Wednesday, 11 January 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran walau pun sudah agak lewat.Apa nak buat hari ni terpaksa kongsi lappy dgn bgh..Bila awal2 dah bagi can, dia naik seronok pulak..lagi pun petang2 tadi akak ada hal yang tergempar jadi terpaksa bergegas ke Seremban untuk menguruskan sesuatu..InsyaAllah semoga segala urusan di permudahkan.
Hari ni akak buat kek lapis kukus.Sudah lama betul tak buat kek cis ni..Berebut2 makan.Sekejap je licin.Akak terlupa sbb masa buat dulu akak buat adunan kek tu dua adunan.Hari ni akak buat satu adunan je.Tu yang nampak kecik je tu..Walau apa pun anak2 suka sangat lah..Cheese dia tebal kan.Amir balik cuti semester..balik sekejap je sebab dia join Pelapis..so masa Chinese New Year nanti dia takde.Tak sampai hati itu yang akak buatkan kek ni utk dia..esok dia dah nak ke Seremban ke rumah adik akak untuk mengajar matematik pada sepupu2nya..
bagi sesiapa yang belum mencuba tu,cuba lah buat kek ni..Memang sedap kan Yatie?


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
by
Sumber:Yatie


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

CARA-CARA


  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

16 comments:

Amie said...

Assalam Kak Anim,
nampak manis menawan warna kek tu... sedap ni kalau dapat sepotong dengan secawan teh panas!

Kak Sam said...

Tensennya, kena pi cari cheese lagi weekend ni. Aduhai jogging seminggu sekali tapi makan cheese berkali2. Huahhhh

kasihredha said...

kakkkk
akak pernah buek kek ni
tapi tak jadikkk
hihihi (ketawa sedih )

Nanti nak try resepi akak pulak..harap2 jadi

Yatie said...

alahai rasa teringinlah plk nak makan kek lapis coklat ni..mmng sedapkan kak...lama betul tak buat...nak wat gaklah..

Ayu said...

Assalam kak anim, cantik kek akak ni..nampak lembut & gebu ..

quinnie said...

aduii lama betul saya tak buat kek ni..tengok kek akak ni terasa rasa je cheese ni kat dlm mulut..hhehehe...saya sekarang tengah fanatik cheese..dulu tak la suka sgt...hehehe

Nieza said...

tgk pun dah tau sedap ni...cam no nak diet ni kak anim?tergoda lak nengoknya ni..sabar jer la yer:)

tun_telani said...

coklat ngan cream cheese! mmg kompom sedap! tebal betul lapisan cream cheese dia tu. mmg puas hati kalau dpt mkn nih.

Liza said...

salam kak anim...Liza pun pernah buat kek ni sblm jd blogger dulu, mmg sedap n berbaloi...nengok akak buat, ni rasa mcm nk buat lg la....hihihihi

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Nim..
Kak, cer letak gambar acuan yg akak guna utk kek ni. Nak tgk. Kalau letak kat fb, tag naz tau! Lama dah Naz cari sbb berkenan betul bentuknya bila dah kuarkan kek.. hohoho..tamaknya.. Tadi baru cakap pasal checkerboard.. Ni dah ngidam acuan kek yg ni pulak..hehehe...
Ni acuan silicon ker bund pan?

Haippp!! Jgn makan cheese banyak2...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Gorgeous cAKE..BOLEH MASUK LIST

izahdaut said...

akakkkkk..
dah lama nak buat kek ni. akak buat 2 adunan chese tu maknanya jadi 500gm la ye. fuwooo... nak buat gak la nanti. suke jugak kek2 chese ni. tapi bab makan tu la nanti tak leh kontrol. haishhh

Mas said...

arrghh....tidak..
tergoda lagi nengok cheese ngan kek coklat....
nak buat nnti..
cheese pun dah lama tu bertapa dalam freeze...

CT Delima said...

As'salam Kak Ani

tu hari dah sambar CC ni 3 kotak kak, tapi budak tu tak kira agaknya sebab ct tertinggal kat giant..nasib baik belum bayar sebab tengok kat list tu tak ada.

ni yang kemaruk nak buat ni kak Anim..hehehe. telur tu guna gread apa kak..? bakar guna api sederhana jer eh..? banyak pulak soalan anak murid ni erk..hehehe

Ummi said...

Alahaaiii...baru nak komen kek cis kukus ni dh kuar ayam lak kat atas tuh...tp kita suka kek kukus lgk dr ayam....hehhee... Anim, kita baru jek pecah dara SM Pantry Magic tu buat bingka suji baru ni..que entry x sampai lgk...hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Anim, kita buat siap curah Choc ganache, power giler, pengsan mkn setengah buku, tamak kannn.. hihi