Friday, 5 August 2011

Pecal Jawa

Assalamualaikum semua

Apa khabar hari ni ya.Ada yang batuk2 ke tu?..
Akak buat pecal ni semalam.Salah satu menu masa anak2 buah en somi dtg berbuka..
Kuah pecal tu akak dapat kuah pecal segera.
Sebenarnya kuah pecal segera tu akak sudah terlupa nak snap gambar..dan sebenarnya jugak sudah dua kali akak dapat kuah pecal segera ni.sekali dari kakak saudara akak yang cantik manis awet muda tu Acik Erna dan juga yang satu lagi akak dapat dari mek yung yang akan meletup tak berapa hari je lagi tu..Semoga kedua2 wanita cantik manis ini sentiasa di rahmati Allah swt dan berada di bawah naungannya..insyaAllah amiiiin.

'wah!kak nim mentang2 org bg ko brg pree kemain panjang lagi doa ko ya"..wakakaka....issh! tak baik ngata akak gitu tau..dosa.

Walau apa pun akak letak gak resepi di sini buat rujukan anak2 di masa akan datang.resepi akak ambik dari rumah hana yang sudah jadi cikgu sekarang ni..




Bahan-bahan

Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya



Ulam2an@Sayur2an


  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2





Cara-cara
  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.


sedap
kedua2 kuah pecal memang mabeles

11 comments:

Puteri Biru said...

this is one of my favret!

yang penting sambal pecal kena sedap baru ngam!

Anna Qawina said...

lagi panjang doa lagi bagus kak nim..amiinn..hehe..

Nurul said...

aduss, K Anim... fav sekeluarga nih... mmg dah cadang nak buat petang nanti, pakai kuah pecal segera jugak... :)

izahdaut said...

Teringat pecal mak kat kapung.. Duhaii bundaaa.. Duhai ayahanda.. Dengar la rayuan anaknda.. Yang jauh dimataaaa... Kikiki.. Nak nyanyi skett jgn marah ekkk

umi said...

yum2 sedapnya ada pecal. dah lama tak makan pecal jawa. ehh kak anim jawa ke? hehe..
pernah beli pecal hari tu ada letak daun kaduk, harumnya bau dia...

Amie said...

Kak Anim,
nak makan pecal ni...kita kena tunggu dua minggu lagi balik kampung, nak beli di bazaar ramadhan di bukit cheraka...pecel wong jowo!

Mas said...

kak anim..
mas suka makan pecal..
tapi malas betoi nak membuatnya...

Acik Erna said...

anim..samo lak kito yo..esok akak nak uek laie..
tapin tak boh nasi impit..nak lotak sesayur yo.
nim..jangan puji bona akak ni malu weh..dah tuo..

Mamasya said...

Salam K.Anim

dah lama tak mkn pecal...sedapnya ratah..mkn mcm rojak..

ibundo said...

terpaksa melupakan pecal sebab tak boleh dah makan kacang.uric asid tinggi.

noorsafone said...

Anim..sambal pecal dh ada...tinggal nk letak air panas je...nk kena pegi cari sayur ni...terliur..