Friday 13 January 2012

Fruit Cocktail Pudding

 Assalamualaikum

Hari Jumaat sudah hampir melabuhkan tirainya..Sedih bila mengenangkan masa dan hari semakin cepat berlalu.bertambah usia perlu lah kita semua bertambah matang.Baik dalam menangani masalah mau pun kehidupan.
Akak teringin sekali nak berkongsi satu rahsia dengan korang tapi tunggulah masa yang sesuai..Akak terpanggil sebab sekarang ni nampak gayanya ramai sangat adik2 yang buat blog masak2 dengan sesuka hatinya mengambil gambar dan resepi tanpa izin..Sedih bila perkara2 ini berlaku pada adik2 yang mahir komputer dan bijak dalam kehidupan millinium ini di bandingkan dgn akak yang buta IT dan hanya seorang suri rumah biasa2 yang mengharungi kehidupan seadanya ini..ermmmm...nanti2lah kita berkongsi cerita ya..
Hari ni kita jamu mata dengan puding ni dulu..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Dah berminggu2 bumi nismilan di landa kepanasan..tapi bila hari ni sedang elok kami membasahkan tekak dengan puding yang nyaman,hujan pun turun dgn lebat...
Resepi akak ambik dari Jurnal resepibdaria..


Fruit Cocktail Pudding
by
anymz-mykitchen


 Bahan2

10 gm serbuk agar2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air (boleh kurangkan ke 3 1/2 cwn)
1 tin fruit cocktail

Cara

Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
Tambah  4 cawan air dan kacau rata.
Masak hingga mendidih
Masukkan susu dan kacau rata
Tutup api
Tapis buah2an cocktail dan buang airnya..-(tapi akak jadikan air dari cocktail termasuk dlm 4 cwn air tadi)
Masukkan buah2an ke dalam agar2 dan kacau rata-akak potong kecil buah2an ini
Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan keras

en suami suka makan dgn susu cair begini.
makan masa cuaca panas tapi malangnya sebaik kitorang selesai aje makan hujan pun turun dgn lebatnya.
hahaha


Nota:
Boleh gunakan agar2 pewarna jika suka
boleh kurangkan sukatan air jika suka puding yang lembut
Boleh tambah gula jika suka manis tapi bg akak sedang elok je manisnya tu sbb akak guna air dr fruit cocktail ini sendiri

15 comments:

Antan Bertingkah said...

Sedapnya makan petang2 ni...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ader org curik akak punya pic ker???
Cian kt org yg buat blog masakan ekk
Owh ni fav Ayu Selalu buat ms summer ngeee

cinta said...

sedap nyer kak....
anak2 saya mesti suka nie...
akan dipratikkan...
:>

ibundo said...

umang ai sodap e nampak. tetongah paneh memang sodap makan ni.
Ooo.. poi cino yo. Kalau bab monghabihkan duit ni memang sodap nim. Poi dongan yot? dio tu takdo blog ko haha.. fb pun carik namo e takdo.

tun_telani said...

sedapnyer!! sepanjang ari ni panas sgt. kalau ptg2 dpt mkn puding cocktail sejuk2 mmg sedap..

EmbunRosaliza said...

Assalam kak sama lah KL ni pun panas je je dh seminggu lebih, kalo ujan pun setitik dua je heheh. Hari ini punyalah lebat sejuk je rasa.

Sedapnyanya puding koktail akk tu, puding tak kisah hujan pun ok je mknnya.

Dunia blog msk2 la ni mcm2 hal, nnt akk kongsilah cerita tu ya

rahel said...

Uwaaaa...segarnya kalau dapat secawan puding koktail...haussss..

izahdaut said...

tah napa sentimental la pulak baca entry akak kali ni. sesambil membayangkan abg tapa maakan puding ngan kuah gitu..

akak cakap jela kak. boleh mengajar n membetulkan keadaan bagi mereka yang mungkin tak tahu atau alpa.

Unknown said...

kak anim, sedapnya tgk puding ni..my fav ni. nanti nk teraila:)

tak sabar gak nk baca rahsia yg akak nk kongsikan tu.mudah-mudahan apa yang yang baik dpt jadikan tauladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.

Liza said...

salam kak....Liza pun xsabar nk tau rahsia tu...ye la blh la beringat kan....
akak, buah koktel tu akak guna tin besau ke tin kecik yg biasa tu...Liza nk try la, nnt akak infrm Liza yer....

INA said...

Salam Kak Anim..mmg sedap puding tu..saya pon dah cuba..tgk akak buat mcm nak buat lagi jer..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.anim.apa kabar?menjelang mlm baru sempat singgah :D
Sedapnya klu dimkn dlm cuaca panas2 & br kuar dr esbok...

♥MAMASYAZA♥ said...

feveret saya juga ni...sedapppp

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim,erm sedap n segaq ank tekak bla dapat mkn puding koktail nih..xSABAQ NAK BACA N TAU RAHSIA PA YG KAK NIM NAK KONGSI TUH..

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya tgk puding tu akak... makan sejuk2 segar jer rasa tekak tu..