Sunday, 14 August 2011

Agar-agar Santan Pandan

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Berhujung minggu..
Agar-agar ni akak buat semalam sebagai buahtangan ke surau sebab ada majlis di surau berdekatan rumah akak ni..Banyak ilmu yg di pelajari dan insyaAllah dapat di manfaatkan dan boleh kita kongsi bersama suatu hari nanti.
InsyaAllah hari ni rasanya nak menziarah seorang saudara jauh yang tiba2 jatuh dan kedengaran luka pendalamannya sudah di peringkat tahap serious.Itulah dia kan,kdg2 kita tak tau,hari ni kita sehat,esok lusa kita di uji.Masih muda lagi.Penyebabnya cuma jatuh je..Semoga dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun mungkin lepas ini kehidupannya mungkin tidak lagi seperti dulu..
Agar2 ni tidak berapa nak menjadi kepalanya tu..tapi takpelah janji dapat menyumbangkan sesuatu untuk di makan bersama waktu berbuka.Rasa dia memang sedap.manisnya sudah sedang elok je tu.Resepi dah agak lama akak simpan dari rumah hana cikgu manis tu yang mana resepi asalnya hana ambik dari rumah ummi@homesweethome.
TerimaKasih kepada keduanya atas resepi ini.Akak tepek kat sini kedua2 resepi untuk memudahkan akak membuat rujukan di masa akan datang.


Agar-agar Santan Pandan
by




Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Resepi Agar-agar Santan

Bahan-bahan
  • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
  • 1150 ml air 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor
  • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
  • beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
  • Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  • Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

9 comments:

kasihredha said...

hari sihat..esok mungkin sakit.
Itu lumrah kan kak...semoga kita semua diberi kesihatan yang baik :)

Agar2 akak ni menggamit selera :)

izahdaut said...

Innalilillahi wainna ilahi rojiunn ..
Dugaan betul bebulan ramadhan ni kan kak nor aznim..
Semoga smuanya tabah n redha..
Kak nim. Saya pernah buat yg gula merah punya agar2 gini. Sedap jugak. Cume2 ujan2 sejuk2 gini lmbt skit la nk habis.
Dah start ngukis ke kak nim?

anymz said...

to kasihredha
ya betul tu kak..InsyaAllah kesihatan yang baik adalah anugerah Allah.sementara masih sehat ni manfaatkanlah sebaik2nya kan?...


to Izahdaut
Itu lah zah.anak yg sulong masih belajar di UIA.sama2 kita berdoa semoga beliau cepat sembuh.kesian pada anak2 dan suaminya..tambahan bulan2 posa gini..

belum start lagi la zah..asyik sibuk je..
Tapi resepi tart tu akak dah update.abg yg bagi kiraannya.

Nazrah said...

apa pun...kita bersyukur masih sihat..

Agar agar tu..semalam kita beli kat pasar ramadhan..

Hanim said...

saya suke makan agar2 dan puding tapi anak2 n somi xsuke...c kakak makan la ckit agar2 sirap tu. kalau xde org yg makan malas la nak buat tunggu balik kg semua leh mkn :))

Mas said...

best ni klu berbuka makan agar2 ni..
nyamann jerk rasanya...

harap kawan akak tu cepat2 sihat...
dugaan yang datang....kejapp jerk kan kak..tak disangka....

anymz said...

to nazrah
alhamdulillah sesekali kita di uji demam tu biasalah kan?


to hanim
akak pulak somi sukalah jugak..tapi kena buat lembik2 sikit pastu makan dg susu cair.:)


to mas
bulan posa kalau musim panas mmg sedap pekena agar2 kan mas?

mmg ujian dtg tanpa kita duga mas.sdg makan pun boleh di uji..tak boleh nak kata apa.itu semua dr Allah swt..

Anawahid said...

kakkkkkkkk!!... den mmg dh ado plan nk buek agar2 ni, tp x tau bilo... hahaha... akak dh jalan dulu bueknyo... den nk ghaso dlu kek sini la kak... heheh

Mr.Ree said...

salam..tumpang tanya, kenapa agar2 x jadi 2 layers? ade tips x?

terima kasih kongsi resepi.. :)