Friday, 5 August 2011

Ayam Goreng Cajun Berserai

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera buat semua teman2,rakan taulan dan saudara mara yang berkunjung ke mykitchen.Alhamdulillah kita di beri kesihatan yang baik untuk terus beramal dan mengerjakan ibadah ini dengan sempurnya.insyaAllah..
Semalam akak menjemput anak2 saudara en somi untuk berbuka di rumah akak.Bila dah jemput anak2 remaja ni menu dia takde yang lain lah kan..sudah semestinya ada ayam..Di sebabkan akak tak pernah lagi mencuba ayam goreng bercajun ni maka projek menerai resepi baru pun bermula lah semalam.Sudah banyak rumah berlabuhnya ayam goreng versi cajun ni cuma semalam baru ia menyinggah ke telapak akak..
Terima Kasih buat Hasue yang mempopularkan ayam goreng ni dan juga Nor@SecubitGaram yang mempopularkan rempah yang bernama cajun..
Buat teman2 di luar sana cubalah resepi ayam goreng versi cajun ni..sedap..


Ayam Goreng Cajun Berserai
by
anymz mykitchen


Bahan2:
2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2:
Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan


* Akak goreng seekor ayam...jadi bahan2nya semua akak tambah.

14 comments:

cik cek said...

Salam Ramadhan kak Nim...

Ramai dah kengkawan buat menu ni...Cajun beli dah..buatnya je tak tau bila,,,mesti sedap ni kan Kak Nim,,,

ICook4Fun said...

I nampak ramai kawan kawan bloggers dah masak this ayam goreng. I teringin nak masak jugak. By the way, Selamat Berpuasa.

Cheq Sue said...

fiwittt... teringat ayam cheq sue yang hangit itew

Mas said...

mas suka ayam goreng ni...
yang berabuk tu syok dimakan..
sedapppp.....

AZLITA AZIZ said...

memang sedap kak nanti nak buat lagi... tapi tunggu anak2 balik.. hihi

Yat Maria said...

aduhhhh kak anymz, harus Yat wat jugak, kemarin dah beli si cajun tu..tapikan ayam plak tarak...freezer ku penuh sarat arr...

~~zAnAfAhMi~~ said...

ayam goreng mcm ni sedap ratah je....tp anak akak tak suka ayam la, frust betul.

eima-caa said...

salam akak,

maaf bertanya, sy budak baru blaja..hik..rempah cajun tu yg mana? kat mana nak cari?...malunyeerr sy bertanya...ekekekeke...

ijayuji said...

Salam kak anim! sedap tuu ayam berempah rempah giniii mkn dgn nasi putih pastu lauk sayur air tambah belacan sikit bestnyer!!

cplud miera said...

kak anymz, sedaaaaaaaaaapnya ;)

Ummi said...

Salam Anim...kena KIV dulu resepi nih...semalam baru masak ayam goreng nyonya resepi Ayu Spore tuh..hehe

Naz said...

Kak Nim, best ni ayam cam gini. Naz selalu perap cam tu tp tak letak serai ngan cajun tu.. Next time boleh cuba..

anymz said...

to cik cek
konpem sedap.buat cepat..rugi buat lambat2.hehe


to Gert
thanx ya gert..you should try this.memang sedap :)


to cheq sue
barang yg lepas jangan di kenang..buat lagi yg lain ya.


to mas
betullah mas.abg makan habuk dia je semalam.pastu sambung lagi masa sahur.:)


to azlita
betul tu ita.kalau buat lauk macam ni kena ada anak yg kuat makan ada di rumah dulu kan?

anymz said...

to yatt
ayam takde gi cekau cepat yatt..hehe


to zanaFahmi
laaaa awatnya tak suka ayam?..tak pernah dengar lagi anak2 tak suka ayam.ada kejadian sadis ke?


to eima
akak dah terangkan kat rumah eima caa pg tadi kan?.cuba lah buat ya