Wednesday, 25 January 2012

Snow Almond

 Assalamualaikum

Alhamdulillah,..dapat juga akak bersiaran walaupun sudah agak lewat..Tak pe lah kan,janji mykitchen ni  di update juga.Memang mingu lepas akak agak sibuk sikit..Sibuk menyiapkan beberapa persiapan yang tergendala,gara2 suka sangat buat kerja last minute..insyaAllah lepas ni kena take note betul2..kita ni bukannya muda lagi..tenaga tu tak berapa nak jalan kalau nak buat kerja dlm keadaan yang tergesa2..betul tak?
Okay contest sudah pun berakhir dan kita sudah pun umumkan pemenangnya..betul kata cheq sue...gi langkawi cari pyrex utk buat GA yg akan dtg ya..hehe
Terima Kaseh pada semua ya..lap u all many2 lah...

Snow Almond ni akak buat sempena perayaan tahun baru cina baru2 ni..bukan akak yang sambut ya..tapi rakan sekerja en suami yang menempah gara2 beliau rasa 'very nice',...'very crispy',...'very tasty'...masa diorang berkunjung ke telapak akak masa raya posa tu hari..bila dah kata rasa very the itu dan ini tu terus diorang tanya akak 'Puan,can i order this for CNY'...muahaaaa....rezeki jangan di tolak ya tak.?
Alhamdulillah..sehari sebelum CNY kukis ni sampai lah ketangan Anita bersama2 dgn tempahan red velvet bronis..Semoga diorang semua suka hati..tapi kali ni akak guna resepi dari mak Hana..resepi almond snow yang akak guna masa raya tempoh hari,akak guna resepi kak1 yang mana kak1 guna tepung Rose..kali ni tepung rose ilek..minah kat kedai tu kata,..tpg rose ada masa raya kita je kak..masa raya cina tak ada..

Terpaksalah akak selongkar rumah hana sbb ini resepi lama dari mak hana...sedapppppp resepi ni.tak kisahlah you all nak cuba yang mana satu..
Hana akak minta izin tepek resepi kat sini pulak ya...sebagai rujukan akak di masa akan datang..maceh darling..tak yah susah2 datang sini,.. hana jaga je dania tu...hehe


Snow Almond
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi:hanamemories

Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs


Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

9 comments:

kasihredha said...

ainul gi langkawi ye...beli coklat byk2 ye..kasi acik yg salah teka ni...hihi

tak kasi cokolat...kasi snow almond kat atas pun ok gak :))
Sampai hati Ainul x gi Bandung...hik3

mamaalifaqil said...

Assaalmualaikum kak..
nak temaph 5 ketui boleh tak?

quinnie said...

akak baru saya tau kalau bukan musim raya kita tepung cap rose ni tak dek..hahahha...saya tak pernah cuba biskut ni..tapi ramai yg puji sedap...entah bila la saya nak cuba...kekeke

Kak Rose said...

sedapnya.... boleh wat lagi untuk kasi kak rose yg malas nak wat ni?.... makan nak tp buat malas! boleh cam tu?

AbbotCottage said...

super crispy ek, ni yg rasa nak eii eii rasa macam nak raya lagi sekali nih!!

Chah said...

kak kat bakery area umah saya komplit, tak kira raya ke apa..sumer brg ada..mehlah datang bangi, leh kita shop kt situ till drop..hehehe..errr kak, berkunjung ke 'telapak' akak tu, kat telapak tangan akak ke? ke syurga di bawah tapak kaki ibu? kalaulah telapak akak boleh dikunjungi, wahhh besorrr manalah empunya diri tu yer, ada besor jayen shah alam? hahahahaha.. *alang2 sewel bior sewel hingga titisan terakhir...

izahdaut said...

kak animmmmmmm..
saya pun pernah gak guna resepi mak kak hana ni. tapi yg resepi guna tepung rose tu blum nah cube lagi.apa beza kalau guna tepung rose tu kak? lai rangup ke

CitarasaKu said...

nice biskut nie saya sangat suka.

ummiaisyah said...

salam kak anim
sy pon suka wat sekut ni...tp yg leceh tang celup-celup cokelat tu..tp anak2 mmg suka..mmg tasty..
** akak ingt sy lg tak..yg kiter sebang dlm fon pasal BM amway tu..
sy dh pindah blog baru..jemput le singgah