Wednesday, 24 August 2011

Snow Almond

Assalamualaikum semua

Masih mengukis lagi ke? Atau sudah siap pack semua barang2 dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertolak balik ke kampung masing2.Ada yang ambil cuti awal bagi mengelakkan kesesakan jalanraya.Ada juga yang bercuti sekarang tapi bekerja masa hari raya.Tak apalah kan.Demi tugas yang di amanahkan hendak tak hendak terpaksa pikul juga.
Hari ni akak nak bagi tau dan mengesyorkan pada pengunjung2 mykitchen supaya mencuba cookies yang di dapati resepinya dari rumah KakWan@resepicitarasawan ini.

Memang sedap sangat kukis yang di panggil biskut kaswi oleh en suami akak tu..katanya kalau tengok dari jauh ingatkan kuih kaswi katanya.'sabar ajelah' (petik kata2 IzahDaut.)
Walaupun di gelar kuih kaswi tapi 3 keping jugaklah sekali makan oleh en somi tu.Biskut terbaik selepas tart katanya..Lepas ni boleh promote biskut ni pulak..erkkkkk??!%$#@!..

Akak memang suka buat kukis dari berbagai rasa.Ada banyak jenis tapi dalam quantiti yang sedikit.Biasanya kukis kat rumah akak ni 4 hari raya sudah tinggal bekas je.Anak2 buah akak ramai.Ada 10 orang masih di peringkat sekolah rendah dan tadika.Mereka ni semua memang balik berhari raya di rumah akak..akak mohon pada kakwan untuk kongsi resepinya di mykitchen pulak ya.semoga rahmat Allah sentiasa bersama kakwan dan keluarga dan terimaksih kerana menganugerahkan kepada kami semua resepi biskut yang memang sedap di tekak keluarga kami.



Snow Almond
by
anymz mykitchen
Resepi:Kak Wan


Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut




Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

10 comments:

tun_telani said...

kak anim.. tun tunggu cookies yg kak noorsha hantar je.. xyah buat dh yg nii.. hihi.. eh, bukan kak sha nk anta kt akak jugak ke sebalang? hihi

anymz said...

To tun

hehe..noorsha anta sebalang je tun.mana nak cukup..rakyat kat rumah ni ramai..buatnya diorang rasa sedap masa noorsha hantar pastu paksa maknya buat masa kita sdg bergaya sakan raya tu tak ke haru tun oi..:D

Mas said...

wahhhh...cantik la snow almond akak ni...
tergoda lak mas nengoknya...
klu rajin..nak buat gak la..he3

Yatie said...

mmng kukis terbaikkan K.Nim, satu family suka kukis ni...Yatie buat 2 adunan...selamat sikit, sebalang dan abes di makan sambil tngk tv....hehehehe..

nOOrsha said...

huhu..sedapnya... eh sy ckp nak anto sebalang ke? bkn sekoyan ke sekodi ke sepapan ke ea? hehehe... hadiah misteri tu.. tungguu!~kak.. a ah kan cam kue kaswi..hihi.. resepi kak wan x de gune coffee esen ea...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ..
aduh... tgk cookies nie mmg suka sgt dar ari tu... tp dina x sempat buat dah demam,.. huhuuuu... mmg cantik n nmpk sedap sgt cookies nie tau akak... sedap!!!

kasihredha said...

sure cik abang akak tersenyum lebar bila dapat makan biskut ni..
nampak pun dah tau ke enakan nya kak :)
kak anymz beraya kat mana?
akak tahun ni beraya kat Pilah :)) lepas tu balik Trganu juga .

Rozita Ceritaita said...

bestnya... mcm sedap... tapi dah tutup dapur dah untuk cookies.. hehe..

simpan dulu la resepi ni bebila leh try..

Anna Qawina said...

amboii..kak anim lak menyenow nih...

Acik Erna said...

tak boleh lambek poi mah anim ni..abih kang..he he
lom tanyo geng akak yang selalu poi mah anim tu..taun nak join tak..he he..