Friday, 19 August 2011

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum semua

Hari ni kita keluarkan entri sekut lagi ya.Semalam kami berbuka di luar.Ada kawan en somi mengajak berbuka dgn masakan Thai.Memang pucuk di cita ulam mendatang bagi keluarga sebab baru dua tiga hari lepas Amir mintak akak buatkan tomyam.memandangkan yang kami akan berbuka makanan Thai terus akak minta Amir bersabar barang sehari dua.Makanya semalam lepaslah hajat si Amir dan puas hati gamaknya tu sebab akak tengok sampai 3 kali dia menambah nasi.(wey,malu arrrrrrr dah lah makan pree kan? Anak pulak makan sampai tak hengat.nak balas dendam katanya sebab lepas ni tak dpt makan best2 lagi.ko pun mir,kok ya pun....).hehehe.........
Makan makanan Siam teringat kat Ijah@Ika mek Siam nun.Akak gi skodeng dapur dia yang banyak sekut mazola tu kan,terus akak angkut sekut badam yang sememangnya rangup dan sedap.Ika ambik resepi kat rumah CMG.TerimaKasih CMG.Terimakasih Ika.Akak panjangkan resepi nya di dapur akak pulak ya.Mintak halalkan ya.
Dulu2 memang akak buat biskut badam yg ada ketiga2 jenis tepung ni.Puas mencari buku yg hilang.tak jumpa2.Bila tgk kat dapur Ika ada resepi sekut menggunakan ketiga2 tepung gandum,kastad dan jagung,memang akak tak buang masa.Bagi peminat2 biskut badam cuba lah resepi ni.memang tidak akan menghampakan kalian...Cuba lah...........


Biskut Badam Rangup
by
anymz mykitchen
Resepi:CMG




Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)

1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*

100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)


Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya






Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

17 comments:

ijayuji said...

Salam kak animmm!! uuuwaaaaaa...mood kita nak beksut dah hilanggg di bawa anginnnnnnnnnnn :D kak anim, beskut gajus tu pun sedap tau! kita tgh nak mencarik gajus :D ambik bau2 beskut kat sini pulak kasi rajin hihihi... biskut kita tahun ni sume pesen sama bulat2 wakakaka... malas betul nak mian2 dgn cetak :D

Nazrah said...

memang nak cari resepi biskut badan ni..tkasih

izahdaut said...

KAK NIM..MORRNINGGGG..NMPK MENARIK LA SEKUT NI. APA YG ISTIMEWA N SEDAP NGAT SEKUT NI KAK? CER CRITE..

AMIRR NI YG ATAS PADA AINUL TU YE. YG NK MASUK U TU YEE.EH BOLEH HOLD2 LAK SAMPAI 3 HARI.. SAPA LA MAK AMIR TU EK.. KIKI

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhh dah mengukis ye kak...cantik je biskut tu! Nakkkk :)

ilahjy said...

salam kak anim ilah dah print ke dua2 resepi itusss..tak tau bila nak buat

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
mmng ranggup biskut ni, Yatie dah pernah gak wat thn lepas..thn ni pun nak wat gak..soklah baru start mengookies sbb anak2 cuti...minggu ni diaorang exam...tu tangguh projek..

chikadakbiru said...

salam kak anim...wahh sedap nampak biskut badam ni..dh bape jenis biskut buat nih :))

Naz said...

Kak Nim, selalunya sekut yg guna tpg gandum + tpg jagung + tpg kastad mmg best kan.. Jak, mkn kat ne mknn thai tu??

TopsyTurvyMum said...

Wahh Kak Anim,
tgh sibuk buat kukis raya..
Saya baru la nak start engine ni hehehe..
Jap kang nak e-mail akak:)

Anna Qawina said...

amboi..banyak ke akak buat sekut raya nih?

Mas said...

kak anim...dah berapa jenis kukis akak dah buat....
sedapp la tengok biskut badam tu..

Cheq Sue said...

aishhhh...wape kali dah dok menjeleskan diri...kite baru nak pi beli barang..akak mesti dah ada berbalang-balang

inaku79 said...

k.anim, bila baca entry kukis k.anim rasa cam semua sedap2 belaka. terpesona tau! ada tips la dlm entry k.anim. klu saya bantai aje resepi mana2... hehehe...nampak sgt jarang buat sekut raya saya ni.....hihihi

Hanim said...

sonok jer nengok org mengukis, bestkan kalau time raye bnyk kukis buatan sndiri :)

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
kak semalam saya buat cucur isi ketam. best...

anymz said...

to ijayuji
ooo..ada sekut gajus gak ya..nanti akak skodeng lagi..akak nak buat biskut yg bahan2 dia mudah nak cari.kena byk berjimat cermat.takmo guna bahan yg mahal2 ika..alhamdulillah untung tgk dapur kwn2.kenyakannya guna bahan2 yg mudah dan murah.:)


to nazrah
cuba lah naz.mmg tidak menghampakan resepi ni.


to izahdaut
biskut yg ada gabungan 3 jenis tepung mmg sedap zah.crispy tau.bukan garing tapi crispy atau rangup.sedaplah.malas nak story gi buat sendiri..hehe

amir atas pd wazir.atas ainul wazir (form 5).amir atas wazir.


to love
kena buat cepat sikitlah love.mggu depan dah nak kemas2 rumah dan laman.hehe


to ilah
bila nak mula tu ilah?..kalau ada helper senang lah kerja kan?


to yatie
masa anak2 tgh exam mmg takleh buat apa2 lah kan yatie?.akak pun mcm tu jugak.takut diorang terlebih excited.ni yg pra PMR tu dah habis exam tu yg sudah mula mengukis tu.


to chikadakbiru
baru 2 jenis.tat tu takleh masuk dlm list.biasanya tak pernahnya sempat nak hidangkan utk tetamu.anak2 asek mengulang makan je.:)


to naz
mmg naz.akak mmg suka resepi yg ada ketiga2 jenis tepung tu.rasa dia berlainan dr biskut yg guna 1 jenis tepung tu je.

alaaaa,akak makan kat kedai siam/kelantan yg biasa2 je naz.kek somban yo.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Anim..apa kabar?lama atie xmenyinggah kat sini.Blog atie pon dh bersawang..hihi.nampak best jer sekut nie...mintak izin copy resepi yer kak.TQ