nak buat masak lomak dgn ikan masin atau buat masak lomak putih pun sedap juga.tapi MIL kata cuba goreng..lagi sedap..en somi pun apa lagi..ha'ah lah lama dah tak makan betik goreng.akak tanya sedap ke?..diorang kata sedaaaaaaaaaaap..biasa la en somi dulu di besarkan oleh neneknya yang duduk di kg jadi lauk pauk yang pelik2 ni dia cukup expert lah..meh tengok resepi ..simple je..

Betik Goreng
by anymz my kitchen

bahan2

betik muda-kalau kecik ambik 1/2 bahagian saja.
segenggam ikan bilis- rendam sebentar dan cuci bersih dan toskan*
10 ulas cili padi-boleh di kurangkan jika tak suka pedas*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 batang serai-di titik
1/2 cawan air
sedikit minyak
sedikit garam

bahan yang bertanda * di tumbuk halus

cara

betik di kupas kulitnya,di cuci dan di cincang kasar spt dalam gambar
panaskan minyak
tumis bahan2 tumbuk
masukan air
masukan serai
masukan garam dan akhir sekali masukan betik
kacau hinga sebati
gaul rata hingga betik hampir layu.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan..




sedap ni wey..masuk bakul angkat la sendiri.
sendiri masak
sendiri makan
sendiri le puji
hehehe

23 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak xpernah dengaq,nmpak,apatah lagi rasa betik goreng ni kak..Cam menarik jer,asa pedas2 masin eks kak,coz letak cili api n ikan bilis..Kak,nak amk resepi ghondang aym kat bawah yer..Tah la bila nak try tu..ngee.

anymz said...

to zaliedana
cuba lah ana..eh!tak masin mana pun..ikan bilis yg akak guna sesuai dgn jumlah betik muda tu..betik tu pulak manis.akak guna sedikit je garam.dlm 1/2 sudu teh je..

ambik lah mana2 resepi pun dan jgn lupa link kan ke blog akak ya..
cubo lah ghondang siam tu...tak rugi mencuba.

izahdaut said...

Kak anim.. Mak saya suka jugak buat goreng betik gini. Yang pasti kena buat pedas pedas mcm nak jadi sambal dah kepedasan dia. Tapi saya sangat gemar tumis goreg dengan sardin. Kak anim penah try? Ce try ce try.. Hikhik..

Lama dah kak nim tak rasa lauk pauk gini. Gamaknya skrg ni lauk dah mudah nak dapat. Dah mewah. Dulu apa yg ada disekeliling rumah itu la yg jadi lauk. Mcm biji getah pun jadi maknan. Sambal biji getah. Penah makan? Sedap kan.. Miss my good old day.. Agak2 dah 4098 patah perkataan baru nak berenti tulis ni. Erk kopi o tak mo idang ke kak nim.. Ngahhaa

Yat Maria said...

Akak

ni ai rasa cam sedap arr kak..tapikan kat sini betik muda punyalah seksa nak jumpa..jgn kata betik muda, kekadang mangga muda pong ilang lenyap dari pandangan...

anymz said...

to izahdaut
zah, akak sebenarnya baru cuba buat hari ni..seb baik melepasi tahap piawaian..abg jadi juri..akak tak pernah makan sebelum ni..
Eh!zah cubalah try test buat tumis dgn sardin tu..bunyi cam menarik je..ce ajar..ce ajar akak nihah..

tu la pasal zah..menurut arwah mak akak,dulu2 bunga durian pun diorang buat lauk..biji getah tu akak tak pernah makan..mcm2 cerita MIL akak.belalng pun diorang buat lauk..kalau kat akak belalang tu akak buat main race je dgn kwn2.belalang siapa menang dapat hadiah getah..hahaha..

erkkk...kopi dah siap..alamaaaaak..cepatnya ko balik zah..org tgh syok bersembang ni..hahaha

anymz said...

to yat maria
kat spore memang susah nak jumpa pokok betik ke,pokok mangga ke kan yat?..takpelah bila2 free nanti masuk mesia pergi le ke pasar larkin tu,mesti jumpa bahan2 utk buat lauk2 kg.kalau tak dpt jugak akak tggu di tambak dgn seguni betik muda..yat boleh jual kat ayu,mamahawa dan rakan2 blogger dari spore tu..hehe

kasihredha said...

yg dah bese makan duk diam2 kata kak anymz...
akak tak bese makan nak buat bising nih....sure best kan kak..
lepas ni nak kena cari betik mudo lah nampaknya.

Lady of Leisure said...

huwaaa sedapnya.. lady ni nama je dibesarkan di kampung tapi tak pernah makan pun betik goreng ni, uniknya.. biasa makan betik dalam sayur bayam tumis air jer..

hana said...

baru blk mkn2 kat rumah org terasa lapo blk biler sampai rumah! aiiyyakkkkk.. tunggu ko betik! nnti nk suh darwish blk kg panjat pokok betik! kekekekeke... kiter tau msk lemak jerk kak... msk lain tak tau... hihihihi

Siti Suhaila said...

hehe...mak slalu msk...betik muda goreng..tp buh lada itam ckit...mmg sodap...goreng jgn lama2 bru rangup

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Kak anymz (jerit dengan sekuat hati) saya tengah bayar tol ni. Tunggu kat tepi jalan yea.

Mas said...

mas pun tak pernah makan lagi betik goreng,
selalu mak mas buat kari ngan ayam kampung jer....he..he..

anymz said...

to kasihredha
memang sedaplah kak..try la buat..kalo sesiapa yg boleh makan ikan masin,lawankan lauk ni dgn ikan masin dan sambal belacan..memang terangkat punya.laukpauk kg kan memang sedap..hehe

anymz said...

to lady
yang akak tau org2 sebelah utara biasa buat masak bening betik muda ni kan?..atau diorang buat kerabu.

anymz said...

to lady
yang akak tau org2 sebelah utara biasa buat masak bening betik muda ni kan?..atau diorang buat kerabu.

anymz said...
This comment has been removed by the author.
anymz said...
This comment has been removed by the author.
anymz said...

to hana
makan2 last kopek kat jepun tu hana..entah bila lah nak sampai kat bumi nippon tu lagi..

sama lah dgn akak hana
akak pun tau masak lemak je..ni lah baru pandai buat..rasa dia pedas+manis.sedap.sesekali ubah selera tapi kena padankan dgn lauk pauk kg gak..toksah ckp byk lah..balik sok suh darwish panjat pokok betik kat blkg rumah nenek tu ya..hehe

anymz said...

to siti suhaila
kalau masak lomak baru buh lada hitam..mak ella goreng pun letak lada hitam ya..lenkali leh try gak.

anymz said...

to mas
rupa2nya mcm2 kita boleh buat dgn betik muda ni kan mas..masak kari pun boleh?..inilah pestime akak dengar..lain kali boleh cuba.

Anna Qawina said...

kak anim..kelewatan lak saya ni datang, kompom dah habis dikerjakan dek kwn2 kat atas tu yg komen awal2 kan..hehe...
saya kalau betik muda msk sayur benig boh lada hitam campur pucuk manis/pucuk cili api..pernah mkn pucuk cili? sedap tau..hehe..

ain (sweet thots) said...

x penah tau pasal betik goreng ni kak. kalau masak dgn ikan masin tu biasa la gak. nnt bebila ada betik muda, kita cuba lak resepi ni ;)

ady said...

as-salam kak

ni resepi baru ke kak? ady tak pernah makan betik goreng ni...blh cubalah ni....mesti sedap!!