Saturday, 14 January 2012

Basic Bread

 Assalamualaikum semua

Dan selamat berhujung minggu pada semua pengunjung my kitchen.

Akak buat roti ni lewat petang semalam..terpesona tengok roti ni di rumah Tun semalam..Terimakaseh tun dan mamafami..Sedap dan lembut..Lain kali nak mempelbagaikan rasa atau letak inti...:)
Qiuck update..nak cepat .nak terbang ke Seremban terus ke KL..


Basic Bread
by
anymz-mykitchen
Sumber Resepi:mamafami
Sumber:Tun_Telani

Bahan2:


Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung
  • 1 sk garam
  • 1 sk bread softener- optional
  • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
  • 4 sk yis


Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
  • 80g margerine


Bahan D
  • Gula kasar utk tabur- tun x letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

Akak memang suka makan roti.
hari2 makan roti pun takpe

18 comments:

tun_telani said...

assalamualaikum!! morning kak anim!!! dh siap ye roti kak anim.. berkilat je kat atas dia, terliur tun nengok. stok roti baru je habis semalam, nmpk gaya kene gerakkan bibik lg la arini.
ke KL? safe journey =)

Mas said...

kak animmmmm...
gi mana tu...he3

mas pun suka roti...
ngendeng roti akak la...
tuannya kan tak de kat rumah...muahaha

lembut gebu jerk nengok roti kak anim tu...
gerammmmm...
mas dah lama tau tak meroti....
tepung roti dalam balang tu pun dah naik berkulat...
sabo jerk....

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Kena buat jugalah nampak gebus...

izahdaut said...

wahhh.. makin hari makin ku terpesona ngan roti2 kat rumah akak ni. yang ni mmg tak leh nak buat. sebab dah lama stok breah improver semua tu tak de kat rumah ni. huhu

Yatie said...

Slmt berhujung minggu K.Nim,uwaaa pepagi tngk roti akak ni mcm nak buat terus, tapi tak masak lagi...petang2 nantilah buat...gandingkan dngn kopi panas mmng best....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.anim.atie dtg bawak kopi panas seteko..nk cicah ngan roti akak tu :D

Amie said...

cantik berkilat-kilat! sedap ni celup milo panas....

rahel said...

iya la..berkilat-kilat...nampak texture dia pun halus sangat...

Anna Qawina said...

nak roti...2 ringgit ya..

nOOrsha said...

salam k nim..ade roti kat cn..leh cicah asam pedassss..ehehe

FatihaNur said...

salam kak...makan ngan potato soup sedap nieh...

maz said...

Salam sngh dihjung mngu kak...org lain smua duk sbuk mroti sna sinun..kita je dh brthun mkn rti lori...cik BM tu dh lama sngat berehat...huhuu..

ASMAH YUSOF said...

salam perkenalan k.nim...nampak menarik dan gebus rotinya...kn buat gak nnti..asik beli en gardenia je..heehhee

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

Meroti lagi kak, sangat jelezz kita ni. ct ni berhari2 nak buat roti. Tapi nak beli tepung roti dari sehari2 tapi tak juga kesampaian. Insan2 dirumah memang suka akantapi tunggu serulah kot..hahaha

kes malas lah ni kan kak Anim..hihi. Wahhh.. makan angin lagi ker kak :)

ZarinAziz said...

K Anim...minta izin cnp ye...mekasih kak;)

haniQaseh said...

sukernye roti gebu mcm nie...lama dah x meroti nie rasa cam nak try lak resepi nie...

AbbotCottage said...

hadohaiii, tgk roti je jadi lapo, tengok roti je jadi lapo, tengok lapo je jadi roti, hehh dah tebalik, lapo sungguh le tu kak anym oit.

dZana said...

sedapnya kak.. berkilau2 tu yg tak tahan mnengoknya..