Thursday, 4 August 2011

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum

Dan selamat pagi buat pengunjung2 mykitchen.pejam celik dah 4 ahri kita berpuasa kan?Sekejap je dah nak mencecah 1 minggu.Betapa cepatnya masa berlalu.
Akak buat kek gula hangus ni petang semalam..Aduuuh.tekak ni tiba2 nak makan kek gula hangus ni..sarangnya tak berapa nak menjadi tapi tak kisahlah kan?janji hajat di hati tertunai sudah.
Resepi akak ambik dari rumah Izah.Nak cuba versi yummie ni pulak.Rasa dia mmm..memang sedap..mudah saja nak membuatnya
.Akak pernah simpan resepi kek gula hangus .sejak dr thn 85 lagi memang itu aje lah resepi yg akak amalkan.Tapi malangnya sejak akak berpindah balik ke negeri sembilan semua buku2 resepi yang sudah menjadi antik itu hilang dari pandangan.mungkin tersalah letak tapi sudah puas mencari tak jumpa2.sedih memang sedih..Di dalam buku iu banyak resepi2 pesanan ibunda almarhum mak akak telah akak bukukan..
Okaylah jika ada sesiapa teringin nak mencuba versi yummie ni,cubalah..mudah amat.cuma guna whisk aje tak payah lah nak keluarkan mixer tu..Guna mixer tu utk buat sekut raya nanti ya..wakakaka


Kek Gula Hangus
by
anymz mykitchen
Sumber:IzahDaut


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

Untuk gula hangus:

210 g gula
240 g air
80 g butter

Untuk kek:

6 biji telur
160 g susu pekat
180 g tepung gandum *
2 1/2 sudu kecil baking soda *
* Bahan2 ini diayak bersama

Cara-cara

Gula hangus: Masak gula di dalam sebiji periuk sehingga berwarna keperangan. Kemudian, tambah air dan kacau sehingga gula larut dalam air semula.
Tambah butter, tutup api dan biar butter cair dlm gula hangus tu. Ketepikan.
Pukul telur sedikit dengan hand whisk. Tambahkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking soda tadi ke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga sebati.
Tambahkan gula hangus ke dalam adunan dan gaul sebati.
Sapukan sedikit butter ke dalam loyang pembakar dan alas dgn kertas baking. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biar selama 5-10 minit supaya baking soda dpt bertindak balas.
Bakar adunan di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 deg C. Siap, dan hidangkan.


memang kenyal betul nih

12 comments:

Ummi said...

Aniiiiiimmmm....mintak 2 potong...ops, lupa, pose daaa..hehe... Cantik jek kejadian kek gula hangus ni...kalu buat bln pose ni, anak2 Ummi makan ke idak agaknya...adeeiii...diaorg ni suka puding2/pengat jeeeeeeeee...huhu

ibundo said...

aruah mak akak dulu memang tak tingga buek kek ni.
Ayola.. sobak pulak nengok kek kau ni nim..

AZLITA AZIZ said...

salam kak anim...
posa tak hari ni???

dah lama ita cari resepi kek ni.. ita mmg suka sangat kek ni.. nanti nak cuba lah resepi yg ni.. boleh juga buat kek raya kan kak?
kek cam ni makan tak jemu sebab mcm kek span sikit kan.. aduyaiii kak dah nak terbatal pulak posa ni.. dok renung kek akak ni... sabor... je leee... hihi

Rabiatun Adawyah said...

Asslamualaikum kak Anim.

Tun pun minat kek span ni..suka rasanya yang spongy gituew.

Kelakar la kak Ita..hihihi..duk renung2 yer kak..jgn renung lama2 tau...hihiihii..

izahdaut said...

kak nimmmmmmmmmmmmmm,,
gi cari lagi mano kak nim lotak buku resepi tu.. sayang nyeee... sian kak nim ek.. ado lagi kek? bagi 3 potong.. suke la kek ni. berulang2 makan. walaupun rasa dia tak de la mewah sangat, tapi tetap sedap nak diulang makan..

Anawahid said...

pg2 dh menggoda ngn kek tu... huhuhu... kuar dlu laaaa...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
dah lama diana x bat kek nie... anak2 suka sgt makan... bila ler ada kesempatan nak buat lg nie... tgk kek yg akak buat nie cam teringin plak nak buat gak.. nak tanay hubby nanti nie.. mintak kebenaran dulu buat.. hehehee.. sbb masih lg cuti nie

Ida,Japan said...

nak mintak gak kak nim...lama tak mnk, posa2 ni sume teringin kan

Hanim said...

Lama xmkn kek ni, kat kg leh la buat sbb ramai yg mkn. Klu buat kat umah ni, saya sorg ja yg mkn....:)

Zaliedana said...

Kak nim,posa2 layan kek best gak kan,tapi kalo bln posa,hubby mmg xlayan la kek2 nih..Nmpak sedap,ala kak ruginya bku tuh,cari pelan2 kak,mana tau da rezeki jumpa nanti,jgn lupa share kat sini ek..

umi said...

salam Ramadhan kak anim, lama tak tinggal jejak kat sini, selalu lintas jenguk je dapur kak anim.
lama dah tak buat kek lubang2 ni, teringin la pulak.. ish puasa ni semuanya teringin.

Mama Gee said...

Wah nampak sarang tu kira dah jadilah tu!terasa nak buat lak.selalu buat apam kukus gula hangus je.