Friday, 12 August 2011

Egg With Sweet Sour Sauce

Assalamualaikum semua

Buat apa tu?
Gempak tak tajuk tu?!!....
Hantam sajalah..Tak dapek den nak pikir lai dah..
Jangan marah ya..Kan akak dah bagi tau semalam,akak telah memulakan dari semalam menu2 khas utk org2 bujang dan dara yang sudah kehabisan idea utk memasak.TerimaKasih dan sama2 akak ucapkan pd yang berterimakasih semalam..(ntah apa2 je ayat ni )
Itu lah tujuan yang sebenarnya.Hajat di hati ingin memudahkan teman2 semua lebih2 lagi yang berkerjaya.Balik ke rumah sinsing lengan baju mulalah menyibukkan diri menyediakan juadah berbuka..
Hari ni akak bagi satu lagi resepi telur yang selalu akak buat masa anak2 masih kecil.Masa tu keadaan akak memang tak boleh nak cakaplah.Walaupun tak bekerja tapi kesibukannya tetap sama.Bukan mudah menguruskan 6 orang anak yang jarak usia selang dua tahun.Sekitar 5.00 pagi sudah bangun menguruskan anak2 yang bersekolah dan menghantar mereka dgn jarak rumah 10km.Bayangkan sehari akak perlu berulangalik sebanyak enam kali termasuk menghantar mereka ke kelas kafa dan tuition..Apa2 pun itu lah kenangan terindah dalam diari hidup dalam membesarkan anak2 yang mana manisnya sudah mula akak kecapi kini.Syukur alhamdulillah.
Ceritanya bila sibuk2 tu inilah salah satu menu sempoi yang paling anak2 suka dari dulu hingga kini.Meh tengok resepi


Egg with sweet sour sauce
Resepi
from
anymz mykitchen

Bahan-bahan

3 biji telur di goreng mata kerbau-ketepikan
1 labu bawang besar-hiris bulat
1 ulas bawang putih
3 biji lada merah-1 biji di tumbuk dan dua lagi di hirs-jika tahan pedas boleh guna cili padi
3 sudu besar mix vege
4 sudu besar sos cili Thai
1/4 cawan air
1 sudu teh gula
garam secukup rasa


Cara

Guna kuali yang sama menggoreng telur
Panaskan minyak lebihan telur tadi dalam anggaran 3 sudu besar.
Tumis bawang putih dan bawang besar
Bila sudah naik bau masukkan lada merah yang sudah ditumbuk halus
Masukkan sos cili Thai dan air-dulu2 akak guna sos tomato dan sos cili
Masukkan gula dan garam
Akhir sekali masukkan mix vege
Didihkan sebentar
Curahkan kuah sos ke atas telur mata kerbau yang telah sedia dalam pinggan
Hidangkan


Boleh juga letak sos tiram jika suka
Cubalah sesekali bertukar selera.Pasti menjadi kesukaan anak2.

7 comments:

ijayuji said...

Salam kak nim! telur2 mcm ni mmg kita suke tp jarang buat, kenapa ya? hihihi... tgk telur yg akak buat ni terasa nak cuba buat jugak lah nanti, sedap pulak tgk! mmg telur2 gini sesuwai buat sahur kan kak, buat berbuka pun sedap, tp kalau lauk2 mcm ni mmg sesuwai mkn pagi2 gituuu :D

inaku79 said...

kak nim, lauk ni mmg nostalgia bagi saya sbb teringat masa zaman study dulu. kt cafe kolej mmg tiap2 hari ada lauk ni. hari tu penah buat sekali lauk camni pastu suami cakap mmg nostalgia betul la, teringat zaman 'remaja' dulu masa tengah study tuuuuu, hehehe. sekali sekala pekena lauk camni mmg sedap juga kan.

amiey lee said...

suka.... mlm tadi berbuka umah mak kta..mak masak telur mata masak samballl yummyyyy

Anawahid said...

tolo jugak ye kak.. sodapkan sesekali kono ngn tolo... heee

nur easy said...

simple yet delicious ..;) best

Ayu said...

masakn telur memang tak tolak punya..mesti sedap walaupun dimasak macam mana gaya..senang & simple aje kan kak..

tun_telani said...

sedap! sesuai utk bdk2 ni..tp kalau tun mmg tambah cili padi.. hihi.. eh, puasa2 ni x elok mkn pedas sgt kn kak.