Wednesday, 24 August 2011

Semperit Pandan

Assalamualaikum

Ini antara projek kukis main2 namanya.
Akak tak pernah buat biskut semperit tapi masa ronda2 ke rumah Naz tu hari rasa terpanggil pulak nak cuba buat sekut nih.Pada akak sungguh mudah nak buat biskut semperit tapi agak sukar nak menjaganya.
Proses menerap dan membakar sungguh mudah tapi kita kena cepat2 alihkan ke rak sebaik di keluarkan dari oven sebab biskut ni mudah patah bila dah sejuk.Akak juga nasihatkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai masa yang banyak di nasihatkan tidak perlu celup biskut tu dgn coklat putih.Ambik masa sikit bila kita nak simpan dalam bekas kedap udara.Itu satu hal bila dah celup dalam coklat putih,kita kena sejukkan dulu atas redai.
Di sinilah kecerewetan nya bermula.Bila dah celup dgn coklat putih,kita perlu sejukkan dulu.Sudah tentu coklat akan melekat pada redai.Adeh sekso den.Akhirnya akak celup beberapa keping je.Selebihnya akak ikut cara Naz.Tabur dengan manik je sebagai hiasan..Rasa nya memang sedap lah kan,...tengok bahan pun kita dah tau.Mohon share resepinya di mykitchen pulak ya sebagai rujukan akak dan anak2 di masa akan datang.


Semperit Pandan
by
anymz mykichen
Sumber:Nas@COSK



Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

16 comments:

Mas said...

kak anim..cantik la biskut ni..
hijauu jerk..
ni biskut yg keberapa kak..

Mas said...

kak anim..cantik la biskut ni..
hijauu jerk..
ni biskut yg keberapa kak..

Sheila Shafeareen said...

Salam kak cantik sekut samperit akk npk kemas..kita dah lah suka mkn semperit...

chikadakbiru said...

cantiknye kejadian biskut samperit pandan akak nih...rumah sy kalau jenis2 semperit nih tak jalan..tuh yang teramat jarang buat ...

Mamasya said...

Aslmkum k.Anim

Cantik warna hijau biskut samprit k.Anim.suka juga buat biskut samprit tp thn ni tak buat bagi laluan biskut lain...

Mieza said...

cantiknyer sekut ni kak anym..selalu makan samperit bunga tu..lum pernah makan samperit ijo ni..santekkk..:)

Ummi said...

Anim, lajunya mengukisss...ni kena pi serang raya kalau camni..hehe..cantik ijo terang gelap gitu... ^__^

umi said...

salam kak anim. wah dah banyak cookies kak anim ni, memang tokey cookies rupanya. minta izin ye nak salin resepi biskut nestum, memang fav anak2. yg semperit ni pun berkenan juga, cantik dwi color macam tu!

izahdaut said...

k nim lepas ni sekut per lak kak nim... nk tunggu mood k nim lemau tak de gaya nmpknya... mkin bersemangat tu..

nk sekut kaswi skitttt

Anna Qawina said...

siap bercelup2 dgn coklat lak dia..eeeeiii geram

K.Nor said...

lawonyer! nice kaler ijau tu k.nim :)

Acik Erna said...

anim..kegomaan akak semperit ni..tapi dah di moden kan pulak..ni..ado celop cekelat putih pulak.
tahun lopeh akak ikut resepi CMG..sodap yo semperit e..

Deliah's Deli said...

tapi yg celup ceklat tu yg cantik kak!

Citarasa Rinduan said...

ya ampun,,,,, kak anim..
kuih tradisional nie mmg sukar nak diperolehi....

kalau dah jumpa 1 balang boleh habiskan.. hahaha

ain (sweet thots) said...

sweet la kaler samperit akak. dwi-warna lg tu ;)

Naz said...

Kak Nim, Naz pun sebab maleh den nak main dgn coklat tu yg dok tabur ngan manik jer tu.. Sbb dah terfikir mesti amik masa nak celup dan tunggu sejuk coklat tu.. Pas tu part yg paling tak sanggup tu kalau melekat2 tu lah.. Kang tak sompek siap kuih den, dak Hani dah melalak.. Sodap kan semperit ni kak Nim...